omniture

IMA Wujudkan Jejak di Mongolia bersama FinSight Academy

Institute of Management Accountants
2022-10-10 08:52 45

Perkongsian bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan pengurusan dan mempersiapkan diri ahli-ahli profesional perakaunan dan kewangan untuk memperoleh pensijilan U.S. CMA

SINGAPURA, 10 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah sebuah persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memfokuskan secara eksklusif kepada kemajuan profesion perakaunan pengurusan, dengan bangganya mengumumkan FinSight Academy sebagai Penyedia Kursus Semakan Diluluskan (ARCP) Perak IMA di Mongolia.

Penyedia Kursus Perak
Penyedia Kursus Perak

FinSight Academy ditubuhkan sebagai sebahagian daripada FinSight Corporation dan merupakan sebuah organisasi latihan yang terkemuka di Mongolia. Objektif-objektif penting organisasi ini adalah untuk menyediakan pensijilan yang berprestij, pendidikan yang eksklusif dan amalan terbaik dalam pengurusan kewangan serta perakaunan untuk perniagaan dan individu di Mongolia.

"IMA berbangga melantik FinSight Academy sebagai Penyedia Kursus Semakan Diluluskan di Mongolia. Dunia perniagaan hari ini berkembang dengan pesat dan terdapat peranan yang diperluas untuk golongan profesional perakaunan & kewangan," kata Josh Heniro, Ph.D., pengarah kanan, Asia Tenggara & Australasia di IMA. "Perkongsian ini menunjukkan komitmen berterusan oleh IMA untuk memajukan profesion perakaunan pengurusan di Mongolia, menyokong individu dengan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baharu untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif pada hari ini ketika mereka melangkah maju dalam kerjaya mereka."

Terdapat permintaan yang kukuh terhadap tenaga kerja yang kompetitif dengan kelayakan antarabangsa, pengalaman dan kemahiran strategik yang sentiasa dianggap sebagai halangan terbesar untuk organisasi-organisasi di Mongolia. FinSight Academy akan memberi impak ke atas persekitaran yang mencabar ini dengan memberi latihan untuk U.S. CMA® (Certified Management Accountant) dan menjadi gerbang untuk U.S. CMA akan datang. Memperoleh pensijilan ini akan membawa nilai yang penting kepada pasaran domestik dan global.

"Buat julung kalinya di Mongolia, kami merapatkan jurang, menemui kemungkinan untuk akauntan pengurusan dan pembangunan akademik mereka. Melalui kolaborasi ini, kami menyelesaikan isu-isu ini dan meningkatkan keupayaan profesional dalam negara ini. Peluang ini akan menyokong sektor kewangan dan perakaunan agar memenuhi piawaian antarabangsa dan amalan terbaik serta menumpukan kepada peningkatan kapasiti di Mongolia," kata Naranzul Ganzorig, pengarah eksekutif FinSight Academy. "Kami memilih untuk bekerjasama dengan IMA kerana U.S. CMA ialah kelayakan profesional yang disegani di peringkat global dengan tumpuan kepada perakaunan pengurusan."

Ahli-ahli profesional yang memperoleh U.S. CMA lulus peperiksaan dua bahagian yang ketat, meliputi penguasaan 12 bidang amalan teras. U.S. CMA membawa perancangan kewangan, kawalan dan sokongan keputusan ke tempat kerja mereka dan membantu organisasi-organisasi merapatkan jurang kemahiran dan memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran. Setakat ini, lebih daripada 100,000 U.S. CMA di lebih 100 negara telahpun diberikan. Klik pada pautan untuk mengetahui lebih lanjut tentang U.S. CMA.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA® ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif untuk memajukan profesion perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong profesion ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebanyak dua kali sebagai Badan Profesional Tahunan oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan lebih daripada 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Latar Belakang FinSight Academy
FinSight Corporation ialah hab perundingan & penyelesaian perniagaan sehenti untuk perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS) yang beribu pejabat di Mongolia, terdiri daripada 6 syarikat subsidiari termasuk Finsight Academy, Finsight Marketing, Finsight Investment, Finsight Talent Management, Finsight Consulting dan Finsight Accounting. FinSight Academy ditubuhkan sebagai sebahagian daripada FinSight Corporation dengan objektif-objektif penting untuk memberi kelayakan yang berprestij, pendidikan eksklusif dan amalan terbaik dalam industri pengurusan kewangan dan perakaunan kepada perniagaan dan juga individu di Mongolia. Kami menghargai kecemerlangan profesional, integriti dan pendekatan yang beretika, gaya hidup pembelajaran dan semakin berkembang serta pembangunan mampan. Kami menawarkan perkhidmatan perakaunan pengurusan yang terbaik bagi mempertingkatkan akauntan yang berkelayakan di peringkat antarabangsa, lebih diterima dan dihargai sekali gus menyokong kualiti keseluruhan sektor 'perakaunan dan kewangan' tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang Finsight Academy, sila kunjungi www.finsightcorp.mn

Source: Institute of Management Accountants
Keywords: Banking/Financial Service Education Corporate Expansion New products/services