omniture

Yili Lancar Inisiatif Pendidikan Keselamatan Diri untuk Kanak-kanak Perempuan bagi Menyambut Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa

Yili Group
2022-10-11 22:37 81

HOHHOT, China, 11 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober, bagi menyambut Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa (IDG), Yili Group, jenama Cute Star miliknya dan projek "Yili Ark" berganding bahu dengan Western China Human Resources Development Foundation dan China Foundation for Rural Development bagi melancarkan inisiatif pendidikan keselamatan diri "Semoga adanya kasih sayang untuk setiap kanak-kanak perempuan" ("Let there be love for every girl"). Projek "Yili Ark" kini telah berkembang ke luar negara buat julung kalinya.

 

 

Yili Lancar Inisiatif Pendidikan Keselamatan Diri untuk Kanak-kanak Perempuan bagi Menyambut Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa
Yili Lancar Inisiatif Pendidikan Keselamatan Diri untuk Kanak-kanak Perempuan bagi Menyambut Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan mewujudkan persekitaran untuk membesar yang lebih selamat kepada kanak-kanak perempuan. Ia telahpun diperkenalkan di beberapa buah sekolah di dalam dan luar negara termasuk kampus-kampus di China, Myanmar, Indonesia serta Thailand dan tidak lama lagi akan dipromosikan ke lebih 500 "Kampus Selamat Yili" di serata China.

IDG diisyhtiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2011 bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak perempuan dan untuk mendorong pemerkasaan dan pemenuhan hak-hak mereka. Kanak-kanak perempuan kurang bernasib baik ekoran kekurangan peluang yang sama rata dan akses kepada sumber serta lebih terdedah kepada masalah sosial. Skim pencegahan dan respons yang berkaitan diperlukan dengan segera lantaran kejadian keganasan terhadap kanak-kanak yang berulang.

Yili Launches Personal Safety Education Initiative for Girls to Celebrate International Day of the Girl Child
Yili Launches Personal Safety Education Initiative for Girls to Celebrate International Day of the Girl Child

Sebagai respons, Yili mereka bentuk "NONO" Radio Calisthenics yang menarik dan ringkas yang menggabungkan antara senaman pagi dengan nyanyian tentang amalan keselamatan tubuh. Tampalan nyamuk "NONO" digambarkan dengan betul untuk menunjukkan bahagian tubuh yang tidak boleh disentuh.

Sekolah Rendah Tai Chen di Wilayah Hebei, China, salah sebuah "Kampus Selamat Yili" ialah tapak perintis di mana Yili berkolaborasi dengan biro pendidikan dan biro sukan tempatan untuk memperkenalkan "NONO" Radio Calisthenics. Guru Liang Weibing menyatakan bahawa senaman tersebut adalah berharga kerana ia membantu kanak-kanak membina kesedaran keselamatan dan memupuk kemahiran mempertahankan diri.

"NONO" Radio Calisthenics kemudiannya diterjemahkan kepada beberapa bahasa untuk para pelajar di Myanmar, Indonesia dan Thailand. Yili berkolaborasi bersama China Foundation for Rural Development untuk mengajar "NONO" Radio Calisthenics kepada murid-murid perempuan tempatan di Myanmar. Cik Moe Myint Nwe, guru besar Sekolah Rendah Pendidikan Asas No. 18 di Yangon, menerima komen pelajar yang positif. Di samping itu, syarikat ini menghadiahkan 48,000 karton susu tulen kepada 10 buah sekolah di Hlaingthaya, Yangon.

Guru besar sekolah rendah No. 9 di Jakarta tengah, Indonesia berkata, "Kami menghargai usaha Yili untuk mengajar kanak-kanak cara untuk melindungi dan menyayangi diri sendiri dan ais krim Joyday bagi meraikan Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa." Jenama Yili, Cremo melawat sekolah Wat Suwan Chindaram di Pathum Thani untuk memperkenalkan "NONO" Radio Calisthenics kepada kanak-kanak dan berkongsi ais krim yang sedap bersama mereka.

Yili komited untuk membantu dalam pembangunan pendidikan bukan berasaskan keuntungan. Sejak tahun 2012, projek keselamatan kanak-kanak Yili, "Yili Ark" telah diperkenalkan ke lebih 500 buah sekolah di China, menyediakan bengkel latihan keselamatan termasuk tindak balas kepada gempa bumi, keselamatan diri dan pencegahan daripada lemas. Yili akan terus mempromosikan aktiviti-aktiviti khusus untuk pendidikan keselamatan diri kepada kanak-kanak perempuan dan melabur lebih banyak sumber dalam program-program bukan berasaskan keuntungan untuk pendidikan sivik serta pendidikan sekolah, seterusnya menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak.

Latar Belakang "Yili Ark":

"Yili Ark" ialah sebuah projek amal Pendidikan yang menyokong pertumbuhan dan keselamatan kanak-kanak, ditaja bersama Yili dan Western China Human Resources Development Foundation. Sejak ia dilancarkan dalam tahun 2012, "Yili Ark" telah menyampaikan lebih 70 kursus latihan keselamatan kanak-kanak kepada 300,000 orang kanak-kanak, bersama-sama para guru dan ibu bapa mereka. Kursus-kursus ini meliputi hampir 20 subjek, seperti pencegahan penculikan, tersesat, tindak balas kepada gempa bumi dan kebakaran, lemas dan keganasan serta lalu lintas dan juga keselamatan harian.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Education Food/Beverages Children-related news Corporate Social Responsibility Women-related news