omniture

Airbiquity Bawakan Ketersambungan Di Udara ke Pasaran Kenderaan Dua Roda

Airbiquity
2022-10-14 09:17 0

OTAmatic mLink Menyampaikan Kemas Kini Perisian Jarak Jauh yang Cekap untuk Motosikal dan Skuter Menggunakan Telefon Pintar Pengguna

SEATTLE, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung, hari ini mengumumkan syarikat telah melancarkan OTAmatic® mLink, sebuah penyelesaian baharu untuk pengeluar peralatan asli (OEM) yang menghapuskan keperluan untuk unit kawalan telematik terbenam (TCU) untuk menyampaikan ketersambungan kenderaan-ke-awan bagi kemas kini perisian di udara (OTA).

OTAmatic membolehkan penghantaran selamat dan pemasangan kemas kini perisian OTA untuk penyelenggaraan kenderaan, peningkatan ciri dan pemperibadian pengguna. OTAmatic mLink membolehkan penghantaran, pemasangan dan pengurusan yang selamat dan terjamin bagi kemas kini perisian OTA ke motosikal, skuter dan kenderaan dua roda yang lain menggunakan telefon pintar pengguna. OTAmatic mLink juga mengurangkan keperluan perkakasan berkaitan OTA untuk TCU terbenam dan peranti lain apabila digunakan dalam seni bina sistem "dibawa masuk terbina dalam" (brought-in built-in) hibrid.

Terdapat segmen OEM dua roda yang terabai yang kini tidak mempunyai TCU terbenam dalam platform kenderaan mereka untuk menyokong kemas kini perisian jarak jauh meskipun permintaan pengguna semakin meningkat untuk keupayaan ini," kata Keefe Leung, Naib Presiden Pengurusan Produk Airbiquity. "OTAmatic mLink membolehkan mereka mengaktifkan fungsi ini dan pada masa yang sama memberikan pengalaman pengguna yang sudah pun menjadi kebiasaan kepada pengguna yang biasa menguruskan kemas kini perisian dengan telefon pintar mereka."

OTAmatic mLink memberikan beberapa manfaat kepada OEM dua roda termasuk:

  • Mengurangkan kos berkaitan ketersambungan OTA, pemprosesan dan pengurusan
  • Menurunkan atau menghapuskan kos transmisi data yang dikaitkan dengan memuat turun pakej perisian dan memuat naik data penggunaan, prestasi dan diagnostik
  • Membolehkan pemberitahuan pengguna melalui telefon pintar untuk kebenaran dan kemajuan kemas kini

Sebagai peneraju dalam perisian telematik automotif dan penghantaran perkhidmatan kenderaan terhubung berasaskan awan sejak 1997, Airbiquity berada pada kedudukan yang unik untuk menggunakan teknologi perisiannya dan kepakaran integrasi ke pasaran automotif dan bukan automotif yang memerlukan keupayaan OTA yang canggih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OTAmatic klik di sini. Untuk menonton video OTAmatic mLink klik di sini.

Latar Belakang Airbiquity

Airbiquity® ialah peneraju global dalam perkhidmatan kenderaan terhubung dan perintis dalam pembangunan dan perekayasaan teknologi telematik automotif. Sentiasa berada di barisan hadapan inovasi automotif, Airbiquity membangunkan teknologi perisian kenderaan terhubung dan perkhidmatan awan termaju dalam industri. Bekerjasama dengan Airbiquity, pembuat kenderaan dan pembekal automotif telah melaksanakan program perkhidmatan kenderaan terhubung yang selamat, boleh diurus dan amat boleh diskala untuk jutaan kenderaan di lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Airbiquity di www.airbiquity.com atau sertai perbualan @Airbiquity.

Hubungan Media:
Frances Bigley
airbiquity@finnpartners.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/177305/airbiquity_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Airbiquity
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services