QINGDAO, China, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Bagi menghadapi aliran trafik yang tinggi sempena FIFA World Cup Qatar 2022TM yang akan datang dalam bulan November, Doha, ibu negara Qatar mengambil keputusan untuk membangunkan pengangkutan mereka menggunakan teknologi data dan AI. Hisense, bertapak kukuh dalam bidang pengangkutan pintar selama lebih 20 tahun, membantu Doha bagi membangunkan pembinaan projek perintis untuk pengangkutan pintar. Projek ini akan siap dan mula beroperasi sebelum perasmian FIFA World Cup Qatar 2022TM, bagi memastikan trafik yang selamat, cekap serta mengurangkan emisi bahan pencemar semasa berlangsungnya sukan tersebut berdasarkan kepada trajektori GPS dan fungsi-fungsi penjejakan video masa sebenar.
Pengangkutan Pintar Hisense Mengubah Dunia
Sejak Hisense mula memasuki bidang ini pada tahun 1998, ia telah menjadi syarikat peneraju dalam industri pengangkutan pintar China selama 10 tahun berturut-turut sejak kebelakangan ini dan mengambil bahagian dalam beberapa projek yang signifikan. Pada bulan Mac ini, Hisense menandatangani satu perkongsian dengan kerajaan ibu negara Etiopia Addis Ababa secara rasmi untuk sistem bas pintar yang dijangka siap dalam tempoh 21 bulan. Dengan sistem ini, rakyat boleh mendapatkan jadual bas pada waktu sebenar melalui aplikasi mudah alih dan paparan maklumat digital. Sistem ini juga membolehkan syarikat-syarikat pengangkutan awam mencapai pemantauan pada waktu sebenar, kawalan jauh dan penghantaran pintar, menganalisis pemadanan antara aliran penumpang dan kapasiti pengangkutan, peruntukan sumber dan memantau penyelenggaraan yang menjadi asas untuk pembuatan keputusan saintifik pada masa akan datang.
Hisense Group signs a partnership deal with the city government of Addis Ababa, Ethiopia in March, 2022
Skrin LED 252-inci Hisense diperkenalkan di terminal bas CSW, pusat pengangkutan bandar pintar Jakarta, memaparkan maklumat trafik dan jadual pada waktu sebenar untuk memberi pengalaman perjalanan yang menyeronokkan kepada penumpang. Hingga hari ini, pengangkutan pintar Hisense telah bercabang ke Afrika Selatan, Afrika Barat, Dubai, Indonesia, Thailand, Vietnam, Slovenia, Serbia dan sebagainya.
Industri-industri B2B: Kejayaan Penting yang Seterusnya untuk Hisense
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hisense terus mentransformasikan produk dan rantaian industrinya kepada teknologi canggih dan tinggi, beransur-ansur menjadi peneraju industri global dalam industri-industri B2B seperti paparan komersial, perubatan ultrasonik dan penyelesaian bandar pintar serta berjaya mengalami transformasi daripada "syarikat peralatan rumah" menjadi "syarikat berteknologi tinggi".
Hisense akan mempercepatkan transformasi perindustrian dan penaiktarafan, meningkatkan pelaburan sumber dan pengembangan perniagaan dalam segmen B2B serta meningkatkan pengaruh global perniagaan B2B luar negara dengan lebih jauh lagi. Menerusi pembangunan industri B2B, Hisense menyumbang kepada kebahagiaan insan dan dunia yang lebih baik.