omniture

Universiti Peking berjaya membolot hampir separuh anugerah pertandingan matematik global

Peking University
2022-10-07 11:37 59

BEIJING7 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Mahasiswa dan bekas pelajar Universiti Peking (PKU) memperoleh kemenangan besar dalam Pertandingan Matematik Global Alibaba 2022, dengan merangkul 35 daripada 77 anugerah keseluruhan yang ditawarkan berdasarkan senarai pemenang yang dikeluarkan pada 26 September yang lalu.

Pintu Barat Universiti Peking
Pintu Barat Universiti Peking

Mereka telah menewaskan lebih daripada 50,000 peserta yang datang dari berpuluh-puluh negara serta membawa pulang 3 (daripada empat) anugerah emas, 2 (daripada enam) anugerah perak dan 5 (daripada sepuluh) anugerah gangsa berserta 25 (daripada 57) meraih Anugerah Kehormat, dengan itu menjadikan Universiti Peking sebagai universiti terbanyak menerima anugerah dalam pertandingan tahun ini.

Antara 4 pemenang Anugerah Emas ialah Chen Zekun, calon PhD dari Pusat Penyelidikan Matematik Antarabangsa Beijing (BICMR) PKU, Lu Weixiao dan Rao Zhenghao—yang mana kedua-duanya merupakan bekas pelajar PKU. Setelah pengumuman anugerah tersebut dibuat, ketiga-tiganya berkongsi ikatan kukuh serta istimewa yang terjalin melalui bidang matematik.

Bagi Chen Zekun, minat akademiknya ialah teori nombor. Membuat kajian dapat diibaratkan seperti meraba-raba dalam pagar sesat yang besar yang hanya mempunyai satu jalan keluar dan pada kebanyakan masa dalam sehari hanyalah "bagai seorang pelari dalam pagar sesat" yang "menuju ke arah jalan mati atau "berkeliaran dalam laluan yang berselirat". Namun begitu, Chen tetap menjalankan setiap kajian dengan semangat yang tidak pernah pudar. "Kerana semasa dalam proses itu, anda akan menemukan banyak detik 'Aha!' yang mana ia sangatlah menyeronokkan," tambah beliau lagi.

Lu Weixiao, seorang alumni PKU yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah PhD di MIT, menyatakan kekaguman beliau yang berkobar-kobar dan tidak kunjung padam terhadap alma mater beliau serta bidang matematik. "Tidak keterlaluan untuk diungkapkan bahawa Universiti Peking merupakan syurga bagi pelajar matematik," kata beliau, mengimbau akan persekitaran belajar yang kondusif di PKU.

Memanfaatkan pengalaman penyelidikan beliau, Rao Zhenghao menggambarkan betapa beliau menyukai akan proses menyelesaikan masalah matematik—meskipun ada kalanya proses itu tidaklah meleraikan kekusutan yang ada. "Saya mendapati bahawa menyelesaikan masalah geometri adalah agak menarik dan secara relatifnya konkrit," kata beliau, "Saya juga seronok dengan pengalaman melukis dan kadang-kala satu graf yang jelas dan intuitif dapat memberi pencerahan kepada pemikiran saya. Inilah salah satu sebab mengapa saya memilih topologi geometri sebagai hala tuju kajian saya."

Pada peralihan abad ini, suatu kader bakat muncul di Universiti Peking yang mencipta kejayaan dalam bidang matematik yang menggamit perhatian sejagat yang dikenali sebagai "Generasi Emas." Dua puluh tahun kemudian, "Generasi Emas" ini telah menambah kilauan baharu apabila sekumpulan bintang muda yang sedang meningkat naik pula muncul.

Dalam ucapan tahniah beliau kepada penerima-penerima anugerah pertandingan tersebut, Pengarah BICMR dan Profesor Tian Gang menyatakan bahawa setiap generasi ahli matematik mempunyai misi mereka dan darah muda di PKU telah menggalas harapan baharu masyarakat di atas bahu mereka. "Mereka berada di zaman keemasan hayat mereka."

Pertandingan Matematik Global Alibaba dibuka kepada peminat matematik di seluruh dunia. Pertandingan ini telah diadakan saban tahun sejak 2018, menarik minat kira-kira sejumlah 200 ribu peserta dari lebih 70 negara dan wilayah.

Source: Peking University
Keywords: Education Higher Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)