omniture

Mempertingkat kenderaan tenaga baharu, HAVAL H6 PHEV GWM Dilancar Secara Rasmi

GWM
2022-10-08 12:36 41

BAODING, China, 8 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 28 September, HAVAL H6 PHEV dilancarkan secara rasmi, melambangkan satu lagi pencapaian rantaian industri tenaga baharu GWM.

Mempertingkat kenderaan tenaga baharu, HAVAL H6 PHEV GWM Dilancar Secara Rasmi
Mempertingkat kenderaan tenaga baharu, HAVAL H6 PHEV GWM Dilancar Secara Rasmi

Semasa pelancaran HAVAL H6 PHEV, Ketua Pegawai Tadbir Urus GWM Li Ruifeng berkata, "HAVAL menyasarkan untuk menjadi jenama SUV yang paling profesional dan bernilai dalam sektor tenaga baharu."

Bateri, kuasa dan banyak lagi sorotan HAVAL H6 PHEV dipaparkan.

HAVAL H6 PHEV menggunakan bateri berkuasa "perisai teras" dan mengurangkan risiko keselamatan bateri melalui kotak keluli dengan kekuatan yang tinggi, reka bentuk penebat haba dan rangka keselamatan dengan kekuatan yang tinggi.

Dari segi kuasa, dibina dengan L.E.M.O.N. DHT, HAVAL H6 PHEV boleh bertukar dengan pintar dalam enam mod kuasa yang meliputi EV, sambungan bersiri, pemacu langsung kuasa, pemacu langsung ekonomi, sambungan selari dan pemulihan kuasa agar enjin sentiasa berada dalam julat kecekapan tenaga yang terbaik.

"Rangkaian kuasa hibrid pemalam HAVAL H6 PHEV benar-benar meningkatkan jarak perjalanan dan penjimatan bahan api," kata ifeng, media Cina yang terkenal.

Ketika ini, HAVAL H6 PHEV boleh didapati di China dan tidak lama lagi akan tersedia di Thailand.

Selain daripada kenderaan ini, HAVAL H6 HEV GWM, JOLION HEV dan model-model tenaga baharu yang lain telah dilancarkan di peringkat global dan mendapat pengiktirafan pasaran. Pada 2 September tahun ini, H6 HEV dan JOLION HEV yang dikeluarkan oleh kilang Rayong New Energy di Thailand mencecah 10,000 unit.

Transformasi tenaga baharu HAVAL yang pesat tidak dapat dipisahkan daripada susun atur GWM dalam rantaian industri tenaga baharu, seperti L.E.M.O.N. DHT dan teknologi bateri.

"Integrasi teknologi daripada semua sektor dalam rantaian ini mengupayakan pembangunan HAVAL yang mantap," kata Li Ruifeng.

L.E.M.O.N. DHT, dibangunkan oleh GWM, ialah sistem hibrid petrol-elektrik amat bersepadu yang serasi baik dengan seni bina kuasa HEV mahupun PHEV.

SVOLT, berasal daripada GWM, membentuk keupayaan pengeluaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) tenaga baharu yang komprehensif meliputi bahan bateri, sel dan modul serta memasuki bidang kitar semula bateri secara rasminya dalam bulan September tahun ini.

Tambahan pula, GWM telah mewujudkan ekologi rantaian bekalan bersepadu "aplikasi-isian-semula-pengangkutan-penyimpanan-pengeluaran" dalam bidang teknologi tenaga hidrogen.

"Industri tenaga baharu mempunyai sistem rantaian industri yang sangat rumit. Sekiranya kami ingin menjadi pengusaha yang terkemuka dalam bidang ini, kami perlu mewujudkan ekologi yang baik untuk rantaian industri tenaga baharu," kata Mu Feng, Presiden GWM.

GWM akan terus melabur dalam R&D tenaga hijau dan bersih bagi membina rantaian industri automotif karbon-rendah bertaraf global. Ia akan melibatkan R&D kenderaan, rantaian bekalan, pengeluaran kenderaan, logistik, jualan dan penggunaan serta kikisan dan kitar semula.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services