omniture

INFANTINO DAN BECKHAM MENYANJUNGI ASPIRE ACADEMY SEBAGAI PELENGKAP KEPADA LEGASI PIALA DUNIA QATAR MENJELANG BERAKHIRNYA SIDANG KEMUNCAK GLOBAL 2022

Aspire Academy
2022-10-05 19:09

DOHA, Qatar, 5 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari pertama Sidang Kemuncak Global Aspire Academy 2022 (AAGS) dengan kerjasama FIFA telah diakhiri dengan majlis makan malam gala, di mana Presiden FIFA Gianni Infantino menyampaikan ucapan kepada para perwakilan yang memuji usaha yang telah dilakukan untuk AAGS edisi ke-8 tersebut.

Infantino and Beckham Hail Aspire Academy as Integral to Qatar’s World Cup Legacy as Global Summit 2022 Ends
Infantino and Beckham Hail Aspire Academy as Integral to Qatar’s World Cup Legacy as Global Summit 2022 Ends

Acara pada malam tersebut menampilkan slot 'Sembang Bersama Bintang' dengan bekas kapten England, David Beckham yang membincangkan tentang impak Aspire Academy terhadap legasi Qatar yang menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 2022. Pemikiran beliau tercetus sehari selepas perbincangan yang memberi inspirasi di Aspire Academy di mana para perwakilan dari 32 buah negara yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan ahli-ahli Aspire in the World Fellows membincangkan pelbagai topik daripada pembangunan belia hingga penggunaan data.

Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Infantino berkata, "Usaha yang anda lakukan membuatkan kami, para peminat permainan ini, merasakan emosi yang luar biasa apabila kami menyaksikan kemahiran para pemain muda," ujar beliau.

"Kami dapat menyaksikan semua perkara merangkumi pemain yang telah anda latih serta persembahan yang ingin kami saksikan dan kagumi di padang bola sepak. Ia menyentuh perasaan kami; ia menyentuh hati kami."

"Ia membuatkan mereka menangis, membuatkan mereka bergembira dan membuatkan kami semua jatuh cinta dengan sukan yang indah ini."

Dalam sesi Sembang Bersama Bintang beliau, Encik Beckham telah membincangkan tentang warisan Qatar yang menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 2022 dan kuasa bola sepak sebagai sebuah daya kekuatan yang menyatukan.

"Anda hanya perlu melihat Aspire sebagai contoh. Ia merupakan satu warisan," kata beliau.

"Anda perlu memberi inspirasi kepada generasi seterusnya agar mereka mempunyai keinginan untuk bermain dalam sukan ini. Dan ia bukan hanya tentang melahirkan pemain profesional; ia adalah tentang pelaburan terhadap kesejahteraan, kesihatan, masa depan yang bukan hanya untuk Qatar tetapi juga untuk seluruh rantau ini. Ia tentang melahirkan generasi pemain bola sepak seterusnya, atau bintang sukan, atau sekadar individu yang ingin menjadi sihat dan menikmati sukan."

Beberapa intipati perbincangan yang disampaikan oleh Encik Beckham dan mereka yang lain telah dibincangkan dengan lebih mendalam pada hari kedua AAGS.

Sesi pertama Sembang Bersama Bintang pada hari kedua adalah dengan jurulatih kepada juara dua kali Piala Dunia Wanita, iaitu Jill Ellis, yang kini merupakan presiden kelab San Diego Wave di Amerika Syarikat. Beliau menjelaskan bahawa salah satu perkara yang paling penting bagi beliau adalah cuba untuk menjadi lebih baik setiap hari dan bahawa kegagalan dapat membantu melalui proses tersebut.

"Kegagalan memberikan anda maklum balas dan ia turut memberikan anda peluang," kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa selepas memenangi Piala Dunia Wanita 2015, pasukan Amerika Syarikat gagal mempamerkan aksi cemerlang pada sukan Olimpik 2016. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengekalkan gelaran global tersebut tiga tahun selepas menempuh kegagalan itu. Beliau menjelaskan bahawa selepas mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki, mereka mencari pemain yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut bukan secara tergesa-gesa tetapi sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan tersebut pada tahun 2019. Cik Ellis juga menekankan peranan saintis sukan dan ahli psikologi pasukannya dalam membantu skuad beliau mencapai kejayaan.

Sesi kedua 'Sembang Bersama Bintang' pada hari tersebut adalah dengan pemenang Piala Dunia Perancis 1998 Youri Djorkaeff yang telah membuat ramalan menarik bagi Piala Dunia di Qatar.

"Kejayaan melayakkan diri ke kejohanan ini adalah suatu pengalaman yang berbeza," jelas beliau.

"Bermain bola sepak untuk kejohanan adalah perkara yang berbeza daripada bermain bola sepak untuk kelab."

Beliau menggalakkan pemain muda untuk mengejar impian mereka sambil mengingati bahawa pada usia 12 tahun, beliau telah menulis esei semasa di sekolah tentang keinginan untuk memenangi Piala Dunia – dan sehari selepas beliau mencapai impian tersebut pada tahun 1998, guru beliau menghantar laporan sekolah yang sama kepada beliau dan mengatakan bahawa gurunya percaya akan impian beliau.

Sesi acara selama dua hari tersebut diakhiri dengan perkongsian para perwakilan hasil daripada tiga bengkel teknikal yang dihadiri: memberikan impak dengan data, menyediakan para pemain dan pasukan untuk pertandingan dan mengoptimumkan strategi pemulihan.

Sesi akhir para perwakilan menyaksikan perkongsian pelbagai cadangan hasil daripada perbincangan mereka tentang tiga aspek berikut:

  1. Kita tidak boleh bergantung kepada data semata-mata, ia hanyalah alat sokongan untuk membantu membuat keputusan
  2. Sentiasa berusaha yang terbaik untuk kecemerlangan pemain – satu penyelesaian tidak semestinya berkesan untuk semua orang apabila mempersiapkan pasukan untuk sesuatu pertandingan
  3. Strategi individu yang boleh disesuaikan adalah penting untuk pemulihan

Hubungan:
Rawan Yousif
+974 33475991
rawan.yousif@qanect.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1914305/Aspire_Academy.jpg?p=medium600

 

 

Source: Aspire Academy
Keywords: Education Entertainment Sports Awards New products/services