omniture

Kilang Sichuan CATL dipilih sebagai kilang Lighthouse oleh Forum Ekonomi Dunia

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-10-13 08:25 124

NINGDE, China, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sichuan Contemporary Amperex Technology Limited (CATL-SC), subsidiari milik penuh CATL, telah dimasukkan ke dalam Global Lighthouse Network (GLN) oleh Forum Ekonomi Dunia, menjadikannya kilang Lighthouse kedua CATL susulan kilang Ningde yang dimasukkan ke dalam GLN pada tahun 2021. Setakat ini, terdapat hanya dua kilang Lighthouse dalam industri bateri seluruh dunia, kedua-duanya merupakan kemudahan pengeluaran CATL.


Forum Ekonomi Dunia membuat kenyataan berikut tentang CATL: "Untuk mengejar pertumbuhan perniagaan yang signifikan serta jangkaan kualiti dan kelestarian yang lebih tinggi, CATL membangunkan greenfield (kawasan yang belum pernah dibangunkan) yang besar di bandar Yibin. Kilang tersebut menggunakan lebih banyak lagi AI mendalam, IoT dan automati fleksibel selain daripada inisiatif digital 'rumah api' ibu pejabat Ningde CATL dan telah mencapai 17% peningkatan kelajuan talian, 14% pengurangan kehilangan hasil dan emisi karbon sifar."

Global Lighthouse Network ialah sebuah komuniti tapak pembuatan yang menunjukkan kepimpinan dalam penerimaan dan penyepaduan teknologi termaju Revolusi Perindustrian Keempat. Francisco Betti, Ketua Pembuatan Termaju dan Rantaian Nilai di Forum Ekonomi Dunia berkata: "Kilang-kilang baharu Global Lighthouse Network menunjukkan bagaimana pengeluar dapat mencapai matlamat perniagaan sekali gus memberi impak yang positif ke atas ekonomi, mata pencarian orang ramai dan persekitaran. Cabaran untuk syarikat-syarikat dan para penggubal dasar adalah sejauh mana mereka boleh meningkatkan inovasi ini dalam seluruh rangkaian pengeluaran dan rantaian nilai."

Teknologi Revolusi Perindustrian Keempat memacu produktiviti, kelestarian dan kebingkasan

Dalam konteks transformasi digital industri bateri yang komprehensif, CATL mempercepatkan inovasi digital dalam kitaran hayat penuh bateri berhubung reka bentuk, pembuatan, penggunaan dan kitar semula bateri agar dapat memenuhi keperluan terhadap proses kejituan yang tinggi, kelajuan pengeluaran yang pantas dan kualiti yang tinggi.

  • Pengurusan Tenaga Hijau. CATL membangunkan sistem pengurusan tenaga yang mengumpul data daripada lebih 40,000 sensor yang ditempatkan di kilang melalui penyelesaian tanpa wayar Narrow Band-IoT & 5G. Disokong oleh algoritma termaju, sistem ini telah menghitung parameter operasi setiap peralatan dengan penggunaan tenaga dioptimum pada sistem.
  • Pengurusan pengeluaran pintar. Dengan membangunkan algoritma kawalan proses salutan gelung tertutup, CATL-SC berupaya untuk memodelkan dan mempelajari dengan mendalam gabungan parameter lebih 1,000 serbuk dan bendalir, mencapai kawalan jitu salutan kerajang pada paras mikron dan milligram, seterusnya meningkatkan ketekalan produk dengan ketara.

    Selain itu, berdasarkan kepada pembangunan maya dan simulasi, barisan pek CATL-SC telah mencapai 80% automatik. Disokong oleh proses glu automatik, tenaga kerja bagi barisan proses glu dikurangkan sebanyak 70%, mencapai kadar layak 99.8%.
  • Pengurusan kualiti ekstrem. Dengan aplikasi peralatan pemeriksaan visual yang berkejituan tinggi dan teknologi AI, CATL-SC telah mencapai ketepatan pengecaman ke paras mikron, yang merangsang terobosan bagi pengesanan kecacatan dalam proses kimpalan, penggulungan dan proses sebelumnya di bawah keadaan bendalir yang berkelajuan tinggi.
  • Pengurusan keselamatan yang amat tepat. Pengurusan keselamatan adalah sangat penting untuk CATL-SC, yang ketika ini merupakan salah satu tapak pengeluaran bateri EV yang terbesar di dunia. Dengan menggabungkan penstriman video dan teknologi AI, ia telah mengurangkan risiko terlepas pemeriksaan. Melalui penstriman video, sistem ini dapat mengenal pasti kesilapan operasi secara automatik seperti penempatan bercampur tanda dan pendudukan saluran dan berupaya untuk melabel dan menyimpan imej secara automatik. Disokong oleh terma inframerah dan teknologi AI, ia mempunyai pemantauan suhu terpusat bagi sel bateri dalam gudang dan pemantauan suhu sel bateri dalam proses bersuhu tinggi yang penting. 

Sebagai peneraju global yang mencapai kejayaan sebagai kilang Lighthouse yang pertama di dunia dalam industri bateri, CATL telah mengurangkan kadar kecacatan produknya ke paras PPB. Kini, ia berusaha untuk mengulangi pengalaman kilang Sichuan dalam pembuatan pintar yang tangkas dan fleksibel dalam kesemua 13 tapak pengeluarannya di seluruh dunia, menyumbang kepada pembangunan industri tenaga baharu yang berkualiti tinggi di tengah-tengah Revolusi Perindustrian Keempat.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Green Technology Oil/Energy Utilities Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research