omniture

Pemeteraian Perjanjian Goldwind dan Masdar, Abu Dhabi Future Energy Bawakan Projek Kuasa Angin Terbesar di Asia Tengah

Goldwind
2022-10-11 02:52 128

BEIJING, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Goldwind telah mencapai perjanjian baharu dengan Masdar, Abu Dhabi Future Energy Company untuk membekalkan 111 unit turbin GW155-4.5MW yang merupakan yang terbesar seumpamanya di Uzbekistan dan Asia Tengah.

Perjanjian dengan Masdar, Abu Dhabi Future Energy Company akan menyaksikan pembekalan 111 GW155-4.5MW kepada ladang angin Zarafshan di wilayah Navoi di Uzbekistan tengah. Penyerahan projek berkenaan dijadualkan bermula dalam suku ketiga tahun 2022 dan siap menjelang penghujung tahun 20204. Sebaik sahaja dibina dan beroperasi, ia akan meningkatkan campuran kuasa setempat, memberi kuasa kepada 500,000 isi rumah Uzbekistan dan menggantikan 1.1 juta tan karbon dioksida setiap tahun. Projek berkenaan akan membantu Uzbekistan mencapai matlamat untuk meningkatkan proposisi elektrik hijau kepada 25% menjelang tahun 2030.

"Uzbekistan ialah sebuah negara yang penting dan pusat geografi di Asia Tengah dengan sumber angin yang banyak. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkongsian strategik yang komprehensif antara China dan Uzbekistan terus maju ke hadapan, membawa pelbagai peluang untuk kedua-dua negara mencapai pembangunan hijau dan karbon-rendah. Projek kuasa angin 500MW Zarafshan merupakan satu projek bersejarah untuk Goldwind bagi menggalakkan pengasingan kuasa angin China, yang akan memberi sumbangan positif kepada peralihan tenaga Uzbekistan dan mencipta model baharu kerjasama 'Jalur dan Jalan' hijau China-Uzbekistan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami bagi menyerahkan projek yang berjaya untuk pasaran Uzbekistan dan membawa tenaga hijau yang lebih berpatutan, andal dan lestari kepada pasaran Asia Tengah," kata Sun Lianhua, Pengurus Besar Rantau Asia Tengah Berbahasa Rusia Goldwind.

Sejak "Rancangan Strategik Tenaga dan Kuasa 2020-2030" pada tahun 2020 di Uzbekistan, pembangunan industri tenaga bersih negara berkenaan terus dipercepatkan dan ia secara beransur-ansur menjadi kawasan tumpuan untuk pelaburan tenaga bersih di Asia Tengah. Goldwind menembusi pasaran tersebut melalui projek kuasa angin 750kW yang pertama di Uzbekistan pada tahun 2012. Berpandukan inisiatif "Jalur dan Jalan", Goldwind memanfaatkan sepenuhnya kelebihan produk dan teknologinya, berubah menjadi pengusaha yang penting dalam pasaran tempatan. Dengan jejak global di 32 negara, Goldwind akan terus berpegang teguh kepada misi untuk "Berinovasi demi Masa Depan Lebih Cerah" dan membina masa depan yang lestari dan lebih baik bersama.

 

Source: Goldwind
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Mining/Metals Oil/Energy Utilities Contracts