omniture

ANTAI SOLAR hadiri Renewable Energy India 2022 dengan penjejak 1P Tai-Simple canggihnya

Antaisolar
2022-10-14 17:21 69

XIAMEN, China, 10 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sejak beberapa hari yang lalu, Renewable Energy India Expo diadakan dengan jayanya di New Delhi, India. Antaisolar, pembekal terkemuka bagi rantaian industri keseluruhan dalam sistem pemasangan PV, menyempurnakan acara pertamanya di India, teknologi penjejak termajunya menimbulkan minat ramai pelanggan semasa ekspo tersebut.

Buat kali pertama Antaisolar menghadiri acara tersebut, membawakan Penjejak 1P TAI-Simple canggihnya berdasarkan keperluan pasaran India yang benar-benar serasi dengan modul dwimuka dan modul bersaiz besar (Dalam eksposisi ini, mereka memasang penjejak dengan modul Vertex 670W daripada Trinasolar untuk menunjukkan bagaimana ia berfungsi). Selain itu, seperti mana namanya, operasinya adalah agak ringkas. Hanya beberapa jam diambil untuk pekerja menyelesaikan pemasangan di lapangan. Selain itu, wajar disebutkan bahawa pancaran jenis-U yang unik meningkatkan prestasi rintangan kilasan dengan ketara. Dengan kekuatan ini, TAI-Simple benar-benar membuatkan pelawat berasa kagum serta banyak pertanyaan dan perundingan membanjiri kakitangan di lapangan.

Selepas majlis perasmian, Vineet Kumar, pengurus negara Antaisolar, menyampaikan ucapan yang sangat baik di persidangan tersebut. Beliau berkongsi teknologi terkini tentang penjejak Antai dan menyatakan keandalan, kebolehsuain dan inovasi produk Antai, ucapan beliau turut memberi pemahamaan yang lebih baik kepada audiens dari segi cara penjejak dapat meningkatkan LCOE loji solar. Ramai orang memuji ucapan berkenaan atas kandungannya yang bermanfaat.

Antaisolar telah mula membangun dalam Pasaran India selama bertahun-tahun, output pengeluaran tahunannya mencapai 2.5GW di India. Dengan menjalin kerjasama bersama OEM tempatan, Antaisolar sentiasa menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan perkhidmatan selepas jualan yang sempurna. Antaisolar juga mempunyai subsidiarinya yang berpangkalan di India, pasukan berkenaan terdiri daripada kakitangan tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan mereka dapat memberi cadangan yang paling berciri profesional kepada anda.

Seperti yang didedahkan dalam ekspo tersebut, Antaisolar menunjukkan cita-cita yang tinggi terhadap India, kerana India merupakan sebuah negara kaya-raya dengan potensi yang besar untuk tenaga boleh baharu. Dengan misi Raise A Green World (Mengangkat Dunia Hijau), Antaisolar berdedikasi terhadap peralihan tenaga selama bertahun-tahun, ia akan terus menyampaikan produk dan perkhidmatan yang memuaskan hati kepada dunia. Ayuh kita bersama-sama beralih kepada generasi baharu Antaisolar.

Laman sesawang: www.antaisolar.com

 

Source: Antaisolar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news