omniture

Mouser Electronics Perluas Kad Lini dengan 35+ Jenama Pengeluar Baharu

Mouser Electronics
2022-10-17 15:03 47

Pengedar Global Tawarkan Teknologi Terbaru Tersedia Hari Ini

SHANGHAI, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar global yang sah dengan semikonduktor dan komponen elektronik terbaru, terus memperluas kad lininya dengan menambah 36 pengeluar baharu sehingga penghujung Ogos 2022. Dengan lebih 1,200 jenama pengeluar, kini Mouser menawarkan rangkaian pilihan produk yang jauh lebih luas untuk kumpulan pelanggan globalnya yang terdiri daripada jurutera reka bentuk, pembeli komponen, ejen perolehan, pendidik dan pelajar.

"Jurutera memilih Mouser untuk produk terkini, paling inovatif untuk reka bentuk mereka dan kami berusaha untuk memenuhi jangkaan mereka dengan menghubungkan mereka bersama pengeluar komponen yang terkemuka dalam kad lini kami yang sentiasa berkembang," kata Jeff Newell, Naib Presiden Kanan Produk Mouser Electronics.

Dalam menghadapi kekurangan semikonduktor dan gangguan rantaian bekalan yang lain, strategi sekian lama Mouser untuk melabur dan mengekalkan inventori yang kukuh dapat membantu memenuhi keperluan terhadap komponen oleh pengeluar di serata dunia. Sebagai New Product Introduction Leader™, Mouser mengendalikan inventori besar dengan lebih 1 juta SKU unik di Pusat Pengagihan Globalnya, menawarkan semikonduktor dan komponen elektronik daripada semua kategori produk, termasuk terbenam, penyambung, optoelektronik, pasif dan banyak lagi.

Antara rakan-rakan pengeluar baharu yang ditambah oleh Mouser dalam tahun 2022 ialah:

  • Solidigm, pembekal yang terkemuka bagi teknologi denyar dan SSD NAND yang menawarkan teknologi storan QLC berdasarkan teknologi Intel®.

  • Amphenol PCB Piezotronics memfokuskan kepada pembangunan dan aplikasi teknologi litar bersepadu kepada sensor piezoelektrik dan berkembang pesat untuk menyertakan sensor getaran dan daya. Dalam pasaran hari ini, sensor mereka menyokong pengujian dalam industri aeroangkasa dan pertahanan, pengangkutan, automotif, kejuruteraan awam dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) am.

  • The Modal Shop menawarkan sistem getaran berstruktur dan penderiaan akustik untuk pelbagai aplikasi dalam makmal-makmal reka bentuk dan ujian serta kilang pembuatan. Sistem penentukuran kejituan serta penggoncang modal dan getaran mereka direka bentuk untuk mempermudah fasa ujian dan membantu pengeluar menyediakan 100% pemeriksaan kualiti komponen.

  • Allegro MicroSystems, peneraju global bagi penyelesaian kuasa dan penderiaan untuk kawalan pergerakan dan sistem cekap tenaga.

  • Labforge Inc., pereka dan pembangun kamera pintar.

Untuk melihat rakan-rakan pengeluar terbaru Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/new-manufacturer/.

Latar Belakang Mouser Electronics

Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik sah yang memfokuskan Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar utamanya. Menawarkan perkhidmatan kepada jurutera reka bentuk elektronik dan komuniti pembeli global, laman sesawang pengedar global, mouser.com, disediakan dalam pelbagai bahasa dan mata wang serta menampilkan lebih 6.8 juta produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 27 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas dalam bahasa, mata wang dan zon waktu tempatan. Pihak pengedar membuat penghantaran kepada lebih 650,000 pelanggan di 223 negara/wilayah daripada kemudahan pengedarannya yang canggih dan berkeluasan 1 juta-kaki-persegi di Dallas, Texas, kawasan metro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services