omniture

Sinopec Terbitkan Laporan Pandangan Kelestarian, Bawakan Tumpuan kepada Bahan Pembungkusan dan Plastik Boleh Urai

SINOPEC
2022-10-13 08:29 21

BEIJING, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telahpun menerbitkan tiga laporan pandangan kelestarian yang mengetengahkan status semasa penggunaan bahan pembungkusan dan plastik boleh urai di negara ini, berhubung dengan matlamat pembangunan mampan China.

Ketiga-tiga laporan tersebut – "Laporan Kajian tentang Potensi Pengurangan Emisi Karbon dalam Pembungkusan Hijau Industri Penghantaran Ekspres China 2021-2030" ("2021-2030 Research Report on the Carbon Emission Reduction Potential in the Green Packaging of China's Express Delivery Industry"), "Kajian terhadap Impak Alam Skitar dan Kitar Semula Pembungkusan Bawa Pulang Plastik dalam Industri Katering 2021" ("2021 Study on the Environmental Impact and Recycling of Plastic Takeout Packaging in the Catering Industry") dan "Laporan Kajian tentang Penilaian Impak Alam Sekitar dan Sokongan Dasar Plastik Boleh Urai" ("Research Report on Environmental Impact Assessment and Policy Support of Degradable Plastics"), telahpun dijalankan dengan kerjasama bersama pelbagai institut penyelidikan yang terkemuka di China termasuk antara lain, Tongji University (laporan tentang pembungkusan hijau dalam industri penghantaran ekspres dan pembungkusan bawa pulang plastik dalam industri katering) dan Sekolah Alam Sekitar, Tsinghua University (laporan tentang plastik boleh urai).

Dua laporan pertama merumuskan status pembungkusan semasa dalam industri penghantaran ekspres dan pembungkusan bawa pulang dalam industri katering di China serta mengemukakan cadangan praktikal bagi pengurangan karbon.

  • Pembungkusan dalam industri penghantaran ekspres: menggunakan pembungkusan plastik kitar semula bukan sahaja dapat membantu mengawal jumlah sisa plastik, tetapi juga mengurangkan emisi karbon yang berkaitan.
  • Pembungkusan bawa pulang dalam industri katering: kitar semula bahan kimia plastik dapat mengurangkan dengan berkesan bahan buangan sumber sekali gus mengurangkan emisi karbon. Sekiranya semua plastik bawa pulang dikitar semula secara kimia mulai tahun 2015 hingga 2020, emisi karbon terkumpul yang dihasilkan semasa pelupusannya hanyalah 58.56 peratus daripada angka asal, lalu mengurangkan emisi sebanyak lebih 40 peratus.

Produk plastik merupakan bahan utama yang digunakan dalam pembungkusan bawa pulang dan pembungkusan penghantaran ekspres dan walaupun tidaklah sesuai untuk menggantikan plastik sepenuhnya, kajian ke atas plastik boleh urai menyediakan laluan yang lebih jelas bagi penjimatan tenaga dan pengurangan emisi.

Laporan plastik boleh urai menyatakan bahawa berdasarkan kepada masa pemprosesan sebenar China untuk prosedur pengkomposan perindustrian dan penapaian anaerobik, penunjuk penilaian terhadap bahan-bahan boleh urai harus diselaraskan kepada 30 hari untuk masa degradasi pengkomposan perindustrian dan 40 hari untuk masa degradasi terhad bagi penapaian anaerobik. Turut dinasihatkan bahawa penggantian plastik boleh urai pulak hendaklah sepatutnya dipromosikan lebih awal di tempat-tempat di mana kitar semula sungkupan plastik menjadi sukar atau tidak tersedia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Environmental Issues Survey, Polls & Research