Berkolaborasi dengan pengeluar-pengeluar untuk menginkubasikan syarikat pemula dan peluang perniagaan
TAIPEI, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Jabatan Teknologi Perindustrian (DoIT) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memulakan pameran Discovering Technology Treasures pada hari ini (13 Oktober) di astaka Innovation Pilot (Perintis Inovasi) di Taiwan Innotech Expo 2022. Pameran tersebut, diadakan di Dewan 1 Taipei World Trade Center, menampilkan 80 teknologi inovatif yang akan memacu transformasi dan menaik taraf industri Taiwan. Teknologi ini, memfokuskan kepada kenderaan elektrik, kelestarian sifar-bersih serta bioteknologi & penjagaan perubatan, telah dipilih daripada beratus-ratus pencapaian program-program pembangunan teknologi yang dijalankan oleh 14 organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bukan berasaskan keuntungan, termasuk ITRI, Institute for Information Industry dan National Health Research Institutes (NHRI). Organisasi-organisasi ini akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat domestik dan asing, menginkubasikan pasukan-pasukan pemula dan berhubung dengan pasaran antarabangsa, seterusnya merealisasikan dengan jayanya beberapa projek kerjasama dan mewujudkan peluang perniagaan yang baharu untuk industri ini.
Ketua Pengarah DoIT Chiou Chyou-Huey mengulas bahawa 80 teknologi yang ditampilkan di pameran Discovering Technology Treasures mempunyai dua ciri utama. Pertama, saban tahun lebih NT$10 bilion diperuntukkan untuk R&D yang inovatif dalam program-program pembangunan teknologi. Pelaburan ini memanfaatkan teknologi sedia ada untuk mewujudkan asas kepada teknologi inovatif yang akan menjadi daya pemacu penting dalam pembangunan perindustrian. 80 teknologi ini mencerminkan trend dalam pembuatan pintar, penjagaan perubatan pintar dan kehidupan pintar, berserta bidang inovasi baharu yang akan bermanfaat untuk perusahaan bagi mencipta nilai. Kedua, teknologi ini akan, atas dasar pemikiran keusahawanan, membantu mengembangkan industri-industri baharu yang dapat mencetuskan peluang syarikat pemula dan perniagaan.
Unit Rangkaian Kuasa dan Kawalan Cesi Bersepadu (Integrated Powertrain and Chassis Control Unit, PCCU) yang dibangunkan oleh ITRI dipamerkan di ruang pameran. Ini merupakan contoh pertama kejayaan penggabungan pengawal kenderaan dan pengawal berasaskan wayar Taiwan dan teknologi ini berfungsi sebagai teras bagi membolehkan kenderaan elektrik dihidupkan dengan lancar. Teknologi ini telahpun dipasang pada bas elektrik di bahagian utara, tengah dan selatan Taiwan dan KopherBit baharu dicipta yang akan mempercepatkan pembangunan industri kenderaan elektrik.
Selain daripada industri kenderaan elektrik, DoIT turut mencerminkan trend global ke arah kelestarian sifar bersih dengan tumpuan khusus kepada tenaga hidrogen yang merupakan sumber strategik yang baharu dalam tenaga antarabangsa. DoIT menyokong pelaburan ITRI dalam teknologi Elektrolisis Membran Pertukaran Anion Berkesan-Kos untuk Penghasilan Hidrogen Hijau. Ini menumpukan perhatian kepada pembangunan penyelesaian yang terbaik untuk penghasilan hidrogen yang berkos rendah dan berkecekapan tinggi. Kuasa penghasilan hidrogen pada modul tunggal ialah 5 kW dan kos penghasilan hidrogen dikurangkan sebanyak 30%, manakala kecekapan adalah setinggi 80%, menggandakan output teknologi antarabangsa yang bersaing.
Banyak teknologi inovatif lain yang dipromosikan oleh DoIT dan dipamerkan di Taiwan Innotech Expo akan menggalakkan peluang perniagaan yang baharu dalam industri bioteknologi dan penjagaan perubatan. Sistem Pengimejan Kontras Bintik Laser (LSCI) yang dibangunkan oleh NHRI merupakan sistem pengimejan peredaran darah yang pertama di dunia yang menawarkan kawasan penyinaran terbesar dan resolusi yang tinggi. Penyepaduan yang inovatif antara reka bentuk pengoptimuman optik laser dan interpretasi isyarat AI dapat membantu para doktor menilai status peredaran darah pesakit berdasarkan masa sebenar. Ini dapat memendekkan tempoh rawatan kira-kira sebanyak 50% sebaik sahaja pesakit yang mengalami kebakaran dimasukkan ke hospital. NHRI kini mendapatkan bakal pemegang lesen secara terbuka untuk pemindahan teknologi, dan spesifikasi R&D yang cemerlang daripada teknologi ini akan membuka jalan untuk pengeluar-pengeluar domestik memperoleh kedudukan yang lebih kukuh dalam pasaran peralatan perubatan antarabangsa.
Tech Innovation Excellence Awards diadakan buat julung kalinya pada tahun ini. Daripada 119 teknologi yang dihantar oleh pasukan-pasukan dari seluruh dunia, tiga pasukan yang disokong oleh DoIT memenangi anugerah, satu memenangi tempat kedua dan dua lagi memenangi hadiah istimewa. Anugerah Tempat Kedua dimenangi oleh FlowVIEW Tek atas pengujian automatik cecair berasaskan imejnya yang akan digunakan secara meluas dalam proses pengilangan semikonduktor termaju, tenaga bateri dan industri biofarmaseutikal. Teknologi pengujian ini penting khususnya ketika industri semikonduktor memasuki era 2nm. Hadiah-hadiah istimewa dimenangi oleh Touche Solutions, yang memfokuskan untuk membangunkan penyelesaian haptik untuk kolaborasi manusia-mesin dan NTU Strong-Wave Radio Technology (NTU SWaRT) yang merupakan pasukan R&D teknologi komunikasi satelit berasaskan-gelombang-milimeter.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, DoIT berulang kali menangani masalah halangan teknologi untuk memberi momentum pembangunan yang kritikal kepada industri ini. Pameran Discovering Technology Treasures akan diteruskan hingga 15 Oktober di World Trade Cente dan hingga 20 Oktober secara dalam talian. Anda dialu-alukan untuk mengunjungi dan mendekati pelbagai pasukan untuk berbincang.
Terokai pameran khas Discovering Technology Treasures: https://official.meetbao.net/tie2022/