SEOUL, Korea Selatan, 8 Oktober, 2022 /PRNewswire/ -- Medit Corp. ("Medit"), penyedia bertaraf global bagi penyelesaian pengimbasan 3D, berjaya membela diri terhadap empat tindakan perlanggaran paten berasingan yang difailkan di Jerman oleh pesaing Denmark, 3Shape A/S ("3Shape"). Sepanjang 3 tahun yang lalu, 3Shape meneruskan tindakan perlanggaran paten secara agresif ke atas Medit berdasarkan empat paten (EP 2,568,870; EP 2,400,919; EP 2,732,434; EP 3,401,876). Walau bagaimanapun, keempat-empat tuntutan mahkamah berkaitan paten tersebut kini telah dimuktamadkan yang memihak kepada Medit oleh mahkamah Jerman. Tambahan pula, 1 daripada 4 paten telah dibatalkan oleh mahkamah Jerman.
"Kami berbesar hati apabila mendapati pihak mahkamah mengesahkan bahawa kes-kes ini adalah tanpa merit dan ia juga merupakan satu percubaan oleh pihak pesaing untuk melindungi kedudukan terdahulunya. Kami berharap agar keputusan ini dapat membantu mengelakkan pertikaian undang-undang yang melulu pada masa akan datang. Kami melihat hal ini sebagai satu kemenangan untuk pelanggan serta rakan kongsi kami dan akhirnya untuk semua yang berminat dalam bidang pergigian digital. Perintah ini menawarkan kepada pasaran pergigian digital sesuatu yang lebih jelas dan keselamatan yang amat diperlukan. Medit akan terus membawakan teknologi terbaik demi manfaat pelanggan kami dan juga pesakit." <GB Ko, Ketua Pegawai Eksekutif>