omniture

Cabar Tahap Tertinggi "MIR4"! Kandungan Baharu, Hell Raid, Diperkenalkan

Wemade
2022-10-06 02:13 72
  • Hell Raid, kandungan tempur baharu untuk pemain-pemain tahap 90 atau lebih tinggi
  • Peningkatan Khas untuk mengukuhkan skor kuasa ditambah berserta dengan 2 item baharu 
  • Sistem Transcend ditambah untuk meningkatkan statistik semangat legenda 

SEOUL, Korea Selatan, 6 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Wemade memperkenalkan Hell Raid, kandungan baharu untuk karya agungnya MMORPG "MIR4" pada 4 Oktober 2022.

Cabar Tahap Tertinggi "MIR4"! Kandungan Baharu, Hell Raid, Diperkenalkan
Cabar Tahap Tertinggi "MIR4"! Kandungan Baharu, Hell Raid, Diperkenalkan

Hell Raid, kandungan tempur mod-sukar untuk pemain-pemain tahap 90 atau lebih tinggi, adalah jauh lebih sukar berbanding Boss Raid. Sehingga 15 pemain boleh mengambil bahagian untuk melawan raksasa bos yang kuat dan pengikut.

Lebih ramai peserta hadir dengan kemungkinan yang lebih tinggi untuk memperoleh faedah-faedah lebih tinggi. Sekiranya enam atau lebih ramai pemain mengambil bahagian, terdapat peluang untuk memperoleh Tier 1 Epic Secondary Weapons and Earrings, Divine Oil of Blessing dan lima jenis Tributes yang digunakan untuk meningkatkan Mystique.

Hell Raid mengandungi beberapa peringkat berdasarkan kepada tiga tahap raksasa – tahap 100, 120, serta 140 dan hanya pemain yang memiliki Hell Raid Ticket boleh memasukinya.

Dalam tempoh 15 minit, pemain boleh mencabar raksasa tahap 140 untuk merebut peluang untuk memperoleh peningkatan selanjutnya.

Selain itu, fungsi Peningkatan Khas ditambah yang membolehkan pemain menaik taraf Epic atau item lebih tinggi seperti Magic Stone, Spectrumite, Spirit Treasure dan Mystical Piece. Dragonsteel, Darksteel dan Enhancement Stones diperlukan untuk meningkatkan item dan pemain boleh menggunakan Oil of Blessing bagi meningkatkan peluang peningkatan.

Di samping itu, sistem Transcend telah ditambah yang membolehkan pemain meningkatkan statistik semangat legenda ke tahap 4. Apabila tahap dapat dicapai melalui sistem Transcend, satu slot untuk menambah Spirit Treasure dimasukkan dan statistik yang unik ditingkatkan.

Butiran lanjut tentang "MIR4" boleh ditemui di laman sesawang dan komuniti rasminya.

 

Source: Wemade
Related Stocks:
Korea:112040
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services