omniture

Thailand Anjur APEC 2022 untuk Hubungkan Kembali dan Perkasa Rantau dengan Peluang Baharu

Ministry of Foreign Affairs, Kingdom of Thailand
2022-10-13 10:48 118

BANGKOK, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Thailand telah diberi penghormatan yang amat besar untuk menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik atau APEC dalam bulan November 2022. Peranan tersebut turut hadir dengan peluang besar dan tugas yang sama penting untuk Thailand ekoran kepentingan APEC yang sekian lama serta konteks unik pada tahun ini.

 

APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dengan Thailand sebagai anggota pengasas bersamanya. Sejak itu, forum yang penting untuk kerjasama ekonomi ini telah merangkumi 21 ekonomi utama di rantau Asia-Pasifik.

Sepanjang berdekad-dekad, nilai teras APEC tetap untuk mendorong penyepaduan ekonomi serantau. Ketika ini, APEC merupakan tumpuan kepada lebih 2.8 bilion orang dengan KDNK tergabung mencecah lebih 53 trilion dolar AS, lebih daripada separuh KDNK dunia dan perdagangan global.

Menjadi tuan rumah mesyuarat pada tahun pertama susulan pengurangan pandemik COVID-19, tema Thailand untuk APEC pada tahun 2022 ialah "Terbuka. Berhubung. Seimbang" ("Open. Connect. Balance") menunjukkan penyampaian utama yang dibayangkan olehnya iaitu: membuka rantau ini kepada peluang, berhubung merentas kesemua dimensi dan membantu mencapai keseimbangan dalam segenap aspek.

21 ekonomi APEC, memanfaatkan mesyuarat tersebut setiap tahun untuk membincangkan jalan bagi memudahkan kemajuan perdagangan serta ekonomi dalam pelbagai dimensi, bersedia untuk mendapat manfaat khususnya pada tahun ini ekoran keperluan mereka untuk berhubung semula, meneroka peluang baharu untuk mencapai pertumbuhan dan membina kebingkasan terhadap cabaran baru muncul.

Inisiatif-inisiatif diterajui oleh Thailand yang selaras dengan objektif-objektif ini termasuk; memperbaharui dialog tentang Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) melalui lensa pasca-COVID-19, menubuhkan Pasukan Petugas Laluan Selamat untuk menyelaraskan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan yang selamat dan lancar serta mendapatkan pengesahan untuk Matlamat Bangkok berhubung Ekonomi Bio-Pusingan-Hijau (BCG) sebagai dokumen peringkat-pemimpin yang menunjukkan komitmen APEC terhadap ekonomi yang prihatin terhadap alam sekitar.

Di samping itu, Thailand menumpukan perhatian sepanjang tahun ia menjadi tuan rumah untuk menyokong teknologi digital dan inovasi bagi membangunkan keupayaan insan, menggalakkan akses kepada pendanaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), memperkasa wanita melalui penyertaan ekonomi yang lebih inklusif dan menyokong pelancongan lestari.

Ekoran kelesuan yang dicetuskan oleh COVID-19, APEC bersiap sedia dalam tahun 2022 bukan sahaja untuk menggiatkan semula ekonominya, tetapi untuk muncul lebih kuat dan diperlengkapkan dengan lebih baik untuk mencapai kemakmuran jangka panjang. Thailand, menerusi peranan sebagai tuan rumah, akan dapat mempamerkan keupayaannya sebagai salah satu anggota pengasas forum ini.

Minggu Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC akan berlangsung mulai 14 hingga 19 November 2022, manakala Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC akan berlangsung mulai 18 - 19 November di Bangkok. Sebelum mesyuarat utama, akan terdapat beberapa perhimpunan termasuk Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan APEC akhir serta Mesyuarat Peringkat Menteri APEC yang dihadiri oleh menteri-menteri perdagangan dan menteri-menteri luar negeri.

Thailand Anjur APEC 2022 Hubungkan Kembali dan Perkasa Rantau dengan Peluang Baharu
Thailand Anjur APEC 2022 Hubungkan Kembali dan Perkasa Rantau dengan Peluang Baharu

Source: Ministry of Foreign Affairs, Kingdom of Thailand
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news Future Events