omniture

Kenderaan Tenaga Baharu GWM Saksikan Kenaikan hingga 14% YoY, Lebih Banyak Model Baharu untuk Pasaran Global

GWM
2022-10-13 22:30 57

BAODING, China, 13 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 Oktober, data jualan terkini yang dikeluarkan oleh GWM menunjukkan bahawa bilangan terkumpul kenderaan tenaga baharu yang dijual mulai Januari hingga September mencecah 96,916, meningkat sebanyak 14.31% berbanding tahun sebelumnya, menunjukkan peningkatan daya saing jenama ini dalam pasaran tenaga baharu.

Kenderaan Tenaga Baharu GWM Saksikan Kenaikan hingga 14% YoY, Lebih Banyak Model Baharu untuk Pasaran Global
Kenderaan Tenaga Baharu GWM Saksikan Kenaikan hingga 14% YoY, Lebih Banyak Model Baharu untuk Pasaran Global

GWM melancarkan beberapa produk tenaga baharu, mencakupi bentuk kuasa HEV, PHEV dan EV serta mencapai kejayaan jualan yang cemerlang dalam pasaran global.

Sebagai jenama tunggal, HAVAL telah melancarkan pelbagai kenderaan hibrid, antaranya H6 PHEV dan H6 HEV memiliki prestasi jualan yang cemerlang.

HAVAL H6 PHEV dilancarkan secara rasmi di China dan Thailand baru-baru ini. Semasa pelancaran di Thailand, bilangan pesanan untuk model ini mencecah 1,000 dalam 40 minit.

HAVAL H6 PHEV, dilengkapi dengan enjin 1.5GDIT dan Transmisi Hibrid Khusus (DHT) 2-Kelajuan yang utama di peringkat antarabangsa, dapat bertukar secara automatik kepada mod pemanduan yang paling sesuai untuk senario pemanduan tertentu, seperti mod elektrik atau hibrid sambil mengekalkan keseimbangan antara penggunaan kuasa dan bahan api.

Selepas pandu uji, Autohome, laman sesawang automotif yang terkenal di China mengulas, "Operasi penukaran gear HAVAL H6 PHEV adalah sangat lancar dan tiada langsung rasa berhenti seketika atau tersentak. Apabila kenderaan ini mencapai julat kelajuan tinggi, dengan sokongan daripada enjin cas turbo, masih lagi terdapat pecutan yang berkuasa dan berkekalan."

Edisi hibrid HAVAL H6 telahpun dilancarkan dalam pelbagai pasaran seperti Thailand, Australia dan Afrika Selatan serta mencapai prestasi pasaran yang cemerlang.

ORA, jenama kereta elektrik tulen GWM, turut mencapai prestasi jualan yang cemerlang. Menurut data jualan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, bilangan ORA yang terjual di seluruh dunia mulai Januari hingga September pada tahun ini ialah 84,721. Di Thailand, statistik daripada Autolife Thailand menunjukkan bahawa mulai bulan Januari hingga Ogos pada tahun ini, ORA GOOD CAT (turut dikenali sebagai FUNKY CAT dalam sesetengah pasaran luar negara) tersenarai di kedudukan pertama bagi jualan EV tempatan, dengan bahagian pasaran yang tinggi iaitu 42.4%.

WEY COFFEE 01, satu lagi kenderaan tenaga baharu daripada GWM, dimasukkan ke dalam "Senarai Kenderaan Elektrik Layak" German Federal Office for Economic Affairs and Export Control (BAFA) pada 10 Oktober. Kedua-dua versi kenderaan ini masing-masing berharga 55,900 EUR dan 59,900 EUR.

GWM mementingkan pengurusan keselamatan rangkaian kenderaan. ORA FUNKY CAT dan WEY COFFEE 01 searas dengan Peraturan PBB No. 155. Kedua-dua kenderaan ini akan tersedia di Eropah dalam masa terdekat.

Ketika ini, transformasi tenaga baharu GWM sedang giat berjalan. Syarikat ini merancang untuk melancarkan lebih banyak model tenaga baharu dengan ciri-ciri yang berbeza dalam pasaran global dan mengekalkan momentum dalam pertumbuhan jualan.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Sales reports