omniture

Coway Peroleh Tiga Pengiktirafan di Good Design Awards 2022

Coway Co., Ltd.
2022-10-11 10:10 24
  • Tahun 2022 merupakan tahun kemenangan ke-16 berturut-turut Coway di Good Design Awards

SEOUL, Korea Selatan, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," dinamakan sebagai "Pemenang" untuk tiga produk perkakas rumah di Good Design Award 2022.

Good Design Awards, dianjurkan oleh Japan Institute of Design Promotion (JDP), ialah salah satu pertandingan reka bentuk antarabangsa yang paling berprestij, di samping iF Design Award, Red Dot Design Award dan IDEA.

Ini merupakan tahun ke-16 berturut-turut untuk Coway meraih kemenangan di Good Design Awards dan melengkapkan grand slam syarikat ini bagi empat anugerah reka bentuk yang paling diiktiraf di dunia bagi tahun 2022.

Produk-produk pemenang anugerah bagi tahun 2022 ialah 'Icon Ice Water Purifier (CHPI-7400N),' 'NOBLE Humidifier (AM-1421G)' dan 'Air Purifier (AP-3522E/F)'. Produk-produk berkenaan diiktiraf untuk teknologinya yang inovatif dan reka bentuk intuitif.

Icon Ice Water Purifier (CHPI-7400N) ialah penulen air ais paling kecil yang dikeluarkan dari Korea Selatan, dengan saiz yang kompak, reka bentuk bergaya dan elemen visual yang ringkas. Ia menampilkan teknologi Pembuatan Ais Dwi Kelajuan proprietari syarikat ini yang memastikan bekalan ais yang cepat dan banyak serta sistem pensterilan UV untuk kebersihan produk.

NOBLE Humidifier (AM-1421G) adalah daripada 'NOBLE Air Care Solution Series' ikonik yang memenangi pelbagai anugerah untuk reka bentuk berinspirasikan seni bina premiumnya. Model ini merupakan pelembap sejat yang menampilkan pelbagai teknologi yang inovatif. Sistem Pemanasan Udaranya meningkatkan pelembapan dan teknologi Water-lock berpaten daripada Coway pula menghentikan air daripada bertakung di dalam takungan bagi mencegah kontaminasi penapis.

Air Purifier (AP-3522E/F) sesuai untuk ruang yang besar dengan reka bentuk geometri dan struktur lurus ringkas yang berpadu secara harmoni pada mana-mana tempat. Plastik ABS mesra alam merupakan petunjuk terhadap komitmen kelestarian syarikat ini.

"Kami memfokuskan kepada reka bentuk produk dan teknologi yang menjadikan pengalaman harian pelanggan kami lebih sihat dan lebih mudah," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Reka Bentuk di Coway. "Kami akan terus mereka bentuk produk yang selari dengan cara pelanggan kami menjalani kehidupan dan merangkumkan identiti reka bentuk geometri khusus kami."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.  

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan yang intensif, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards