omniture

GenScript ProBio Meterai Kolaborasi Strategik dengan Hibiocy Co. Ltd, sekutu Rojukiss International Public Company Limited (KISS) - syarikat Kecantikan & Kesihatan berpangkalan di Thai terkemuka, untuk pembangunan dan pembuatan COVITRAP™ serta produk akan datang yang baharu.

Genscript
2022-10-19 11:34 332

SINGAPURA, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- GenScript ProBio (CDMO sehenti global daripada GenScript Group) hari ini mengumumkan satu kolaborasi strategik dengan Hibiocy Co. Ltd., sebuah perbadanan swasta berpangkalan di Bangkok, Thailand untuk mempercepatkan penciptaan alat perubatan penjagaan-pernafasan, COVITRAP™ yang mengandungi antibodi manusia untuk projek merencatkan Covid-19.

COVITRAP™ ialah alat semburan hidung yang berupaya untuk mencegah virus Covid-19 daripada melekat pada permukaan dalaman rongga hidung, seterusnya mengurangkan beban virus di dalam rongga. COVITRAP™ berjaya diluluskan oleh FDA Thai dan dilancarkan secara rasmi dalam pasaran Thailand. Hibiocy sedang berusaha untuk melancarkan alat semburan hidung COVITRAP™ di negara-negara lain juga. GenScript ProBio akan menjadi rakan servis eksklusif untuk pembuatan komersial yang akan datang.

Ms. Worrawan Chaikamnerd, CEO at Hibiocy and KISS (left) and Mr. Johnson Wang, President of GenScript Asia Pacific (right)
Ms. Worrawan Chaikamnerd, CEO at Hibiocy and KISS (left) and Mr. Johnson Wang, President of GenScript Asia Pacific (right)

Kedua-dua pihak komited terhadap penemuan antibodi manusia yang dapat mengikat kepada virus Covid-19 dan merencatkan jangkitan dengan berkesan, yang merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam alat semburan hidung COVITRAP™. Perkongsian ini akan memanfaatkan sinergi dalam kekuatan dan keupayaan pelengkap kedua-dua unit penyelidikan dan penemuan menggunakan teknologi generasi akan datang mereka bagi mempercepatkan pembangunan penyelesaian penjagaan-pernafasan yang inovatif dan amat berkesan terhadap virus Covid-19, bermula daripada pengenalpastian sasaran kepada pembuatan komersial. Alat COVITRAP™ ini akan memberi manfaat kepada orang ramai dengan menawarkan perlindungan tambahan terhadap virus Covid-19. Selain daripada projek COVITRAP™, kedua-dua pihak berdedikasi untuk memulakan kolaborasi jangka panjang pada masa akan datang untuk produk baharu dan pembuatan dalam masa terdekat.

GenScript ProBio, CDMO sehenti global daripada GenScript Group mengkhusus dalam teknologi sel B tunggal, paparan faj, hibridoma, antibodi manusia sepenuhnya dan bispesifik, komited untuk memudahkan ubat-ubatan biologi bermula daripada penemuan hingga pembangunan dan penggunaan komersial. Di bawah perjanjian ini, GenScript ProBio akan terus menjadi rakan servis eksklusif daripada pembuatan material klinikal hingga pembuatan komersial dan memberi khidmat runding profesional kepada Hibiocy untuk produk-produk baharu yang akan datang. Keutamaan tertinggi untuk mengakses perkhidmatan GMP akan diberikan kepada Hibiocy bagi mempercepatkan pembangunan ubat antibodi.

"Kolaborasi bersama GenScript ini dalam penemuan perintis ini di sebalik pembangunan alat perubatan penjagaan-pernafasan inovatif dengan antibodi manusia untuk merencatkan Covid-19 adalah kritikal melihatkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap Covid-19 yang mempengaruhi kehidupan seharian serta impak Covid-19 jangka panjang yang tidak diketahui dan keadaan yang lebih tidak menentu akibat jangkitan. Kami percaya penemuan dan kolaborasi bersama GenScript ini akan membawa penyelesaian global yang inovatif dengan peluang yang cerah untuk kami melindungi dan menyelamatkan lebih banyak nyawa daripada sama ada dijangkiti atau dijangkiti semula daripada varian baharu Covid-19. Pada akhirnya, penyelesaian yang mengubah kehidupan ini akan dapat mengembalikan kehidupan normal kepada semua orang," kata Cik Worrawan Chaikamnerd, Ketua Pegawai Eksekutif Hibiocy dan KISS.

"Di GenScript, kami teguh dengan komitmen kami untuk memajukan kesihatan manusia sebagai sebahagian daripada misi kami untuk menyelamatkan dan memperbaiki kehidupan," kata En. Johnson Wang, Presiden GenScript Asia Pacific. "Kami percaya alat semburan hidung Covid-19 mewakili satu pendekatan yang cerah masa depannya untuk memerangi pandemik novel coronavirus dan akan membawa manfaat kepada orang ramai. Kolaborasi bersama Hibiocy ini menghimpunkan dua buah syarikat yang berdedikasi untuk memerangi Covid-19 bagi memanfaatkan keupayaan bersama kami dengan cara yang saling melengkapi dan sinergistik bagi menangani cabaran kesihatan global yang sukar ini."

GenScript ProBio – Biologics CDMO

GenScript ProBio ialah subsidiari GenScript Biotech Corporation, menyediakan perkhidmatan CDMO hujung-ke-hujung bermula secara proaktif daripada penemuan ubat-ubatan kepada pengkomersialan dengan strategi proaktif, penyelesaian profesional serta proses yang cekap dalam terapi gen dan sel (GCT), vaksin, penemuan biologik serta ubat protein antibodi bagi mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan untuk pelanggan. GenScript ProBio telah menubuhkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat, Belanda, Korea Selatan, Shanghai, Hong Kong, Nanjing dan tempat-tempat lain untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan global dan menyokong pelanggan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia Pasifik dan wilayah-wilayah lain untuk memperoleh lebih 30 kelulusan IND.

Penyelesaian terapi gen dan sel keseluruhan GenScript ProBio meliputi CMC plasmid dan virus untuk pemfailan IND serta pembuatan klinikal dan pembuatan komersial. Penyelesaian inovatif daripada GenScript ProBio untuk penemuan dan pembangunan biologik termasuk penemuan antibodi terapeutik, kejuruteraan antibodi dan pencirian antibodi. Bagi perkhidmatan pembangunan biologik, GenScript ProBio membina platform material DNA hingga GMP termasuk pembangunan titisan sel yang stabil, lesen sel hos, pembangunan proses, pembangunan analitik hinggalah pembuatan klinikal serta menawarkan kelompok suapan dan proses perfusi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap ubat-ubatan antibodi dan protein. GenScript ProBio mewujudkan kapasiti GMP yang memenuhi syarat-syarat kawal selia FDA, EMA dan NMPA.

Ke arah mencapai misi "Inovasi melalui Kolaborasi", GenScript ProBio komited untuk membantu pelanggan memendekkan garis waktu untuk pembangunan ubat-ubatan biologik bermula daripada penemuan hingga pengkomersialan, lalu menurunkan kos R&D dengan ketara serta membina masa depan yang lebih sihat.

Latar Belakang Hibiocy Co. Ltd 

Hibiocy Co. Ltd ialah sebuah perbadanan swasta yang berpangkalan di Bangkok, Thailand, sekutu Rojukiss International Public Company Limited (KISS) – syarikat Kecantikan & Kesihatan berpangkalan di Thai yang terkemuka. Hibiocy ditubuhkan untuk memimpin penyumberan, perolehan dan pembuatan alat semburan hidung Anti-COVID, nama dagangan "Vaill COVITRAP" dan produk baharu yang akan datang dalam perniagaan penjagaan kesihatan.

Hibiocy ialah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan di Thailand yang berusaha secara kolaboratif dengan rakan-rakan kongsi utama yang terkemuka termasuk including Health Systems Research Institute (HSRI), Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn, Fakulti Farmasi di Universiti Silpakorn dan Government Pharmaceutical Organization (GPO) bagi membangunkan secara bersama alat semburan hidung anti-COVID, satu inovasi perintis yang diluluskan sepenuhnya oleh FDA Thai dan dikomersialkan sejak awal Oktober tahun ini.

 

Source: Genscript
Related Stocks:
HongKong:1548
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals