omniture

Pelancaran Seleksi Pameran Canton Bawakan Pelbagai Produk Berkualiti Tinggi ke Hadapan pada Hari Pertama Pameran

Canton Fair
2022-10-18 04:07 91

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-132 dibuka secara dalam talian pada 15 Oktober 2022. Ia dimulakan dengan acara promosi Keluaran Produk Pameran Canton, sebuah acara edisi khas selama empat hari yang memperkenalkan buat julung kali lebih 200 produk baharu yang menarik perhatian kepada pembeli global. Siri ini mewujudkan penanda atas industri untuk membimbing dan mendorong lebih banyak perusahaan agar menjadi lebih inovatif dan memupuk kelebihan kompetitif yang baharu.


Siri Seleksi Pameran Canton boleh ditemui di laman sesawang rasmi Pameran Canton. Siri ini mengetengahkan 7 tema termasuk peralatan elektronik, bahan binaan dan hiasan rumah, pembuatan industri, alatan perkakasan, barangan rumah, kehidupan fesyen serta kesihatan dan rekreasi. Secara keseluruhan, 200 video produk baharu akan dilancarkan, setiap satunya boleh diakses oleh pembeli global yang boleh menontonnya secara langsung melalui bahagian keluaran produk baharu laman sesawang rasmi Pameran Canton, sorotan akan turut dikongsi di akaun rasmi Canton Fair Facebook dan Tiktok serta emel Pameran Canton.

57% daripada produk baharu yang dipilih adalah daripada perusahaan-perusahaan berkualiti tinggi dalam industri-industri berkaitan dan bidang-bidang pembuatan domestik di China termasuk 500 syarikat terbaik global seperti Gree Electric Appliances, Midea Group, Unilumin Group; dan juga kuasa-kuasa utama dalam sub-sektor seperti Tongrun Auto Accessory, syarikat terkemuka bagi bicu, Fuling Plastics, syarikat yang terkemuka bagi peralatan katering mesra alam serta syarikat yang terkemuka dalam bidang kimipendarcahaya yang mengambil bahagian buat julung kalinya, Norman Biological Technology.

Produk Isi Rumah, Riadah dan Hiburan

  • Natuo Thunder Music Flashlight daripada Binovo Manufacturing,Ltd., dapat mengesan perubahan dalam bunyi luaran dan menggerakkan cahaya secara automatik mengikut kesesuaian bagi mencipta representasi visual irama bunyi dengan 12 fungsi bersepadu, termasuk lampu suluh, lampu ambien, pembesar suara dan lampu pikap.
  • The Smokeless Grill Cooker oleh Guangdong Linkfair Household menerima pakai sistem tanpa-asap baharu yang membolehkan wasap daripada minyak disejukkan dan dipejalkan secara berterusan oleh hud terbina-dalam inovatif yang menggunakan penapis filem air dan teknologi edaran untuk memerangkap asap.

Produk Teknologi Pintar

  • Teknologi hibrid Li-Ion Motobatt (MHT) berpaten, daripada Guangzhou Kaijie Power Supply Industrial Co., Ltd., dapat melanjutkan hayat bateri, mengurangkan kos kitar semula dan melangkaui prestasi bateri Li-Ion dan litium melalui sistem kawalan bateri pintarnya.
  • Robot Sanitasi Tanpa Kabin Interaktif Pintar 5G daripada Changsha Zoomlion Environmental Industry Co., Ltd menerapkan teknologi canggih yang inovatif seperti interaksi suara pintar 5G, pengenalpastian sampah dan operasi tanpa petugas untuk operasi dan pergerakan pintar.

Untuk maklumat lanjut dan peluang, sila daftar https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi wuruoshan@cantonfair.org.cn

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news