omniture

Warhammer 40,000: Darktide akan mulakan Ujian Beta Tertutup pada 14-16 Oktober

Fatshark
2022-10-12 16:00 61

STOCKHOLM12 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Warhammer 40,000: Darktide ialah pengalaman berfokus ko-op baharu daripada Fatshark - pasukan pemenang anugerah di sebalik siri Vermintide. Ujian Beta tertutup untuk Warhammer 40,000: Darktide dijadualkan pada 14-16 Oktober (UTC+0), akan tersedia pada PC (Steam dan Microsoft Store). Pemain-pemain boleh menyemak di sini untuk mendaftar.

Rampas semula bandar Tertium daripada gerombolan musuh yang dahagakan darah dalam penembak aksi yang sengit dan kejam ini. Di kedalaman kota sarang itu, bibit-bibit kerosakan mengancam untuk berubah menjadi gelombang kegelapan yang amat besar. Kuasa baharu yang bersifat misteri dan jahat cuba untuk mengawal seluruh bandar tersebut. Anda dan rakan-rakan sekutu adalah harapan dalam Inquisition untuk menghapuskan musuh sebelum bandar tersebut tunduk kepada Chaos.

Tatkala Tertium jatuh, Rejects Akan Bangkit

Ciri-ciri Permainan

·  Karakter Anda, Gaya Permainan Anda

Cipta karakter unik milik anda sendiri dan sesuaikan penampilan fizikal, suara dan asal usulnya. Pilih kelas anda bagi menentukan sifat unik dan set kemahiran yang akan digunakan oleh mereka dalam pertempuran. Adakah anda akan menjadi veteran berpengalaman tentera Imperial, orang luar yang cerewet atau zilot yang bersemangat berkobar-kobar? Pilihan di tangan anda.

·  Pertempuran Berevolusi

Meneruskan legasi pertempuran kelam-kabut terbaik dalam kelas Vermintide 2, Warhammer 40,000: Darktide memperkenalkan tembak-menembak Warhammer 40,000 yang sengit kepada campuran ini. Kuasai keseimbangan antara pertempuran jarak jauh dan kelam-kabut ketika anda bertarung menentang sekumpulan musuh. Rasai impak setiap leretan, hayunan dan hirisan pedang rantai atau bakar ketulan daging badan dengan lasgun.

·  Selamatkan Tertium daripada Musnah

Melangkahlah ke dunia distopia Warhammer 40,000 yang ganas. Bermula dengan kilang-kilang industri yang panas mendidih hinggalah zon penyelenggaraan air yang mereput yang ditimpa hujan asid yang berterusan - Tertium Hive ialah tempat yang sukar dan bermusuhan meskipun pada saat terbaiknya. Peranan anda adalah untuk berkhidmat kepada Inquisition yang bersemangat dengan memulakan misi untuk menghapuskan ancaman yang bersembunyi di kedalaman kota sarang atau berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

·  Tangani Cabaran Tidak Dijangkakan

Sesuaikan diri dengan kehendak Chaos yang tidak menentu dengan keadaan - mutator yang menambah cabaran spontan kepada misi anda. Pasukan anda harus belajar untuk menyesuaikan diri, menerima pakai taktik baharu dan menukar muatan mereka bagi menghadapi cabaran tanpa belas ini.

Untuk maklumat lanjut sila semak di bawah:
Laman Sesawang Rasmi: https://www.playdarktide.com/
Facebook: https://www.facebook.com/PlayDarktide
Twitter: https://twitter.com/Darktide40K
Discord: https://discord.com/invite/suVnM2Dmkz

Source: Fatshark
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment