omniture

FANDOM AMBIL ALIH JENAMA HIBURAN & PERMAINAN TERKEMUKA TERMASUK GAMESPOT, TV GUIDE DAN METACRITIC

Fandom
2022-10-04 00:31

Perjanjian Ini Meningkatkan Jangkauan & Penglibatan Peminat Sambil Mendorong Perdagangan Gabungan Dan Menyampaikan 360 Peluang kepada Pengiklan 

Fandom Kini Akan Tersenarai sebagai Tapak Sokongan Iklan #14 di A.S. 

SAN FRANCISCO dan CHARLOTTE, North Carolina, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Fandom, platform peminat yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih portfolio jenama hiburan dan permainan daripada Red Ventures - GameSpot, Metacritic, TV Guide, GameFAQs, Giant Bomb, Cord Cutters News dan Comic Vine. Dengan menggabungkan 300 juta pengguna aktif bulanan (MAU) Fandom, 250 ribu komuniti Wiki dan 40 juta halaman kandungan dengan jenama permainan, filem dan TV yang amat terkenal ini yang menjangkau 46 juta MAU, Fandom memperluas misi strategiknya untuk menjadi pilihan pertama peminat bagi komuniti dan pengalaman. Butiran kewangan perjanjian ini tidak didedahkan.

Perjanjian ini akan terus memperluas platform peminat global Fandom bagi menyampaikan perkhidmatan yang hebat kepada para peminat hiburan dan permainan serta rakan kongsi. Platform gabungan baharu ini akan mendorong penglibatan dalam setiap langkah perjalanan pengguna -rujukan, komuniti, trend, penilaian, ulasan, berita dan perdagangan. Dengan penambahan platform permainan, filem dan TV ini, Fandom akan menyampaikan 360 program miliknya kepada rakan kongsi pengiklanannya - termasuk penerbit permainan, studio dan perkhidmatan penstriman - serta mengukuhkan data dan maklumat dalam FanDNA iaitu platform data proprietari Fandom. Selain itu, perjanjian tersebut akan turut mendorong usaha gabungan dan perdagangan Fandom serta mempercepat hasil pada Fanatical, perniagaan perdagangan permainannya.

"Kami teruja dapat menambah jenama yang hebat dan berwibawa ini ke dalam platform Fandom, yang akan memperluas keupayaan perniagaan kami serta menyediakan kandungan imersif kepada rakan kongsi, pengiklan dan peminat kami. Maklumat, penilaian dan kandungan dipercayai yang diperoleh ini akan menjadikan kami sebagai sebuah kedai sehenti untuk para peminat di seluruh perjalanan mereka dalam bidang hiburan dan permainan," kata Perkins Miller, Ketua Pegawai Eksekutif Fandom. "Selain mencipta pengalaman peminat yang luar biasa, platform-platform ini turut menambah tawaran data FanDNA kami, memberikan isyarat sentimen dan hasrat kepada kami yang akan membantu meningkatkan pengalaman pengguna serta menjadikan perniagaan perdagangan dan pengiklanan kami lebih memberi kesan."

"Pengumuman yang dibuat pada hari ini menandakan permulaan fasa baharu untuk Red Ventures dan Fandom, malah kami amat teruja untuk menyaksikan peningkatan yang bakal berlaku seterusnya," kata Christina Miller, Ketua Pegawai Strategi Red Ventures. "Dengan Fandom yang memegang tampuk pimpinan, kami yakin bahawa jenama-jenama ini dan pasukan mereka mempunyai keupayaan yang lengkap untuk terus memperkasa dan menghubungkan khalayak permainan dan hiburan di seluruh dunia, sementara Red Ventures terus memberi tumpuan untuk meneroka peluang fasa pertumbuhan seterusnya dan evolusi jenama pembuatan keputusannya yang kukuh."

Perjanjian ini menandakan satu lagi langkah yang meningkatkan trajektori pertumbuhan Fandom, sekali gus meneruskan pengembangannya di seluruh ekosistem peminat. Pada tahun 2018, Fandom telah mengambil alih ScreenJunkies untuk memperkukuh liputan hiburan dan beritanya. Syarikat tersebut mengambil alih Curse Media pada tahun 2019 yang menyatukan wiki permainan terbaik  di dunia dengan alatan permainan digital bersepadu. Pada tahun 2021, Fandom mengambil alih Fanatical, peruncit permainan video e-dagang terkemuka, yang mempelbagaikan hasilnya ke dalam perdagangan dan mengukuhkan jejak syarikat ini dalam bidang permainan. Malah melalui pengambilalihan ini, Fandom akan memperluas penerajuannya sebagai  platform peminat #1 di dunia, yang beroperasi di persimpangan budaya dan perdagangan.

LionTree bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Red Ventures dalam urus niaga ini.

TENTANG FANDOM 
Fandom ialah platform peminat yang terbesar di dunia sebagai tempat untuk para peminat menikmati pengalaman dunia fantasi dalam bidang hiburan dan permainan. Dengan jangkauan kepada lebih 350 juta orang pengunjung unik setiap bulan dan menganjurkan lebih 250,000 wiki, Fandom merupakan sumber #1 untuk maklumat mendalam tentang budaya pop, permainan, TV dan filem yang membolehkan para peminat mengetahui tentang dan meraikan kumpulan peminat kegemaran mereka. Bahagian Permainan Fandom mengurus peruncit permainan video dalam talian, Fanatical. Fandom Productions yang merupakan bahagian kandungan Fandom, meningkatkan pengalaman peminat melalui liputan editorial terpilih dan kandungan berjenama daripada jenama penerbitan yang dipercayai dan mantap seperti Gamespot, TV Guide dan Metacritic serta Honest Trailers, yang mendapat pencalonan anugerah Emmy dan program berita video mingguan, The Loop. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @getfandom atau kunjungi: www.fandom.com.

TENTANG RED VENTURES
Red Ventures (RV) memiliki pelbagai portfolio jenama dan perniagaan yang terkemuka dalam industri, kerjasama strategik dan teknologi proprietari - yang merangkumi Bankrate, Lonely Planet, CNET, The Points Guy, BestColleges dan banyak lagi. Secara bersama-sama, RV membantu berjuta-juta orang di seluruh dunia membuat keputusan yang paling penting dalam hidup, mempercepat penyesuaian digital dan menginovasi pengalaman pengguna dalam talian dengan menambah baik setiap langkah perjalanan pengguna - daripada penemuan pertama maklumat dan di sepanjang proses membuat keputusan hinggalah transaksi. Sila kunjungi www.redventures.com atau ikuti kami di media sosial @RedVentures untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungan Akhbar 
Rachelle Savoia/ (470) 306-1609 atau rsavoia@fandom.com
Brenna Harran/ (631) 902-9801 atau bharran@fandom.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/506383/FANDOM_Logo.jpg?p=medium600

Source: Fandom
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Television Toys