omniture

IPC Shopping Centre memperkenalkan konsep ruang kerja bersama baharu dengan pelancaran Träffas Work Pods

IPC Shopping Centre
2022-10-12 12:12 63

Pusat beli-belah itu meningkatkan lagi fungsi tempat pertemuannya untuk perusahaan, perniagaan kecil dan pelajar

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Träffas Work Pods, ruang kerja peribadi yang seumpamanya di Malaysia, dilengkapi perabot untuk disewa mengikut jam atau hari. Sesuai dengan namanya 'Träffas' yang bermaksud tempat pertemuan atau tempat berkumpul dalam bahasa Sweden, pusat beli-belah kejiranan itu memperkenalkan lima pod ruang kerja bersama yang serba selesa bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai Tempat Pertemuan yang memberikan pengalaman seperti berada di rumah sendiri atau "Home Away from Home" dan ruang untuk komuniti membina hubungan baharu.

IPC Traffas Work Pods meningkatkan lagi fungsi tempat pertemuannya untuk perusahaan, perniagaan kecil dan pelajar
IPC Traffas Work Pods meningkatkan lagi fungsi tempat pertemuannya untuk perusahaan, perniagaan kecil dan pelajar

Terletak di Aras 1 Link Bridge, Träffas Work Pods menampilkan estetika reka bentuk Scandinavia yang anggun, kemas dan dihiasi dengan pokok hiasan dalaman terpilih, yang mencerminkan kesederhanaan jenama itu dengan sedikit sentuhan alam semula jadi. Selain itu, pod tersebut turut dilengkapi dengan perabot IKEA mengikut kod warna tertentu bagi memberikan persekitaran kerja yang ceria bertenaga, dan dinamakan dengan nama-nama yang berbeza dalam bahasa Sweden sebagai penghormatan kepada asal usul Scandinavia mereka.

Dengan peralihan kepada model kerja hibrid yang semakin banyak diguna pakai sekarang ini, Träffas Work Pods menyasar untuk menarik minat para profesional muda dengan menawarkan suatu alternatif untuk mereka membahagikan masa bekerja dari rumah dan dari pejabat. Ianya juga sesuai dengan gaya kerja bandar masa kini di mana setiap individu itu mahukan sesuatu yang lebih fleksibel dan praktikal, termasuk alternatif kepada ruang pejabat yang disusun secara tradisional dan meja yang dikhususkan secara tetap. Selain itu, pandemik yang melanda juga telah memacu proses pendigitalan serta permintaan terhadap perkhidmatan tanpa sentuhan. Dengan mengambil kira perkara ini, semua urusan tempahan dan pembayaran, termasuklah untuk membuka kunci pod tersebut semuanya dilakukan secara digital demi kemudahan pengguna.    

Träffas Work Pods

Tempahan untuk menggunakan Träffas Work Pods IPC boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih IPC atau Soulmates.my dari 10:00 pagi hingga 9:00 malam setiap hari. Para pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenis pod yang disediakan bagi memenuhi keperluan mereka:

  • Pod A: Blooma (Bunga) – boleh memuatkan sehingga 6 orang
  • Pod B: Vind (Angin) – boleh memuatkan sehingga 6 orang
  • Pod C: Lov (Daun) – boleh memuatkan sehingga 4 orang
  • Pod D: Solig (Cerah) – boleh memuatkan sehingga 2 orang
  • Pod E: Vatten (Air) – boleh memuatkan sehingga 2 orang 

Sempena pelancarannya pada bulan ini, kadar sewa bermula daripada RM20 setiap jam untuk Pod A dan Pod B, yang boleh memuatkan sehingga 6 orang dan RM10 setiap jam untuk Pod C, D dan E, yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 4 dan 2 orang. Selain daripada bayaran tempahan mengikut jam, caj pembersihan RM10 turut dikenakan sekali sahaja bagi memastikan kebersihan dan sanitasi untuk pengguna seterusnya. Selain itu, terdapat juga syarat penggunaan minimum selama satu jam untuk semua tempahan dan tempahan boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum penggunaan.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, "Di IPC, misi jenama kami ialah untuk menjadi lebih daripada hanya sebuah pusat beli-belah. Kami mahu membina sebuah tempat pertemuan yang dapat memupuk hubungan antara pengunjung kami yang mempunyai personaliti berbeza, dan Träffas Work Pods adalah sebahagian daripada keseluruhan pelan ini. Dengan pengenalan Träffas Work Pods, pengunjung kini boleh memilih untuk 'bekerja' di pusat beli-belah kami dan kami akan terus menawarkan pelbagai jenis penawaran untuk memenuhi keperluan gaya hidup para pembeli-belah kami. Konsep Träffas Work Pods IPC turut menjadi pelengkap kepada gaya kerja dan gaya hidup bandar masa kini yang serba dinamik dan juga menuntut kemudahan dan kecekapan lebih tinggi."

Selaras dengan komitmen pusat beli-belah ini dalam mengurangkan impak alam sekitar, pod ruang kerja bersama baharu ini telah dibina secara lestari dengan menggunakan kertas karton telur kitar semula bagi membantu menjadikannya kalis bunyi dan disaluti dengan lapisan cat rendah Sebatian Organik Meruap (VOC) yang bukan sahaja mengurangkan pencemaran utara tetapi turut mengurangkan toksin punca alahan.

Pengarah Pusat Beli-belah & Kegunaan Bercampur Ikano Centres, Adrian Mirea menambah, "Sebagai salah satu daripada hanya beberapa pusat beli-belah di Malaysia yang mempromosikan kelestarian secara aktif, Träffas Work Pods menjadi salah satu contoh terbaik bagaimana Kumpulan IPC menerapkan dan melaksanakan amalan kelestarian sambil aktif membina ruang-ruang yang memenuhi keperluan komuniti kami. Soulmates adalah hasil cetusan idea Ikano Centre dan ia merupakan sebuah platform digital yang bertindak sebagai pemboleh upaya dalam usaha memupuk usahawan muda, menyokong syarikat baharu dan komuniti dengan memanfaatkan inisiatif Tempat Pertemuan Kumpulan IPC. Kami bercadang untuk mengembangkan penawaran ini ke pusat beli-belah yang lain dalam tempoh terdekat." 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila kunjungi https://www.soulmates.my/.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Retail New products/services