omniture

Dar Al Arkan dan Pagani Automobili memberikan gambaran ringkas kepada para pelanggan tentang kediaman berinspirasikan Pagani yang pertama di dunia

Dar Al Arkan Global
2022-10-10 18:00

DUBAI, UAE, 10 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dar Al Arkan Global, sebuah syarikat hartanah terkemuka, dan pengeluar Kereta Hiper Itali, Pagani Automobili, melancarkan apartmen pertama di menara DaVinci yang menakjubkan di Dubai. Apartmen yang merupakan sebuah karya agung bagi kediaman ini memberi gambaran kepada bakal pembeli tentang ruang eksklusif berinspirasikan Pagani yang pertama di dunia serta keunikan portfolio apartmen di menara DaVinci.

Dar Al Arkan and Pagani Automobili give customers a glimpse of the world’s first-ever Pagani-inspired living space
Dar Al Arkan and Pagani Automobili give customers a glimpse of the world’s first-ever Pagani-inspired living space

 

Kesemua 80 buah apartmen yang menggambarkan asas falsafah kreatif Horacio Pagani yang menggabungkan bentuk dan fungsi ini akan dihiasi dengan karya-karya yang disesuaikan daripada barisan perabot berjenama Pagani. Kediaman ini seterusnya digabungkan dengan kombinasi antara marmar mewah dengan lantai kayu yang dihiasi dengan corak siku keluang, pintu yang menampilkan lambang Pagani dan pencahayaan tersuai yang sungguh menawan.

Apartmen tiga bilik tidur ini memaparkan gabungan kecemerlangan reka bentuk kontemporari dan ciri-ciri masyarakat Itali yang dijangka akan mencirikan keseluruhan inventori bagi melambangkan ketukangan Pagani dan menyerlahkan konsep Living Above Luxury.

Horacio Pagani, Pengasas & Ketua Pereka Bentuk Pagani Automobili S.p.A. berkata: "Saya berasa begitu gembira melihat falsafah jenama Pagani ini dihidupkan dalam reka bentuk ruang dalaman dan perabot buat pertama kalinya di dunia. Apartmen ini akan menjadi saksi kepada apa yang bakal dibawakan oleh menara DaVinci ke Dubai dalam salah satu bentuk kediaman yang paling didambakan di dunia. Kami berbangga dengan kerjasama yang dijalinkan dengan Dar Al Arkan kerana ia menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam strategi pertumbuhan jangka panjang kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama ikonik di persada global."

Ziad El Chaar, Ketua Pegawai Eksekutif Dar Al Arkan Global berkata: "Di Dar Al Arkan, kami sentiasa berusaha untuk kekal menerajui pasaran melalui pendekatan unik kami dan kerjasama dengan Pagani Automobili ini adalah buktinya. Menara DaVinci dijangka bakal menetapkan penanda aras baharu bagi karya seni tulen, dan saya yakin pelancaran apartmen yang pertama ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan para pelanggan terhadap keupayaan kami untuk mencipta kehidupan yang eksklusif untuk mereka."

Meskipun sentuhan gaya istimewa Pagani bakal ditampilkan pada semua sudut apartmen, setiap bilik akan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Dari ruang dapur hingga ke bilik simulator kereta dengan dinding yang dilapisi kulit dan berbentuk seperti kokpit, apartmen ini menetapkan standard baharu terhadap kehidupan kontemporari.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1915438/Pagani_Living_Room.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1915524/Dar_Al_Arkan_and_Pagani.mp4
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1915523/Dar_Al_Arkan_and_Pagani2.mp4

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 800 40 40 4 atau klik di sini https://www.daralarkan.com/project/dar-al-arkan-pagani-tower/

 

 

 

 

 

Source: Dar Al Arkan Global
Keywords: Auto Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Residential Real Estate Transportation New products/services