omniture

CGTN: Melangkah dalam perjalanan baharu, CPC dedah agenda Kongres Kebangsaan ke-20

CGTN
2022-10-19 00:23 39

BEIJING, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) berlangsung semasa China melangkah maju dalam perjalanan baharu untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek.

Pada hari Sabtu, CPC mendedahkan agenda penting Kongres Kebangsaan ke-20nya, menyatakan bahawa semua persiapan telahpun selesai untuk kongres tersebut yang akan bermula pada jam 10 pagi (waktu tempatan) pada hari Ahad di Beijing.

Kongres berkenaan akan membayangkan dua tahap ke arah membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan menetapkan tugas-tugas strategik dan langkah-langkah besar untuk lima tahun akan datang, Sun Yeli, jurucakap untuk kongres tersebut, memaklumkan satu sidang akhbar pada petang Sabtu.

Menurut rancangan strategik dua langkah tersebut, pemodenan sosialis secara asasnya akan direalisasikan dari tahun 2020 hingga 2035. Mulai tahun 2035 hingga pertengahan abad ke-21, China akan menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat, makmur, kuat, demokratik, maju dari segi budaya, harmoni dan indah.

"Tidak kira bagaimana dunia berubah, China tidak akan goyah dalam keazamannya dan tekad untuk bersifat terbuka," kata Sun, menambah bahawa negara ini akan melaksanakan dasar terbuka yang lebih luas dan lebih mendalam untuk dunia luar dengan teguh.

Mewakili lebih 96 juta ahli CPC dan lebih 4.9 juta organisasi Parti peringkat utama, sejumlah 2,296 delegasi yang kelayakan mereka telahpun disahkan akan menghadiri kongres tersebut sepanjang minggu itu.

Dalam kalangan delegasi, 771 berkhidmat di barisan hadapan, menyumbang 33.6 peratus daripada jumlah keseluruhan. Terdapat 619 delegasi wanita atau 27 peratus daripada jumlah keseluruhan, satu peningkatan sebanyak 2.8 titik peratusan berbanding angka Kongres Kebangsaan CPC ke-19 lima tahun yang lalu.

Penetapan agenda

Agenda Kongres Kebangsaan CPC ke-20 telah diluluskan dalam mesyuarat persediaan yang dipengerusikan oleh Xi Jinping pada petang Sabtu.

Para delegasi dijangka akan mendengar dan menyemak laporan daripada Jawatankuasa Pusat CPC ke-19, memeriksa laporan kerja daripada Suruhanjaya Pusat CPC untuk Pemeriksaan Disiplin (CCDI) ke-19, mempertimbangkan dan menerima pakai pindaan untuk Perlembagaan CPC dan memilih Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 serta Suruhanjaya Pusat CPC untuk Pemeriksaan Disiplin ke-20 mengikut agenda berkenaan.

Semasa mesyuarat persediaan, para peserta turut meluluskan satu senarai 243 ahli presidium kongres berkenaan dan Wang Huning akan berkhidmat sebagai setiausaha agung kongres.

Semakan laporan oleh Jawatankuasa Pusat CPC ke-19

Menurut Sun, salah satu item paling penting berhubung agenda tersebut ialah mendengar dan menyemak laporan yang diserahkan oleh Jawatankuasa Pusat CPC ke-19.

Pendapat daripada lebih 4,700 orang dikumpul mengenai draf laporan tersebut, kata beliau.

Xi, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, turut mengadakan lima simposium bagi mendengar pandangan dan cadangan rakyat daripada pelbagai sektor termasuk orang bukan-CPC, mengenai draf laporan, kata jurucakap berkenaan.

Laporan tersebut, berserta laporan kerja CCDI dan juga pindaan kepada Perlembagaan Parti akan diserahkan untuk dipertimbangkan di kongres akan datang.

Pindaan Perlembagaan Parti

Pindaan terhadap Perlembagaan CPC di kongres akan datang akan menggabungkan pandangan teori yang penting dan pemikiran strategik untuk disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, kata Sun.

Pindaan berkenaan akan merangkumkan sepenuhnya pencapaian terkini dalam menerima pakai Marxisme untuk konteks Cina dan mengikut keperluan zaman, kata jurucakap tersebut.

Ia juga akan memupuk idea, pemikiran dan strategi baharu berhubung tadbir urus negara yang telahpun ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat CPC sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-19 sekali gus mencerminkan pengalaman terkini dalam pembangunan dan tugas Parti, kata beliau.

Pindaan berkenaan akan memenuhi syarat-syarat baharu untuk memajukan pembangunan dan usaha Parti dalam menghadapi keadaan baharu serta tugas baharu, tambah Sun.

Memilih kepimpinan baharu CPC

Susulan penutupan Kongres Kebangsaan CPC ke-20, satu kepimpinan pusat yang baharu akan dipilih di sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat CPC ke-20.

Selepas sidang pleno tersebut, ahli-ahli Jawatankuasa Tetap baharu Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC ke-20 akan bertemu pihak akhbar, kata Sun.

Jurucakap tersebut turut menjawab soalan-soalan daripada wartawan domestik dan asing mengenai beberapa isu besar yang sedia dibincangkan di kongres akan datang, bermula daripada ekonomi China dan respons COVID-19 hinggalah persoalan mengenai Taiwan dan hubungan China-A.S.

Semasa berbicara tentang pertumbuhan ekonomi China sepanjang dekad yang lalu, Sun berkata negara ini telah membebaskan kesemua 98.99 juta penduduk luar bandar yang miskin daripada belenggu kemiskinan menjelang penghujung tahun 2020, satu keajaiban dalam sejarah manusia.

"Kami memiliki keyakinan, keazaman dan keupayaan untuk memenuhi matlamat baharu dan mencipta keajaiban yang lebih besar dalam perjalanan menuju ke hadapan."

https://news.cgtn.com/news/2022-10-15/Striding-on-new-journey-CPC-unveils-agenda-of-20th-National-Congress-1e9HiFh4Xu0/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service