omniture

Digital Pilipinas Festival menjurus ke arah sistem anti-rapuh di PH, ASEAN

Philippine FinTech Festival
2022-10-17 16:28 77

Pemimpin utama, pihak berkepentingan berhimpun sempena Philippine FinTech Festival, World FinTech Festival  

MANILA, Filipina, 17 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Digital Pilipinas Festival (DPF) memulakan sambutan sepanjang bulan penerimaan digital ASEAN bagi membina sistem anti-rapuh, sekali gus mengukuhkan kehadiran wilayah Filipina dalam bidang teknologi.

Digital Pilipinas Festival menjurus ke arah sistem anti-rapuh di PH, ASEAN;
Pemimpin utama, pihak berkepentingan berhimpun sempena Philippine FinTech Festival, World FinTech Festival
Digital Pilipinas Festival menjurus ke arah sistem anti-rapuh di PH, ASEAN; Pemimpin utama, pihak berkepentingan berhimpun sempena Philippine FinTech Festival, World FinTech Festival

Mulai 17-21 Oktober, DPF akan menghimpunkan 200 pemimpin ASEAN termasuk pengawal selia, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Teknologi, Ketua Pegawai Maklumat, pemodal teroka, pelabur, pengasas syarikat pemula perintis, usahawan dan penggubal dasar kanan.

Terdiri daripada dua bahagian, World FinTech Festival (WFF) pada waktu sebelah pagi akan mengetengahkan kemajuan teknologi ASEAN manakala Philippine FinTech Festival (PFF) sulung pada waktu petang akan memfokuskan kepada cabaran dan inovasi Filipina.

WFF-Philippines dan PFF akan diikuti oleh festival-festival Teknologi Kewangan (FinTech) yang serupa di Kemboja, Thailand, Singapura dan Indonesia. 

"DPF membayangkan untuk menjadikan Filipina sebagai pengusaha yang berkuasa di rantau ASEAN," kata Amor Maclang, Konvenor Digital Pilipinas, WFF-Philippines dan PFF. "Ekonomi digital Filipina yang diramalkan oleh pakar-pakar ekonomi akan mencapai nilai $92 bilion menjelang tahun 2030, bersedia untuk menjadikan negara kita lebih kompetitif dalam FinTech rantau ini dan bidang teknologi yang lain.

"DPF dan PFF merancang Festival Ekonomi Digital yang terbesar di negara ini."

Pemimpin-pemimpin kerajaan dan industri daripada pelbagai negara seperti Hungary, Israel dan Singapura akan berkongsi amalan terbaik mereka dan berkolaborasi untuk trend seperti transaksi serantau, eDagang dan privasi data, antara lain.

Bengkel petang PFF dan perbincangan kumpulan kerja teknikal akan menangani masalah utama dalam industri yang spesifik dan kemudian membentangkan penyelesaian unik mereka sendiri.

WFF-Philippines dan PFF diadakan oleh Digital Pilipinas, pergerakan sektor-swasta terbesar untuk mencipta sistem teknologi dan inovasi yang disediakan untuk meningkatkan teknologi negara ini, dengan kerjasama Elevandi, sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi mendorong dialog sektor-awam-swasta demi memajukan FinTech dalam ekonomi digital.

WFF dan PFF turut disokong oleh kerajaan-kerajaan dan persatuan-persatuan FinTech dari Israel, Hungary, Hong Kong S.A.R., Indonesia, Thailand, Malaysia, Singapura dan Kemboja.

Semua acara akan memaparkan keupayaan pembinaan negara yang unik merangkumi pelbagai jenis teknologi: Teknologi untuk Kerajaan, Mobiliti dan Logistik, Bandar Pintar dan Terhubung, Tenaga, Web 3.0, Data Terbuka & Kewangan Terbuka, E-dompet, AI dan Data Raya, Pendigitalan PKS dan E-Dagang, Teknologi Kekayaan (WealthTech), Teknologi Kewangan (FinTech), ESG dan Kewangan Hijau, Teknologi Insurans (InsureTech) dan Teknologi Kesihatan (HealthTech) serta Teknologi Pemasaran (MarkTech).

Berada di barisan hadapan acara-acara ini ialah syarikat-syarikat terunggul seperti coins.ph; Etiqa Philippines; Angkas; Paymongo, UnionBank; Digicoop; Advance.AI; NinjaVan Philippines; KPMG Philippines; UNO Digital Bank; Creador; Globe; PruLife UK; Gorriceta Africa Caution & Saavedra; Brankas; GCash; COL Financial; Xendit Philippines; Tech Exactly; StartUp Village; BounceBackPH; Fintech Philippines Association; FinScore; Mapua University; dan GeiserMaclang.

Untuk maklumat lanjut tentang WFF-PFF, klik https://digitalpilipinas.ph/wp-content/uploads/2022/09/PFF-Festival-Guide.pdf.

 

Source: Philippine FinTech Festival
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Financial Technology