omniture

SHIELD Umum Pemenang-pemenang SHIELD Trust Awards 2022 di Sidang Kemuncak SHIELD Trust Sulung

SHIELD
2022-10-03 22:48 144

SINGAPURA, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- SHIELD, syarikat perisikan risiko global, hari ini mengumumkan pemenang-pemenang SHIELD Trust Awards 2022. Para pemenang berjaya menyelesaikan Semakan SHIELD Trust dan memperoleh Pensijilan SHIELD Trust. Pensijilan tersebut merupakan yang pertama dalam industri, menunjukkan penilaian bebas dan tanpa tajaan terhadap profil kepercayaan sesebuah organisasi. Anugerah-anugerah tersebut disampaikan kepada organisasi-organisasi cemerlang di Sidang Kemuncak SHIELD Trust Asia 2022 di Singapura.

Penerima-penerima SHIELD Trust Awards datangnya daripada banyak industri yang mengubah cara orang ramai bekerja, membeli-belah dan bermain. Pemenang-pemenang ini termasuk:

  • Astro, syarikat perdagangan pantas pertama Indonesia
  • Baazi Games, platform poker dalam talian terbesar India
  • inDriver, aplikasi e-panggilan yang berkembang paling pantas di dunia
  • Legion Network, aplikasi super pertama untuk perkhidmatan blok rantai
  • Maya, satu-satunya pendaya ekosistem pembayaran digital hujung-ke-hujung di Filipina
  • Mobile Premier League, salah satu platform permainan mudah alih dan kemahiran yang terbesar di dunia
  • Ralali.com, pasaran B2B dalam talian yang terkemuka di Indonesia
  • TrueMoney, jenama teknologi kewangan (fintech) terkemuka Asia Tenggara

Kelaziman bot dan akaun palsu telah mewujudkan defisit kepercayaan antara perniagaan dan pihak berkepentingan. Sijil SHIELD Trust diwujudkan untuk membolehkan perniagaan memahami cara mereka dapat memperbaiki postur keselamatan mereka dan menangani ancaman dengan lebih baik. Ia juga memberi jaminan kepada pelabur, rakan kongsi dan pengguna tentang kekuatan langkah-langkah pembinaan kepercayaan platform. Sebagai sebahagian daripada proses pensijilan, organisasi-organisasi melalui Semakan SHIELD Trust, yang menilai metrik seperti perkadaran pengguna tulen, nisbah pengguna kepada peranti dan kelaziman alatan berniat jahat digunakan pada platform. Syarikat-syarikat yang memenuhi penanda aras industri menerima Sijil SHIELD Trust. Syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi tertinggi diberi penghormatan dengan SHIELD Trust Awards.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHIELD Trust Awards, kunjungi trust.shield.com.   

Justin Lie, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, SHIELD
"Kami melancarkan SHIELD Trust Awards sebagai cara untuk mengiktiraf para pelopor yang menetapkan standard untuk kepercayaan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang anugerah pada tahun ini yang menjadikan kepercayaan sebagai pembeza kompetitif dalam memacu pertumbuhan masa kini dan masa depan."

Vincent Tjendra, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Astro
"Bagi pihak semua Angkasawan, kami bersyukur atas penerimaan anugerah ini. Ia merupakan bukti kerja keras dan tumpuan berterusan pasukan kami untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik dan banyak inovasi yang menarik di Indonesia!"

Avneet Rana, Pengasas Bersama & Pengarah Teknologi, Baazi Games
"Terima kasih kerana memberi pengiktirafan kepada kami dengan SHIELD Trust Award. PokerBaazi telah menjadi pelopor dalam menyampaikan tahap keselamatan tertinggi kepada pengguna berharga kami. Dengan SHIELD sebagai rakan perisikan risiko kami, kami akan terus meningkatkan dan memperketatkan ciri-ciri keselamatan kami untuk menjadikan PokerBaazi sebagai aplikasi poker dalam talian yang paling selamat di India."

Marut Petrosyan, Ketua Pencegahan Penipuan, inDriver
"SHIELD Trust Award merupakan bukti sejauh mana inDriver berusaha mencapai tahap kepercayaan tertinggi dalam kalangan pengguna kami. Komitmen kami untuk memerangi ketidakadilan mendorong kami untuk memastikan pengalaman yang adil dan selamat baik untuk pemandu mahupun penumpang."

Athar Jameel Ahmed, Ketua Pegawai Eksekutif, Legion Network
"Legion Network percaya bahawa dunia blok rantai haruslah boleh diakses oleh setiap orang. Kami berbangga menerima SHIELD Trust Awards yang merupakan bukti kejayaan kami dalam mencipta ekosistem yang paling selamat dan paling adil sebaiknya untuk pengguna tulen, tanpa mengira sejauh mana pengalaman mereka dengan perkhidmatan blok rantai."

Mitch Padua, Ketua Pegawai Produk Kumpulan, Maya
"Kepercayaan dan keselamatan pengguna kekal menjadi keutamaan tertinggi buat Maya ketika kami terus memenuhi keperluan kewangan berjuta-juta warga Filipina yang sentiasa berubah-ubah. Kami berbangga kerana misi kami untuk membantu pengguna dan perusahaan berkembang maju dalam ekonomi digital baharu telah diiktiraf dengan SHIELD Trust Award."

Joseph Aditya, Ketua Pegawai Eksekutif, Ralali.com
"Ralali.com berada di sini untuk menyediakan penyelesaian kepada perniagaan di Indonesia melalui ciri-ciri digital yang direka khas untuk menyokong pertumbuhan perniagaan. Dengan berbuat demikian, Ralali berada di landasan untuk membina ekosistem perniagaan digital yang bagus yang menghubungkan perniagaan mengikut kredibiliti dan kepercayaan jenama."

Monsinee Nakapanant, Presiden Bersama, TrueMoney
"Sebagai jenama teknologi kewangan terkemuka Asia Tenggara, misi TrueMoney adalah untuk mengupayakan akses kepada perkhidmatan kewangan yang inovatif untuk semua orang dan dalam masa yang sama memastikan tiada jalan pintas diambil untuk kepercayaan dan keselamatan. Kami berbesar hati menerima SHIELD Trust Award yang mencerminkan komitmen kami untuk membina kepercayaan bersama pengguna kami sekali gus memacu rangkuman kewangan."

Latar Belakang SHIELD

SHIELD ialah syarikat perisikan risiko yang terkemuka di dunia, memperkasa perniagaan dalam talian untuk menghentikan penipuan, membina kepercayaan dan memacu pertumbuhan. Dikuasakan oleh teknologi AI yang terkini, SHIELD menggabungkan cap jari peranti yang canggih dengan Global Intelligence Network proprietarinya untuk mengesan ancaman penipuan baharu dan tidak dikenali pada masa sebenar. Dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia dan pelanggan di setiap benua, SHIELD menawarkan pelbagai penyelesaian yang mencakupi cap jari peranti, perlindungan gred perusahaan, pencegahan penipuan iklan dan perisikan risiko kredit alternatif. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://shield.com/.

Hubungi
Desmond Wong
+65 9066 2888
desmond.wong@shield.com 

 

 

SHIELD Trust Awards 2022 Group Photo
SHIELD Trust Awards 2022 Group Photo

Source: SHIELD
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Financial Technology