omniture

CGTN: Pembangunan baharu China yang terbuka bawa peluang baharu kepada dunia

CGTN
2022-10-19 15:05 63

BEIJING, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC), acara politik yang paling penting di negara ini pada tahun ini, dimulakan pada hari Ahad di Dewan Besar Rakyat di Beijing.

Xi Jinping menyebut "pembangunan" sebanyak lebih 100 kali dalam laporan beliau kepada Kongres Kebangsaan CPC ke-20, yang menunjukkan kepada dunia komitmen tidak berbelah bahagi oleh China untuk mempercepatkan pewujudan corak pembangunan yang baharu dan meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Xi menyeru untuk menerapkan falsafah pembangunan baharu negara ini secara sepenuhnya dan dengan penuh taat setia dalam semua bidang, meneruskan reformasi untuk membangunkan ekonomi pasaran sosialis, menggalakkan pembukaan standard tinggi serta menggiatkan usaha untuk memupuk corak pembangunan yang baharu yang berfokuskan ekonomi domestik dan menonjolkan saling tindakan yang positif antara aliran ekonomi domestik dan antarabangsa.

Peluang untuk dunia

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China meningkat kepada 114 trilion yuan daripada 54 trilion yuan pada dekad lalu dan menyumbang sebanyak 18.5 peratus daripada ekonomi dunia, meningkat 7.2 titik peratusan, kata Xi.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan bulan lalu, Biro Statistik Negara (NBS) berkata China menyumbang sehingga 38.6 peratus secara purata kepada pertumbuhan ekonomi dunia dari tahun 2013 hingga 2021, lebih daripada gabungan negara-negara G7.

Pada tahun 2021 sahaja, agregat ekonomi China menyumbang sebanyak 18.5 peratus daripada jumlah dunia selepas tukaran mata wang berdasarkan kepada purata kadar tukaran tahunan, yang kedua terbesar di dunia dan hingga 7.2 titik peratusan dari tahun 2012, menurut laporan NBS.

Di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang masih berlarutan serta fahaman perlindungan dan anti-globalisasi yang semakin meningkat, China mendedahkan corak pembangunan "dwi peredaran" baharunya yang mana pasaran dalam dan luaran dapat saling menguatkan satu sama lain, dengan pasaran domestik sebagai tunjang utama.

Corak pembangunan baharu China bukanlah gelung pembangunan yang berlaku secara rahsia, kata Xi, menegaskan bahawa China komited terhadap dasar asas negaranya untuk bersikap terbuka kepada dunia luar dan meneruskan strategi pembukaan yang saling memberi manfaat.

"Ia berusaha untuk mencipta peluang baharu buat dunia menerusi pembangunannya sendiri dan menyumbang bahagiannya untuk membina ekonomi dunia terbuka yang dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada semua rakyat," tambah beliau.

Pembukaan standard tinggi

Dengan 82 laluan, kereta api pengangkut China-Eropah kini mencapai 200 bandar di 24 negara Eropah, lalu membentuk satu rangkaian pengangkutan yang meliputi seluruh Eropah. Sepanjang lapan bulan pertama tahun 2022, bilangan perjalanan kereta api pengangkut China-Eropah meningkat 5 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 10,575, dengan sejumlah 1.02 juta TEU barangan diangkut, satu peningkatan 6 peratus berbanding tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh China State Railway Group Co., Ltd.

Ini hanyalah satu contoh kecil bagaimana Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dapat meningkatkan keterhubungan bagi mendorong kemakmuran sejagat di tengah-tengah pandemik COVID-19 yang masih berlarutan dan pertumbuhan global yang lembap.

Dari tahun 2013 hingga 2021, volum dagangan barangan keseluruhan antara China dan negara-negara sepanjang laluan BRI berjumlah hampir $11 trilion, sementara pelaburan dua hala melebihi $230 bilion, menurut Kementerian Perdagangan China.

Dalam laporan beliau, Xi memuji BRI sebagai satu usaha kolaboratif, mengatakan bahawa ia menunjukkan China telah meneruskan strategi pembukaan yang lebih proaktif sepanjang dekad yang lalu.

BRI telah dialu-alukan oleh komuniti antarabangsa baik sebagai satu kebaikan awam mahupun platform kerjasama, kata beliau, menambah bahawa China merupakan rakan dagangan yang utama untuk lebih 140 negara dan wilayah, memimpin dunia bagi volum dagangan barangan keseluruhan serta merupakan destinasi utama untuk pelaburan global dan juga sebuah negara terkemuka bagi pelaburan keluar.

Xi juga berikrar bahawa China akan memperluaskan pembukaan institusi secara berterusan berhubung peraturan, undang-undang, pengurusan dan piawaian.

Usaha akan dilaksanakan bagi mempercepatkan transformasi negara ini bagi menjadi peniaga berkualiti, menggalakkan pembangunan BRI yang berkualiti tinggi serta memelihara kepelbagaian dan kestabilan landskap ekonomi antarabangsa dan hubungan dagangan, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-16/An-open-China-s-new-development-brings-new-opportunities-for-the-world-1ebpsL8hblC/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion