omniture

Nestlé melancarkan Pelan NESCAFÉ 2030 untuk membantu memacu pertanian janaan semula, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan meningkatkan mata pencarian para peladang

Nestlé S.A.
2022-10-04 14:00

VEVEY, Switzerland, 4 Oktober 2022  /PRNewswire/ -- NESCAFÉ, jenama kopi terbesar Nestlé dan salah satu kopi kegemaran dunia, hari ini menggariskan rancangannya yang meluas untuk membantu menjadikan penanaman kopi lebih lestari: melalui Pelan NESCAFÉ 2030. Jenama ini bekerjasama dengan para peladang kopi untuk membantu mereka beralih kepada pertanian janaan semula sambil mempercepat kerja-kerja yang mengambil masa sedekad di bawah Pelan NESCAFÉ ini. 

The Nescafé Plan 2030 - helping to drive regenerative agriculture, reduce greenhouse gas emissions and improve farmers’ livelihoods
The Nescafé Plan 2030 - helping to drive regenerative agriculture, reduce greenhouse gas emissions and improve farmers’ livelihoods

Jenama ini akan melabur lebih satu bilion franc Switzerland menjelang tahun 2030 dalam Pelan NESCAFÉ 2030. Pelaburan ini dibina berdasarkan Pelan NESCAFÉ sedia ada ketika jenama ini mengembangkan kerja-kerja kelestarian. Ia disokong oleh pembiayaan pertanian janaan semula Nestlé susulan komitmen Kumpulan ini untuk mempercepat peralihan kepada sistem makanan janaan semula dan bermatlamat untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih.

"Perubahan iklim memberikan tekanan kepada kawasan penanaman kopi," kata David Rennie, Ketua Jenama Kopi Nestlé. "Dengan memanfaatkan pengalaman selama 10 tahun dalam Pelan NESCAFÉ ini, kami mempercepat usaha kami untuk membantu menangani perubahan iklim serta menangani cabaran sosial dan ekonomi dalam rantaian nilai NESCAFÉ."

Suhu yang semakin meningkat akan mengurangkan kawasan yang sesuai untuk menanam kopi sehingga 50% menjelang tahun 2050[1]. Pada masa yang sama, kira-kira 125 juta orang bergantung hidup dengan menanam kopi sebagai mata pencarian mereka[2] dan dianggarkan 80% daripada keluarga peladang kopi berada pada atau di bawah garis kemiskinan[3]. Tindakan perlu diambil untuk memastikan kelestarian jangka panjang bagi tanaman kopi.

"Sebagai jenama kopi terkemuka di dunia, NESCAFÉ berhasrat untuk memberi impak sebenar ke atas penanaman kopi di seluruh dunia," kata Philipp Navratil, Ketua Unit Perniagaan Strategik Kopi Nestlé. "Kami mahu peladang kopi berkembang maju sebagaimana kami mahukan kopi memberi impak positif kepada alam sekitar. Tindakan kami boleh membantu memacu perubahan di seluruh industri kopi."

Menyokong peralihan para peladang kepada penanaman kopi janaan semula 
Pertanian janaan semula ialah suatu pendekatan kepada penanaman yang bermatlamat untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan tanah – serta melindungi sumber air dan biodiversiti. Tanah yang lebih sihat adalah lebih berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim dan boleh meningkatkan hasil, sekali gus membantu meningkatkan mata pencarian para peladang.

NESCAFÉ akan menyediakan latihan, bantuan teknikal dan anak benih kopi yang menghasilkan tanaman yang tinggi kepada para peladang untuk membantu mereka beralih kepada amalan penanaman kopi janaan semula. Beberapa contoh amalan pertanian janaan semula termasuklah yang berikut: 

  • Menanam tanaman tutup bumi dapat membantu melindungi tanah. Ia juga membantu menambah biojisim ke dalam tanah yang boleh meningkatkan bahan organik tanah dan seterusnya menyebabkan berlakunya sekuestrasi karbon tanah.
  • Menggabungkan baja organik dapat menyumbang kepada kesuburan tanah yang merupakan faktor penting untuk kesihatan tanah yang baik.
  • Meningkatkan penggunaan teknik agroperhutanan dan penanaman selingan dapat menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti.
  • Memangkas pokok kopi sedia ada atau menggantikannya dengan jenis pokok yang tahan penyakit dan perubahan iklim akan membantu menyegarkan semula petak tanah kopi dan meningkatkan hasil tanaman untuk para peladang.

Dengan memberi tumpuan kepada asal-usul sumber dari mana NESCAFÉ memperoleh 90% kopinya,  
NESCAFÉ akan bekerjasama dengan para peladang kopi untuk menguji, mempelajari dan menilai keberkesanan pelbagai amalan pertanian janaan semula. Perkara ini akan dilakukan dengan memberi tumpuan kepada tujuh asal-usul utama, iaitu sumber dari mana jenama ini memperoleh 90% kopinya: Brazil, Vietnam, Mexico, Colombia, Côte d'Ivoire, Indonesia dan Honduras.

NESCAFÉ berhasrat untuk mencapai:

Merintis satu skim bantuan kewangan di Mexico, Côte d'Ivoire dan Indonesia untuk mempercepat peralihan kepada pertanian janaan semula

NESCAFÉ komited untuk menyokong para peladang yang mengambil risiko dan menanggung kos yang berkaitan dengan langkah untuk beralih ke pertanian janaan semula. Ia akan menyediakan program yang bertujuan untuk membantu para peladang meningkatkan pendapatan mereka hasil daripada peralihan tersebut. Di Mexico, Côte d'Ivoire dan Indonesia, NESCAFÉ akan merintis satu skim bantuan kewangan untuk membantu para peladang mempercepat peralihan kepada pertanian janaan semula. Melalui skim ini, NESCAFÉ bersama-sama dengan para peladang kopi akan menguji dan mempelajari pendekatan yang terbaik di setiap negara. Bantuan ini merangkumi langkah-langkah seperti:

  • insentif tunai bersyarat untuk menerima pakai amalan pertanian janaan semula
  • perlindungan pendapatan menggunakan insurans cuaca
  • akses yang lebih besar kepada barisan kredit untuk para peladang

NESCAFÉ akan menjejaki kemajuannya dan menilai hasil program lapangannya dengan para peladang kopi melalui kerjasama Pemantauan dan Penilaiannya dengan Rainforest Alliance. Usahanya akan dilengkapkan oleh perkongsian baharu dan berfokuskan kepakaran, seperti satu kerjasama yang dijalin dengan Makmal Makanan Lestari untuk topik yang berkaitan dengan penilaian pendapatan, strategi dan penjejakan kemajuan para peladang kopi.

Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan menangkap dan menyimpan lebih banyak karbon ke dalam tanah
Pertanian janaan semula turut menyumbang kepada pengeluaran karbon dioksida dari atmosfera dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Itulah sebabnya mengapa pertanian janaan semula merupakan bahagian penting dalam pelan hala tuju Sifar Bersih Nestlé. NESCAFÉ berhasrat untuk menyumbang kepada komitmen Sifar Bersih Nestlé dengan mengurangkan separuh pelepasan gas rumah hijau menjelang tahun 2030 dan mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang tahun 2050. Ia akan bekerjasama dengan peladang, pembekal dan rakan kongsi untuk membantu melindungi tanah pertanian, meningkatkan biodiversiti dan membantu mencegah penebangan hutan. Jenama ini berhasrat untuk membantu para peladang menanam lebih 20 juta pokok di ladang kopi mereka atau berhampiran ladang kopi mereka.

Melangkah ke hadapan dengan membina asas yang kukuh
Pengumuman hari ini berdasarkan usaha kelestarian NESCAFÉ dalam pengeluaran kopi. Sejak tahun 2010, jenama ini telah melabur dalam usaha kelestarian melalui Pelan NESCAFÉ dan telah mencapai kemajuan yang signifikan:

  •  Kopi yang diperoleh secara bertanggungjawab: 82% kopi NESCAFÉ diperoleh secara bertanggungjawab pada tahun 2021 
  • Anak benih kopi: 250 juta anak benih kopi baharu diedarkan kepada para peladang sejak tahun 2010
  • Pemantauan dan penilaian: penilaian impak melalui kerjasama dengan Rainforest Alliance di 14 buah negara
  • Pelepasan gas rumah hijau: 46% pengurangan pelepasan gas rumah hijau daripada kilang kopi larut kami (pada tahun 2020 berbanding tahun 2010, per tan bagi setiap produk)
  •  Penggunaan air: 53% kurang pengeluaran air bagi kilang kopi larut kami (pada tahun 2020 berbanding tahun 2010, per tan bagi setiap produk)

[1] Inter-American Development Bank

[2] Fairtrade Foundation 

[3] TechnoServe 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1910069/Nestle_SA.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1883999/Nestle.jpg?p=medium600

Source: Nestlé S.A.
Keywords: Agriculture Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Environmental Issues New products/services