omniture

Pameran Canton ke-132 bakal dibuka dalam talian pada 15 Oktober menampilkan skala lebih besar dan perkhidmatan dinaik taraf

China International Contractors Association
2022-10-03 22:51 78

GUANGZHOU, China, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-132, turut dikenali sebagai Pameran Canton, akan dibuka secara maya pada 15 Oktober 2022. Agar dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli global, edisi terkini Pameran Canton akan memperluaskan skop peserta pameran, dibuka dalam tempoh yang lebih lama dan memperkayakan fungsi-fungsi dalam talian. Memanfaatkan pameran dan perkhidmatan dalam talian yang dikemas kini, acara ini akan menyediakan platform kerjasama perdagangan untuk perniagaan-perniagaan global menerusi 50 bahagian pamerannya yang meliputi 16 kategori produk.

The 13th International Infrastructure Investment Construction Forum Concludes in Macao.
The 13th International Infrastructure Investment Construction Forum Concludes in Macao.

  • 35000 peserta pameran berhimpun secara dalam talian

Pameran Canton ke-132 telah memperluaskan skala pameran dan merangkumkan syarikat-syarikat pameran yang lebih berkualiti. Selain daripada 25,000 peserta pameran asal, 10,000 lagi peserta pameran telah memohon untuk mengadakan pameran dalam talian. Syarikat-syarikat yang dihimpunkan ini mewakili pembuatan China yang terbaik, menawarkan pelbagai pilihan untuk pembeli global. Sebanyak 10,000 "wajah baharu" ini termasuk perusahaan-perusahaan "gergasi kecil" yang mengkhusus dalam sektor-sektor khas, perusahaan teknologi-tinggi dan perusahaan jaguh tunggal pembuatan.

  • Tempoh perkhidmatan dilanjutkan

Diadakan secara dalam talian sejak edisi ke-127 ekoran Covid-19, platform dalam talian Pameran Canton membawakan pameran 10-hari. Satu lagi sorotan daripada Pameran Canton yang akan datang ialah tempoh perkhidmatan yang lebih panjang, termasuk 10 hari untuk strim langsung pempamer, penjadualan temu janji dan rundingan serta 5 bulan untuk pameran dalam talian, komunikasi segera, pemadanan dan perkhidmatan lain. Iaitu, perkhidmatan berkaitan pameran dalam talian untuk Pameran Canton akan disediakan mulai 15 Oktober hingga 15 Mac 2023.

Sementara itu, fungsi-fungsi dalam talian yang lebih baik akan menampilkan Pameran Canton yang akan datang. Usaha akan turut dibuat untuk mengoptimumkan seluruh rantaian bekalan dan pemadanan perdagangan. Pembekal barangan angkut, pergudangan dan kewangan dijemput untuk mengambil bahagian dan memberi jaminan kepada perusahaan-perusahaan untuk melengkapkan kitaran perdagangan. Lebih 130 zon perintis e-dagang rentas-sempadan dan 5 platform e-dagang akan turut menyertai Pameran tersebut bagi sinergi model serta aktiviti perdagangan yang pelbagai.

Pameran Import dan Eksport China ditubuhkan dalam musim bunga tahun 1957. Diadakan di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh sebagai pameran luar talian yang terbesar di dunia, ia mendapat pujian sebagai barometer penunjuk arah angin bagi perdagangan asing China.

Pautan Berkaitan: https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index#/foreign-email?utm_source=rwyx

 

 

Source: China International Contractors Association
Keywords: Construction/Building Trade show news