omniture

ACCA berkongsi mobiliti bakat dan visi kemampanan dengan DIT di APAC

ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) Singapore
2022-10-17 16:28 77

SINGAPURA, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Ketua Eksekutif ACCA, Helen Brand OBE, bertemu Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan Duli Yang Maha Mulia, Asia Tenggara, Sam Myers, untuk mengukuhkan perkongsian di rantau ini, menyokong kesalinghubungan serantau dan memacu kemampanan.


Helen Brand OBE, Ketua Eksekutif, ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) dan Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan Duli Yang Maha Mulia, Asia Tenggara, Sam Myers, bertemu untuk mengukuhkan perkongsian yang sedang terjalin antara ACCA dan Department for International Trade (DIT) serta menyokong mobiliti bakat di rantau ini.

Sekitar 20 peratus pelajar dan ahli ACCA di rantau Asia Pasifik dan kelayakan profesional ACCA diiktiraf secara meluas dan dipercayai oleh majikan.

Mengulas tentang peranan ACCA di rantau ini, Helen Brand berkata: 'Kami komited untuk menyokong dan membantu membina ekonomi yang kukuh dan berdaya bingkas yang diperlukan oleh rantau ini melalui golongan profesional kewangan berkelayakan yang berkhidmat untuk kepentingan awam. Profesion perakaunan memainkan peranan penting dalam mentransformasikan model perniagaan bagi menyampaikan masa depan yang beretika, lebih saksama, hijau dan inklusif. Melalui kolaborasi dan hubungan bersama DIT dan pihak-pihak lain inilah kami dapat mencapai kemajuan sebenar dalam menyokong agenda-agenda ekonomi dan pendidikan nasional serta serantau yang penting.'

Helen turut diiringi oleh pengarah rantau ACCA Pulkit Abrol serta pengurus negara Daniel Leung FCCA.

Sam Myers, Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan Duli Yang Maha Mulia, Asia Tenggara, menambah: 'Gembira rasanya dapat bertemu pasukan ACCA di Singapura sekali lagi untuk menyokong perancangan besar mereka bagi membina perkongsian yang mendalam di Asia Tenggara. Perakaunan merupakan sektor penting untuk ekonomi yang berkembang maju dan mampan, khususnya di rantau yang dinamik ini dengan pasaran perkhidmatan kewangannya yang berkembang pesat.'

'Tahun lalu, perkhidmatan kewangan menyumbang sebanyak 17.6% daripada eksport perkhidmatan UK ke ASEAN, bernilai kira-kira £1.5 bilion. Dengan sektor kewangan kami yang utama di dunia, saya percaya perkongsian erat antara UK dengan Asia Tenggara hanya akan menjadi bertambah kukuh melalui usaha oleh organisasi-organisasi seperti ACCA.'

Mesyuarat berkenaan berlangsung semasa lawatan Helen Brand baru-baru ini ke Singapura untuk bertemu pemimpin-pemimpin daripada sektor swasta mahupun sektor awam* untuk meninjau cara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan dalam memajukan profesion ini.

ACCA ialah badan yang terkemuka di dunia untuk akauntan profesional dengan komuniti global yang semakin berkembang melibatkan 241,000 ahli dan 542,000 ahli akan datang yang berpangkalan di 178 negara. ACCA memiliki kekayaan sejarah dan kehadiran yang kukuh di Singapura serta memberi sumbangan yang amat besar kepada pembangunan profesion perakaunan di negara ini. Peperiksaan ACCA pertama diduduki seawal tahun 1930-an. Hari ini, ACCA bekerjasama erat dengan lebih 200 majikan di Singapura dalam pelbagai industri di bawah program majikan yang diluluskannya.

*Mesyuarat melibatkan Kementerian Kewangan, barisan kepimpinan Singapore Accountancy Commission (SAC), Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA), Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) dan Chartered Accountants Australia and New Zealand (CA ANZ).

Latar Belakang ACCA

ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) ialah badan bertaraf global untuk akauntan profesional.

Kami merupakan sebuah komuniti global yang berkembang pesat dengan 241,000 ahli dan 542,000 ahli akan datang yang berpangkalan di 178 negara dan wilayah, yang berperanan dalam pelbagai jenis sektor serta industri. Kami mendukung nilai-nilai profesional dan etika yang tertinggi.

Kami menawarkan kepada semua yang berada di mana-mana sahaja dengan peluang untuk merasai pengalaman kerjaya yang mendatangkan kepuasan dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan. Kelayakan dan peluang pembelajaran kami membangunkan pemimpin perniagaan yang strategik, ahli profesional yang berpandangan jauh dengan kepakaran dalam bidang kewangan, perniagaan dan digital yang penting bagi pewujudan organisasi yang mampan dan masyarakat yang berkembang maju.

Sejak tahun 1904, menjadi penggerak untuk kebaikan umum telah tertanam dalam tujuan kami. Pada bulan Disember 2020, kami menyatakan komitmen kepada Matlamat Pembangunan Mampan PBB yang kami ukur dan akan dilaporkan dalam laporan bersepadu tahunan kami.

Kami percaya bahawa bidang perakaunan ialah profesion asas masyarakat dan penting dalam membantu ekonomi, organisasi dan individu untuk berkembang dan berjaya. Ia melaksanakannya dengan mewujudkan pengurusan kewangan dan perniagaan mantap yang dipercayai, memerangi rasuah, memastikan organisasi diurus secara beretika, memacu kemampanan dan menyediakan peluang kerjaya yang mendatangkan kepuasan.

Melalui kajian termaju kami, kami memimpin profesion ini dengan merungkaikan persoalan-persoalan pada hari ini dan bersiap sedia mendepani masa depan. Kami merupakan sebuah organsasi bukan berasaskan keuntungan. Ketahui lebih lanjut di accaglobal.com

 

Source: ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Contracts