omniture

HUAWEI CONNECT 2022 di Dubai: Infrastruktur Inovatif Pacu Transformasi Digital Industri

Huawei
2022-10-14 16:19 123

DUBAI, UAE, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT Dubai telahpun diadakan di Emiriah Arab Bersatu, dengan lebih 3,000 pihak berkepentingan industri berhimpun untuk berbincang tema berkisarkan "Infrastruktur Inovatif untuk Menyerlahkan Digital" ("Innovative Infrastructure to Unleash Digital"). Wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, Galaxy Backbone Limited Nigeria, Huawei dan organisasi-organisasi lain berkongsi amalan pendigitalan terkini mereka, meneroka laluan baharu menuju transformasi digital industri.

Steven Yi, Presiden Huawei Kawasan Timur Tengah & Afrika
Steven Yi, Presiden Huawei Kawasan Timur Tengah & Afrika

Ken Hu, Pengerusi Bergilir Huawei, menyampaikan ucaptama yang menggariskan tiga cara ekosistem ICT dapat membantu menembusi halangan biasa dalam transformasi digital:

  • Meningkatkan infrastruktur digital, termasuk keterhubungan yang lebih teguh dan sumber pengkomputeran lebih mantap, lebih pelbagai.
  • Membantu organisasi melangkaui penerimaan awan yang ringkas dan benar-benar memanfaatkan sepenuhnya awan, memfokuskan kepada perkhidmatan teknologi termaju yang memacu pembangunan yang melonjak.
  • Membangunkan ekosistem digital setempat termasuk pembangunan rakan kongsi, mengukuhkan kumpulan bakat digital dan memberi lebih banyak sokongan kepada PKS.

Steven Yi, Presiden Huawei Kawasan Timur Tengah & Afrika, menyampaikan kata-kata pembukaan yang melahirkan rasa terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi atas kepercayaan berterusan mereka dan menegaskan semula komitmen Huawei untuk menyumbang kepada pembangunan tempatan. Beliau juga berbincang tentang tiga inisiatif penting Huawei dan pelanggan serta rakan kongsinya bagi menyerlahkan produktiviti digital. Mereka berusaha secara bersama untuk membina asas digital yang kukuh buat semua dan memperkukuh ekosistem digital tempatan bagi menyokong masa depan negara-negara digital.

Teknologi berasaskan senario yang inovatif meningkatkan infrastuktur digital bagi menyerlahkan produktiviti digital

Bob Chen, Naib Presiden Huawei Enterprise BG, membincangkan bagaimana sinergi berbilang teknologi menjadi kritikal untuk mencari teknologi yang tepat untuk senario yang tepat. Beliau menjelaskan dalam ucaptama beliau "Infrastruktur Digital Inovatif Mempercepatkan Transformasi Digital" yang mana "Data merupakan teras kepada transformasi digital sementara pengingesan, penghantaran, penyimpanan dan analisis data merupakan langkah-langkah yang penting. Huawei menyediakan produk tindanan penuh dan portfolio produk untuk menyokong pemprosesan data hujung-ke-hujung, seterusnya mempercepatkan transformasi digital pelanggan."

Dari segi keterhubungan data, Huawei memperkenalkan NetEngine AR5710, gerbang hiper-tertumpu yang ideal untuk cawangan bersaiz kecil dan sederhana serta NetEngine 8000 F8, penghala pengagregatan perkhidmatan-sejagat ultra-kompak. Kesemua produk serba baharu ini membantu meletakkan asas data yang kukuh bagi menyerlahkan selanjutnya produktiviti digital.

Dari segi penghantaran data, Huawei telah meneroka cara untuk mengaplikasikan evolusi rangkaian tetap (F5G) generasi kelima dalam pelbagai industri. Di samping itu, Huawei dan seorang pelanggan Dubai melancarkan secara bersama penyelesaian pemeriksaan koridor saluran digital yang berasaskan kepada teknologi penderiaan gentian optik, lalu mengupayakan pemeriksaan koridor saluran automatik.

Berhubung penyimpanan data, Huawei dan Commvault, sebuah syarikat perisian pengurusan data melancarkan secara bersama penyelesaian perlindungan data yang menyediakan perlindungan data yang selamat dan andal kepada pelanggan perusahaan dari hujung ke hujung. Ini dapat membantu mewujudkan asas penyimpanan yang andal dan cekap, lalu membolehkan perusahaan untuk memaksimumkan nilai data.

Joy Huang, Presiden Pembangunan Strategi & Industri Huawei Cloud menyatakan bahawa pendekatan Huawei terhadap transformasi digital mempunyai tiga tonggak, infrastruktur lebih hijau, inovasi berterusan dan pengalaman bersama. Huawei Cloud bermatlamat untuk menjadi rakan pendigitalan yang terbaik untuk pelanggan dan bekerjasama dengan rakan kongsi serta pelanggan bagi menyerlahkan ciri digital dengan Semua Benda sebagai satu Perkhidmatan.

Infrastruktur inovatif digunakan dalam industri-industri untuk memacu pendigitalan industri

Di acara tersebut, pelanggan daripada pelbagai industri di Timur Tengah dan Afrika turut berkongsi amalan terbaik mereka bersama Huawei dalam transfornasi digital.

Dr. Hesham Farouk Ali, Pembantu Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Mesir, berkata bahawa ICT akan menjadikan pendidikan lebih bertumpukan orang ramai dan mempercepatkan transformasi kaedah pengajaran mahupun pembelajaran. Kepakaran Huawei dalam rangkaian pendidikan dan penyelidikan, awan dan AI memberi sokongan penting dan meletakkan asas untuk pendigitalan daripada pendigitalan pengajian tinggi di Mesir.

Baffajo Beita, Ketua Pegawai Maklumat Galaxy Backbone Limited, menyatakan bahawa Galaxy dan Huawei telah berinovasi bersama-sama untuk membantu Nigeria membina rangkaian awan e-kerajaan yang seragam, mempercepatkan pendigitalan kerajaan dan meningkatkan ekosistem digital negara tersebut.

Huawei Empower Program: membina ekosistem digital yang berkembang maju untuk rakan kongsi global

Di acara tersebut, Huawei melancarkan Huawei Empower Program yang bertujuan untuk membantu membangunkan ekosistem digital yang berkembang maju untuk rakan-rakan kongsinya. Melalui program ini, Huawei akan melaksanakan inovasi bersama dengan rakan-rakan kongsinya melalui OpenLabs, memperkasa peminat dengan rangka kerja baharu, rancangan baharu dan platform bersepadu serta mencipta himpunan bakat melalui program-program Huawei ICT Academy dan Huawei Authorized Learning Partner (HALP). Huawei turut mengumumkan pelaburan sebanyak AS$300 juta ke dalam program ini sepanjang tiga tahun akan datang untuk menyokong rakan kongsi globalnya.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news