omniture

Shanghai Electric Buka Blok B dalam Fasa Lima Taman Solar MBR di Dubai 17 Hari Lebih Awal daripada Jadual

Shanghai Electric
2022-10-12 15:53 54

SHANGHAI, 12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Upacara perasmian untuk operasi komersial Blok B dalam fasa lima di kemudahan Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum (MBR Fasa V) Shanghai Electric di Dubai telahpun diadakan di tapak pada 10 Oktober. Peralatan tersebut mula menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan komersial 17 hari lebih awal daripada yang dijangkakan, melambangkan satu lagi pencapaian penting dalam pembinaan kemudahan Shanghai Electric.


"Kami teruja untuk mengumumkan pembukaan rasmi operasi komersial Blok B projek MBR Fasa V 17 hari lebih awal daripada yang dijadualkan," kata Qiu Minghua, Naib Pengurus Besar Shanghai Electric di upacara tersebut. "Syarikat kami berharap dapat menyelesaikan penyerahan yang seterusnya, serta menjalankan kerja-kerja pembinaan Blok C, apabila tiba masanya"

Di samping itu, Omar Al-Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Shuaa Energy 3, syarikat yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan projek tersebut, turut merakamkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua pihak yang terlibat atas kerja keras mereka dan pencapaian pembinaan pada majlis perasmian.

Pada peringkat awal projek ini, pembinaannya terjejas secara negatif oleh pandemik, dengan isu-isu seperti kenaikan harga bahan mentah, tenaga buruh dan pengangkutan serta ketidakupayaan untuk menghantar modul fotovolta (PV) ke tapak mengikut jadual. Bagi menangani halangan ini, sebuah pasukan krisis yang terdiri daripada ahli-ahli profesional perniagaan dikumpulkan untuk menyelesaikan isu-isu bersama semua pihak yang terlibat. Selepas beberapa pusingan perbincangan, Shanghai Electric dan pihak-pihak yang berkaitan mencapai persetujuan, membuka jalan untuk projek tersebut kembali ke landasan yang betul dan bukan sahaja memenuhi tetapi juga mendahului tarikh siap yang dipersetujui.

Pada bulan Julai 2022, penghantaran beberapa kelompok modul sekali lagi tertangguh. Sebagai respons, sebuah pasukan telah digerakkan untuk mempercepatkan operasi. Lantaran usaha pasukan tersebut sepanjang masa, seberapa banyak masa yang hilang dalam projek tersebut ditebus dalam tempoh beberapa minggu. Selepas 13-hari ujian keandalan dan prestasi, peralatan di Blok B diluluskan oleh operator grid kuasa tempatan dan dilaksanakan operasi komersial secara rasmi 17 hari lebih awal daripada yang dijadualkan, melambangkan satu lagi pencapaian penting yang dicapai oleh projek MBR Fasa V.

Projek berkenaan dibahagikan kepada tiga blok - A, B dan C, setiap satu dengan kapasiti 300 MW. Blok A dilaksanakan operasi penuhnya dalam bulan Julai 2021. Reka bentuk untuk Blok C telah disiapkan buat sementara waktu, bermakna persediaan untuk pembinaannya, termasuk penghantaran peralatan dan pemasangan kabel bawah tanah, sedang giat dijalankan.

Mereka yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek tersebut berkata bahawa mereka akan terus melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menangani cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Blok B, seperti cabaran yang disebabkan oleh kesan-kesan pandemik, termasuk isu kakitangan, agar pentauliahan dan permulaan operasi komersial Blok C boleh berlaku secepat mungkin.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) ialah pengeluar peralatan canggih yang bertaraf dunia, memfokuskan kepada tenaga pintar, pembuatan pintar dan infrastruktur pintar bagi menyediakan penyelesaian sistem gred-perindustrian hijau dan pintar. Ia hadir secara global dalam industri-industri seperti tenaga baharu, tenaga bersih yang cekap, pengutomatan perindustrian, peranti perubatan dan perlindungan alam sekitar.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion