omniture

Sinopec Hasilkan Kelompok Pertama Gentian Karbon Tow Besar China

SINOPEC
2022-10-17 10:17 20

SHANGHAI, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") berjaya menghasilkan kelompok pertama gentian karbon tow besar China di tapak pengeluaran syarikat ini di Shanghai, menjadikan syarikat ini yang pertama di negara ini dan keempat di dunia yang mempunyai teknologi gentian karbon tow besar.

Sinopec Hasilkan Kelompok Pertama Gentian Karbon Tow Besar China
Sinopec Hasilkan Kelompok Pertama Gentian Karbon Tow Besar China

Barisan pengeluaran Sinopec telah mengguna pakai perkursor tow besar asas PAN (poliakrilonitril) yang dibangunkan sendiri dan teknologi gentian karbon. Projek ini dijalankan dalam dua fasa dan dijangkakan akan memulakan proses pengeluaran penuh pada tahun 2024, mengunjurkan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 24,000 tan protofilamen dan 12,000 tan gentian karbon tow besar.

Gentian karbon tow besar merujuk kepada pintal kasar yang mengandungi 48,000 filamen atau lebih. Bahan berprestasi tinggi ini sering dirujuk sebagai "raja bahan baharu" dan "emas hitam". Produk yang dibangunkan dan dikilangkan oleh Sinopec Shanghai ialah sejenis gentian karbon berkekuatan tinggi yang baharu dengan kandungan karbon sebanyak lebih 95 peratus. Ia mempunyai sifat-sifat mekanikal cemerlang yang luar biasa dan graviti khusus iaitu kurang daripada satu perempat daripada keluli, namun kekuatannya adalah tujuh hingga sembilan kali ganda lebih kuat. Ia juga tahan kakisan.

Memandangkan bahan ini dapat digunakan secara meluas dalam menghasilkan bahagian dan komponen, ia dijangkakan akan digunakan untuk sejumlah projek infrastruktur industri yang semakin bertambah di China, termasuk projek-projek yang berkaitan dengan kuasa angin, kuasa solar, rel berkelajuan tinggi dan penerbangan.

"Sinopec telah menyesuaikan barisan pengeluaran khas untuk gentian karbon tow besar termasuk peralatan dan teknik-teknik pengeluaran yang membolehkan kami mereka bentuk relau pengoksidaan dan relau karbida yang merevolusikan bukan sahaja teknologi teras kawalan medan suhu, tetapi juga mempunyai reka bentuk penjimatan tenaga yang revolusioner, menandakan satu pencapaian yang besar dalam pembangunan industri gentian karbon China," kata Huang Xiangyu, pakar gentian karbon dan timbalan pengurus besar Sinopec Shanghai.

Kini, Sinopec memiliki 251 paten yang berkaitan dengan gentian karbon dan 46 paten untuk bahan komposit gentian karbon, bilangan terbesar di China dan ketiga di dunia serta melalui peningkatan pelaburan dan susun atur perindustrian, Sinopec komited untuk menjadi penyumbang besar kepada pembangunan industri gentian karbon China.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities New products/services