omniture

GWM Lancar Dua Model Tenaga Baharu di Pameran Motor Paris untuk Capai Sasaran Utama Elektrik

GWM
2022-10-19 02:53 60

BAODING, China, 18 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada 17 Oktober, dua jenama tenaga baharu GWM, WEY dan ORA, membawa pelbagai jenis kenderaan ke Pameran Motor Paris (Paris Motor Show) 2022 yang melaluinya WEY Coffee 01 dan ORA GOOD CAT (iaitu FUNKY CAT dalam pasaran Eropah) dilancarkan secara rasmi dalam pasaran Eropah.

GWM Launches Two New Energy Models at Paris Motor Show to Reach the Electric Holy Grail
GWM Launches Two New Energy Models at Paris Motor Show to Reach the Electric Holy Grail

Berucap di Pameran Motor Paris 2022, Henry Meng, Presiden GWM Europe mengatakan. "Pameran Motor Paris merupakan peluang yang sempurna untuk mempersembahkan GWM dan produk kami ke pasaran Eropah serta dunia. WEY dan ORA merupakan dua jenama pertama GWM yang menembusi pasaran Eropah."

WEY, jenama tenaga baharu pintar GWM yang canggih, mengintegrasikan nilai kemewahan dengan teknologi terkemuka. Berdasarkan kepada "Pemanduan Pintar", "Kokpit Pintar", "Peranti Pintar" dan kekuatan jenama yang lain, WEY akan memudahkan GWM untuk membangunkan pasaran kenderaan tenaga baharu dan mewah Eropah.

Di pameran tersebut, WEY mendemonstrasikan dua model hibrid pemalam kepada orang awam, iaitu WEY Coffee 01 dan WEY Coffee 02.

WEY Coffee 01 dilancarkan secara rasmi di Eropah dan turut mengumumkan harganya. Mengambil manfaat daripada teknologi DHT hibrid pintar GWM dan Coffee Intelligence, WEY Coffee 01 menikmati pelbagai kelebihan seperti julat jarak pemanduan elektrik tulen yang amat panjang, prestasi cemerlang dan fungsi-fungsi pintar yang canggih. Ciri-ciri ini menjadikannya sebagai model tenaga baharu pintar dan canggih yang amat dinanti-nantikan di Pameran Motor Paris.

ORA ialah jenama elektrik tulen GWM yang inovatif dan bergaya. Diinspirasikan oleh nilai-nilai jenama "Kepercayaan, Ketulenan, Keandalan, Keterangkuman dan Penjagaan", ORA berusaha untuk membawakan pendekatan baharu yang segar kepada kehidupan mobiliti elektrik untuk pasaran Eropah. Di Pameran Motor Paris, model-model ORA seperti GOOD CAT (iaitu FUNKY CAT dalam pasaran Eropah), GOOD CAT GT (iaitu FUNKY CAT GT dalam pasaran Eropah) dan Next ORA CAT dipamerkan.

Model ORA GOOD CAT (iaitu FUNKY CAT dalam pasaran Eropah) dijual secara rasmi dalam pasaran Eropah. Ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan pintar termaju, menggabungkan fungsi-fungsi seperti pengawal luncur adaptif, sistem elak perlanggaran belakang dan pengesanan titik buta dengan kamera 360-darjah. Ciri-ciri ini menawarkan pengalaman yang lebih selamat dan lebih pintar kepada pemandu.

Bahkan, dengan prestasi pintar yang cemerlang, kedua-dua WEY Coffee 01 dan ORA GOOD CAT (iaitu FUNKY CAT dalam pasaran Eropah) dianugerahkan penarafan Euro NCAP 5 bintang dalam bulan September 2022. Kedua-dua model tenaga baharu ini turut diberikan pensijilan UN R155 untuk keselamatan siber kenderaan.

GWM mempercepatkan pelaksanaan strategi tenaga baharunya melalui susun aturnya dalam pasaran Eropah. "Kami komited untuk mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari untuk pelanggan kami. Pada tahun 2023, GWM akan menyiapkan kilang emisi karbon-sifar pertamanya. Menjelang tahun 2025, lima jenama GWM akan melancarkan lebih 50 model tenaga baharu dalam pasaran global secara keseluruhan," kata Henry Meng.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation