omniture

Mighty Catcher Lancar Faedah-faedah Ulang Tahun ke-4

Mighty Catcher
2022-10-05 00:19 89

Main Percuma, Cakar Percuma, Baucar Percuma

HONG KONG, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Permainan kren dalam talian yang popular Mighty Catcher menyambut ulang tahunnya yang ke-4 dengan siri acara menarik yang mana hadiah dan faedah ditawarkan kepada para pemain seluruh dunia.

Get Free Play Period and e-coupons in the Mighty Catcher Birthday Celebration Fest
Get Free Play Period and e-coupons in the Mighty Catcher Birthday Celebration Fest

Sekiranya anda ingin berseronok dalam bilik permainan, anda boleh melog masuk ke permainan setiap hari dan membuka peti mel anda mulai 15-19 Oktober untuk mengumpul makarun. Sekiranya anda mengumpul 3 atau lebih, anda akan memenangi pas Free Plays Period (Tempoh Bermain Percuma) yang membolehkan anda merebut seberapa banyak hadiah yang anda inginkan dalam semua bilik permainan tanpa sebarang kos.

Login to the "Mighty Catcher" for 3 days to get 15-minute Free Plays Period!
Login to the "Mighty Catcher" for 3 days to get 15-minute Free Plays Period!

E-baucar percuma "Golden Asian Voucher Fest"

Muat turun Mighty Catcher App untuk bermain permainan kren dari jauh pada telefon anda. Nikmati penghantaran percuma ke seluruh dunia dan peluang untuk memenangi e-baucar daripada restoran terkenal, gedung serbaneka dan peruncit dalam talian di Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan sebagainya untuk menikmati aktiviti membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana.

4 Syiling Bilik Permainan Cakar Golden Elephant

Di zon permainan ciri terhad, anda boleh bermain dalam pelbagai bilik permainan yang berharga 4 syiling bagi setiap permainan, dengan hanya berharga AS$0.5 setiap permainan. Anda boleh pulang dengan banyak hadiah seperti Funko Figures yang popular dan barangan elektronik terpilih.

Panduan untuk Pemula

1. Log masuk setiap hari dan dapatkan Play Tickets (Tiket Bermain) secara percuma

Selesaikan tugas mudah setiap hari untuk memenangi pelbagai ganjaran. Dengan promosi ulang tahun, selama tiga hari berturut-turut, berbilang Tiket Bermain tambahan akan diberikan setiap hari.

2. Latihan percuma tanpa had

Anda boleh berlatih secara percuma tanpa had dari segi bilangan kali untuk membiasakan diri anda dengan pengalaman permainan dan menggunakan kemahiran anda. Anda juga boleh menyelesaikan tugas harian sambil bermain permainan, seterusnya membolehkan anda menyasarkan hadiah sekali lagi dan memenangi ganjaran sekali lagi dan menikmati perjalanan permainan kren dalam talian.

3. Pemula juga boleh memenangi hadiah dengan mudah

Permainan tersebut ringkas serta mudah dimainkan dan anda boleh memenangi banyak jenis hadiah yang menggamit perhatian. Para pemain boleh memilih dengan bebas dan menetapkan tahap kesukaran. Anda boleh bermula dengan mesin tahap mudah. Semakin banyak kali anda menangkap patung, semakin banyak pengalaman yang anda boleh kumpul, lalu menjadikannya semakin mudah untuk memenangi hadiah.

Mighty Catcher

Pautan muat turun: https://download.mightycatcher.com/

Halaman Facebook: https://www.facebook.com/mightycatcheren

Instagram: @mightycatcheren_official

 

Source: Mighty Catcher
Keywords: Electronics Gaming Entertainment