omniture

Sungrow Tingkatkan Pembangunan Tenaga Boleh Baharu di Malaysia dengan Penyelesaian Komprehensifnya

Sungrow Power Supply Co., Ltd
2022-10-17 09:59 82

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 12 hingga 14 Oktober 2022, Sungrow, pembekal penyongsang dan storan tenaga global yang terkemuka untuk tenaga boleh baharu, mempersembahkan penyelesaian storan tambah solar yang utama dalam industri di Pameran & Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia menerusi penyongsang modular 1+X utamanya dan siri komersial dan industri terbaru. Portfolio produk Sungrow yang komprehensif memenuhi pelbagai kehendak pasaran Malaysia dan mempercepatkan langkah negara ini dalam menerima pakai lebih banyak tenaga boleh baharu.

Sungrow Presents Comprehensive Solar plus Storage Solutions for Malaysia
Sungrow Presents Comprehensive Solar plus Storage Solutions for Malaysia

Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk mencapai bahagian RE sebanyak 31% dalam campuran tenaga nasional menjelang tahun 2025. Penerimaan tenaga solar yang lebih banyak merupakan cara yang lebih cekap untuk merealisasikan matlamat ini. Beberapa pusingan program pembidaan kompetitif LSS diperkenalkan bagi meningkatkan pembangunan pasaran utiliti. Bagi memenuhi kehendak yang akan datang, Sungrow mempamerkan SG350HX miliknya, iaitu penyelesaian kompetitif yang telah mendapat sambutan baik di Malaysia dan melancarkan penyongsang modular 1+X yang merupakan satu pengubah keadaan berbanding penyongsang tradisional. Ia boleh dikonfigurasikan daripada 1.1MW hingga 8.8MW mengikut keperluan projek pelanggan. Reka bentuk modularnya membolehkan reka bentuk loji PV besar menjadi fleksibel yang belum pernah terjadi sebelum ini bagi menjimatkan pelaburan awal dan memudahkan pasca-operasi serta penyelenggaraan. Penyongsang utiliti utama dapat memanfaatkan sumber cahaya matahari negara ini dengan sebaiknya dan menjana tenaga elektrik bersih.

Ketika ini, kerajaan Malaysia turut mempercepatkan penggunaan PV teragih dengan menggubal dasar Pajakan Solar dan Pemeteran Tenaga Bersih. Lebih banyak projek PV akan dipasang pada bumbung komersial dan industri serta rumah penduduk. Sungrow mengikuti trend ini untuk melancarkan siri C&I yang terkini, SG125CX-P2 dan Pengoptimum Kuasa SP600S. SG125CX-P2 ialah versi dinaik taraf penyongsang komersial yang mencapai hasil kuasa yang lebih tinggi dan arus input maksimum 30A per MPPT dan 12 MPPT. Ia juga telah meningkatkan perlindungan keselamatan untuk melindungi bekalan kuasa yang stabil dan bersih untuk pengguna akhir. SP600S ialah alat baharu yang digunakan dalam projek-projek bumbung bagi meningkatkan lagi hasil pada peringkat modul dengan perlindungan keselamatan yang lebih tinggi. Ia boleh dipasang pada bumbung berbilang orientasi dan meningkatkan hasil kuasa keseluruhan, selain turut mematuhi syarat Penutupan Pantas (Rapid Shutdown). Tambahan pula, penerimaan solar yang semakin meningkat memerlukan kapasiti storan tenaga untuk penggunaan kuasa solar yang lebih cekap. Justeru itu, Sungrow menjadi peneraju untuk membawakan ST101CP-50HV, sistem storan tenaga bersepadu untuk segmen C&I. Setakat ini, penyelesaian penyongsang C&I Sungrow telah diaplikasikan kepada projek PV solar lapangan terbesar Dell, ladang solar terbesar Intel di luar AS, projek solar atas bumbung Bosch di Malaysia dan sebagainya, menjana kuasa bersih untuk operasi kemudahan-kemudahan ini dan membantu MNC ini merealisasikan matlamat kemampanannya.

Sungrow telah mendominasi pasaran RE Malaysia selama bertahun-tahun dan memberi bekalan kepada beberapa projek yang signifikan seperti projek 100 MW Sungai Petani serta projek 100 MW IBvolt dan terus mendapat pengiktirafan daripada rakan-rakan kongsi yang terkenal dengan loji PV atas bumbung yang diserahkan dengan jayanya. Pada masa akan datang, Sungrow akan terus meluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatannya di Malaysia dan memanfaatkan pengaruh jenamanya di rantau ASEAN bagi meningkatkan pembangunan RE di Malaysia.

Latar Belakang Sungrow

Sungrow ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 269 GW dipasang di seluruh dunia setakat Jun 2022. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyongsang solar bersama pasukan R&D berdedikasi yang terbesar dalam industri ini dan portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & industri (C&I) dan kediaman serta penyelesaian FPV yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemanduan NEV, penyelesaian pengecasan EV dan sistem penghasilan hidrogen boleh baharu. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 25 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa kepada lebih 150 negara di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Sungrow melalui www.sungrowpower.com

 

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300274
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities