omniture

FII Institute menganjurkan perhimpunan terbesar para pemimpin perniagaan dunia bagi memahami Orde Global Baharu

FII Institute
2022-10-18 23:31

RIYADH, Arab Saudi, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute hari ini mengumumkan butir-butir acara utama FII edisi keenamnya yang akan berlangsung pada akhir bulan ini di mana para perwakilan akan membincangkan tentang beberapa persoalan ekonomi yang paling mendesak ketika ini bagi mencorakkan masa depan ekonomi global.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari dengan lebih 500 orang penceramah Antarabangsa dan lebih 6000 orang Perwakilan antarabangsa ini akan menjadi lokasi bagi empat sidang kemuncak terperinci dengan 180 sesi perbincangan dalam kalangan para pemimpin global daripada pelbagai sektor. Hari pertama akan menampilkan perbincangan oleh sekumpulan para pemenang hadiah Nobel yang akan cuba mencari penyelesaian lestari bagi memenuhi keperluan asas populasi global. Pengasas merangkap Pengerusi Bersama Bridgewater Associates, Ray Dalio, akan membincangkan tentang cabaran yang dibawa oleh orde global baharu serta peluang yang ditawarkan oleh orde ini, contohnya kewujudan sistem ekonomi yang meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di seluruh dunia. Selain itu, sidang kemuncak pertama persidangan ini akan berlangsung pada hari pertama dengan tema "Clash of Generations" (Konflik Generasi).

Agenda pada hari kedua persidangan ini akan meliputi sidang kemuncak "Ekonomi Tenaga Baharu" dengan penampilan para penceramah yang akan berkongsi pendapat mereka tentang situasi sektor kewangan dan ekonomi global semasa. Antara beberapa orang penceramah berprofil tinggi yang hadir, Masahiko Kato, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merupakan Presiden Mizuho Bank, akan menyampaikan ceramah kepada para peserta tentang peranan Jepun dalam membiayai tenaga lestari.

Hari ketiga, iaitu hari terakhir persidangan ini akan menampilkan dua sidang kemuncak terperinci tentang kebangkitan kripto dan masa depan Afrika. Sesi pleno tentang China bakal menyaksikan perkongsian daripada para penceramah seperti Nicolas Aguzin, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong Exchanges and Clearing serta Feng Hong, Pengasas Bersama Xiaomi, yang akan membincangkan tentang China sebagai pakatan pelaburan utama bagi negara-negara Timur Tengah.

Selain itu, wacana tentang masa depan ESG akan menampilkan para tokoh terbaik dalam industri termasuk John Quinn, Pengerusi merangkap Rakan Pengasas Quinn Emanuel Urquhart & Sullivan LLP; Rebecca Minguela, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Clarity AI; Julia Hoggett, Ketua Pegawai Eksekutif London Stock Exchange Group; Laura Cha, Pengerusi Hong Kong Exchanges and Clearing; dan Jurutera Khalid Abdullah Al-Hussan, Ketua Pegawai Eksekutif Tadawul Group.  

Penceramah terkenal lain dalam acara ini termasuk:

  • T.Y.T Yasir Al Rumayyan – Gabenor PIF & Pengerusi Saudi Aramco
  • Y.A.M. Puteri Reema Bint Bandar Al Saud – Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat
  • Jamie Dimon – Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase
  • Jennifer Johnson  Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Franklin Templeton
  • David M. Solomon  Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs
  • Catherine MacGrergor – Ketua Pegawai Eksekutif Engie
  • Sara Menker – Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Gro Intelligence
  • T.Y.T. Khaldoon Khalifa Al Mubarak – Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Group
  • Stephen A. Schwarzman – Ketua Pegawai Eksekutif Blackstone Group
  • John Studzinski CBE – Naib Pengerusi PIMCO
  • Y.A.M. Putera Abdulaziz bin Salman Al Saud – Menteri Tenaga, Arab Saudi
  • Henrick Andersen – Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Vestas Wind System
  • Micheal Arthur – Presiden Boeing International
  • Patrice Caine – Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Thales Group
  • Laura M Cha, Pengerusi Hong Kong Exchanges & Clearing Limited
  • Christine Tsai Rakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif 500 Global
  • Barry Sternlicht Pengasas Bersama, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Starwood Capital Group
  • Ruenvadee Suwanmongkol – Setiausaha Agung Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand
  • Shemara Wikramanayake Ketua Pegawai Eksekutif Macquarie Group Oceania

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute mengulas, "Perjalanan kita ke arah Orde Global Baharu ini dipenuhi dengan cabaran yang belum pernah terjadi dan itulah sebabnya tema dan masa FII dijalankan pada tahun ini amat penting dan relevan. Dalam edisi ke-6 ini, FII memberi tumpuan kepada Pelaburan Kemanusiaan – suatu seruan bertindak yang amat diperlukan dalam keadaan kejutan bekalan, inflasi, krisis tenaga global dan konflik geopolitik yang amat mencabar."

Edisi ke-6 FII akan berlangsung dari 25-27 Oktober di Riyadh bertemakan 'Pelaburan Kemanusiaan: Mendayakan Orde Global Baharu'. Sepanjang tiga hari persidangan ini, para pemimpin industri, ketua pegawai eksekutif, penggubal dasar, pemimpin muda dan pelabur akan bersidang untuk membincangkan peranan perniagaan dan pelaburan dalam masa depan teknologi, penjagaan kesihatan, jaminan makanan, alam sekitar, geopolitik, keselamatan siber, sukan dan banyak lagi.

NOTA KEPADA EDITOR 

Lembaran fakta acara boleh didapati di sini.

Tentang FII Institute 

Future Investment Initiative (FII) Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan baharu dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Bersifat global, inklusif dan komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami melahirkan minda-minda hebat di seluruh dunia dan mengubah idea menjadi penyelesaian di dunia nyata dalam lima bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology Future Events