omniture

Mouser Selami Kemungkinan Rangkaian 5G Persendirian dalam Episod Kelima Empowering Innovation Together

Mouser Electronics
2022-10-04 15:12 10

SHANGHAI, 4 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi paling luas bagi semikonduktor dan komponen elektronik™, hari ini mengumumkan lembaran yang seterusnya bagi program Empowering Innovation Together™ pemenang anugerahnya. Episod baharu ini meninjau keadaan penggunaan perniagaan bagi rangkaian 5G bukan awam untuk penggunaan IoT perindustrian yang boleh dimiliki, diurus dan dijamin secara bebas melalui 5G New Radio (NR) Release 16.

5G NR menawarkan spektrum berlesen dan tidak berlesen dalam jalur sub-1 GHz, sub-6 GHz, 24 GHz hingga 29 GHz dan 37 GHz hingga 43 GHz. Melalui spektrum tidak berlesen seperti General Authorization Access (GAA) Citizens Broadband Radio Services (CBRS) dalam jalur 3550-3700 MHz (3.5 GHz), organisasi-organisasi boleh memanfaatkan kombinasi aplikasi IoT yang nampaknya tidak terhad tanpa tempoh dan kos pelesenan. Pemasangan Rangkaian 5G Persendirian ditaja oleh Amphenol RF, Analog Devices, Intel®, Molex, RECOM dan Xilinx.

Melalui episod baharu audio siar The Tech Between Us, video baharu Then, Now & Next dan kandungan eksklusif yang lain, Mouser memberi gambaran yang lebih mendalam kepada audiens terhadap kajian kes dan contoh kehidupan sebenar rangkaian 5G bukan awam untuk penggunaan perindustrian yang menjadikan data yang selamat tersedia di lapangan dan meningkatkan kependaman untuk aplikasi dalam kemudahan perindustrian.

"Dalam ekosistem teknologi yang sentiasa terhubung, rangkaian 5G persendirian boleh memindahkan data yang sensitif dalam persekitaran yang selamat pada kelajuan tinggi," kata Glenn Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mouser Electronics. "Melalui kandungan yang dikongsi dalam episod EIT yang terkini ini, kami berharap pengikut kami akan memperoleh pandangan baharu tentang bagaimana untuk memanfaatkan dengan cara terbaik rangkaian 5G persendirian untuk aplikasi perindustrian kependaman rendah."

Hos The Tech Between Us Raymond Yin, Pengarah Kandungan Teknikal di Mouser Electronics, mengalu-alukan Gilad Garon, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ASOCS, untuk perbualan yang rancak. Episod tersebut disediakan di laman sesawang Mouser, Alexa, Apple Podcasts, Google Podcasts, iHeartRadio, Pandora dan Spotify.

"Saya berharap para pendengar dapat menikmati perbualan saya bersama Raymond sebagaimana saya menikmatinya," kata Garon. "5G memindahkan teknologi selular ke dalam perisian yang mengupayakan sejumlah penyesuaian yang luar biasa banyaknya. Rangkaian 5G persendirian membolehkan pentadbir mencipta dan mengurus dengan mudah sambungan yang terjamin, amat pantas dan andal yang unik mengikut keperluan organisasi-organisasi mereka."

Ditubuhkan pada tahun 2015, program Empowering Innovation Together daripada Mouser ialah salah satu program yang paling diiktiraf dalam industri komponen elektronik. Kunjungi https://www.mouser.com/empowering-innovation, Facebook dan Twitter.

Latar Belakang Mouser Electronics

Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik berdaftar yang memfokuskan kepada Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar utamanya. Menawarkan perkhidmatan kepada jurutera reka bentuk elektronik dan komuniti pembeli global, laman sesawang pengedar global, mouser.com, disediakan dalam pelbagai bahasa dan mata wang serta menampilkan lebih daripada 6.8 juta produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 27 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas dalam bahasa, mata wang dan zon waktu tempatan. Pihak pengedar membuat penghantaran kepada lebih 650,000 pelanggan di 223 negara/wilayah daripada kemudahan pengedarannya yang canggih dan berkeluasan 1 juta-kaki-persegi di Dallas, Texas, kawasan metro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications New products/services