![]() |
MUMBAI, India, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global), sebuah syarikat peneraju dalam menyampaikan penyelesaian Kandungan, Teknologi Pendidikan dan Data dipacu teknologi untuk organisasi global terkemuka, telah melantik Josh Blair sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikatnya.
Josh ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi inovator Teknologi Pendidikan, Impro.AI. Selain itu, Josh juga merupakan Naib Pengerusi TELUS International, Pengerusi Tadbir Urus untuk Neighbourly Pharmacies dan rakan kongsi Esplanade Ventures. Sebelum tahun 2020, Josh berkhidmat selama 25 tahun di TELUS Corporation dengan jawatan terkini beliau sebagai Presiden Kumpulan yang menyelia TELUS International, TELUS Health, TELUS Agriculture, TELUS Business Solutions dan TELUS Ventures.
"Kami teruja dengan kehadiran Josh Blair dalam pasukan Ahli Lembaga Pengarah kami sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Josh telah memberi impak yang luar biasa apabila memimpin pelbagai program transformasi digital dan kami berharap untuk memanfaatkan pengalaman dan kepintaran beliau dalam usaha kami untuk terus mengubah Straive," kata Ratan Datta, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Straive.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Josh selama beberapa tahun di TELUS International, dan kepemimpinan beliau merupakan pemangkin kejayaan bagi syarikat-syarikat yang diterajuinya. Kami tidak sabar menantikan penyertaan beliau sebagai Pengerusi Straive sewaktu syarikat meneruskan perjalanan pertumbuhan dan mencapai ke tahap baharu," kata Jimmy Mahtani, Pengarah Urusan Baring Private Equity Asia.
"Sebagai Pengerusi Straive, saya teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan Baring Private Equity Asia, ahli lembaga pengarah serta pasukan pengurusan yang akan terus mengubah Straive dengan pelaburannya ke atas bakat dan teknologi digital berkaliber tinggi serta tumpuan untuk menyampaikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan," kata Josh Blair.
Tentang Straive (dahulunya dikenali sebagai SPi Global)
Straive ialah sebuah syarikat teknologi kandungan terkemuka di pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, pakar bidang khusus (SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-Pembelajaran/Teknologi Pendidikan dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, koleksi sumber pelbagai geografi Straive terletak secara strategik di tujuh buah negara: Singapura (ibu pejabat), India, Filipina, Amerika Syarikat, Nicaragua, Vietnam dan UK.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1891596/Straive_TM_Logo.jpg?p=medium600