omniture

Changhong perkenalkan julung kali beberapa peralatan rumah baharu di Pameran Canton ke-132

Changhong
2022-10-17 09:40 112
  • Acara berkaitan perdagangan dunia utama akan berlangsung dalam talian 

GUANGZHOU, China, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Di Pameran Import dan Eksport China ke-132 (Pameran Canton) yang diadakan secara dalam talian dan bermula pada 15 Oktober 2022, Changhong, salah satu pengeluar barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah yang terbesar di China, akan mempamerkan rangkaian penuh produk termasuk peralatan rumah mesra alam 5G, TV Mini LED, penyaman udara model Eva serta peti ais dan mesin basuh Space Pro. Dengan kehebatan teknologinya dalam segmen internet pelbagai benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), data raya dan 5G, syarikat ini akan membawakan pengalaman unggul kepada pengguna dengan menyediakan rangkaian penuh peralatan rumah pintar yang inovatif dan dinaik taraf kepada mereka.


Changhong akan memanfaatkan sepenuhnya platform dalam taliannya di Pameran Canton ke-132 untuk melancarkan produk baharu serta menggunakan bilik pameran VR, pavilion maya dan kemudahan siaran langsung dalam talian. Reruai dalam talian pembuat peralatan rumah ini akan memaparkan produk selama 24/7 dan dalam masa yang sama menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk pemadanan bekalan-permintaan dan rundingan perniagaan dalam talian, bagi menyampaikan pengalaman yang lebih baik kepada pembeli. (Kunjungi bilik pameran Changhong di: https://www.cantonfair.org.cn/en-US/shops/451692550933632?keyword=&fbclid=IwAR1SwCZbN8tcDUIfA9D1RnzF_TnyrKVQQW_QtDlkd3EUGV-vHbc-mj3HW3c#/)

Changhong memperkenalkan buat julung kali produk baharu dalam talian

Salah satu sorotannya ialah TV pintar Mini LED baharu daripada Changhong yang didatangkan lengkap dengan panel belakang kristal Mini yang sangat nipis dan teknologi paparan bintik kuantum yang terkini bagi menyampaikan kualiti gambar HDR unggul, gamut warna luas melebihi 95% dan ketepatan warna terbaik, lalu mencipta pengalaman tontonan tampak hidup.

Dengan sistem operasi Android 11 yang terkini dan kadar segar semula tinggi 120HZ serta Anggaran Pergerakan, Imbangan Pergerakan (MEMC), TV skrin besar 98" Changhong, model TV pertama syarikat ini untuk pasaran antarabangsa, menangani getaran dan calitan dengan berkesan yang berkaitan dengan gambar gerak yang berkelajuan tinggi.

Model Eva Changhong, penyaman udara pertama di dunia yang menyokong pelbagai bahasa dan kawalan suara luar talian, menjanjikan pengalaman interaktif yang lebih baik dengan sokongannya untuk lapan bahasa berserta pengaktifan suara walaupun di tempat-tempat tanpa akses internet.

Barang pameran Changhong yang mengagumkan turut melibatkan peti sejuk dan mesin basuh Space Pro yang lebih nipis dan lebih kecil saiznya berbanding produk-produk setanding yang boleh didapati dalam pasaran hasil daripada teknologi ultra-nipis yang terkemuka di dunia daripada syarikat ini. Dengan teknologi pengekalan yang dinaik taraf sepenuhnya, siri peti sejuk Space Pro menyampaikan prestasi yang lebih baik dari segi memastikan makanan segar dengan melanjutkan hayat simpan dengan berkesan.

Usaha meluaskan saluran jualan membawa kepada pertumbuhan mantap perniagaan antarabangsa Changhong

Walaupun dengan tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan antarabangsa dalam tahun 2022, Changhong meluaskan saluran jualan sekali gus mengukuhkan lagi kecekapannya dalam produk dan teknologi serta keupayaan pembuatan pintar bahagian depannya. Dengan berbuat demikian, ia mencapai pertumbuhan yang mantap dalam tiga barisan produk utama iaitu televisyen, penyaman udara serta peti ais dan mesin basuh seiring dengan peningkatan keuntungannya. Khususnya, hasil jualan penyaman udara syarikat ini menunjukkan peningkatan sebanyak hampir 40% berbanding tahun sebelumnya pada penghujung September.

Di samping itu, Changhong mempercepatkan pembinaan saluran jualan di luar pasaran tempatannya di China dengan meluaskan lagi kehadirannya dalam pasaran e-dagang global. Jenama peralatan rumah pintar yang canggih CHiQ telah berkembang pesat menerusi produk-produk yang boleh didapati di lebih 30 negara seluruh dunia. Jenama ini juga telah meningkatkan daya saingnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Changhong terus mengoptimumkan strategi perniagaannya dan dalam masa yang sama memudahkan lagi pembuatan pintar dan penaiktarafan serta pengembangan pasaran. Syarikat ini turut membina dan mengukuhkan sistem inovasi teknologinya merentas rantaian nilai huluan dan hiliran dalam pelbagai sektor, termasuk pemampat peti sejuk, storan data raya dan modul IoT. Dengan pendekatan global terhadap pembangunan produk, pembuatan dan pengurusan perniagaan, Changhong telah menjadi jenama global dengan penonjolan antarabangsa.

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Trade show news Future Events