BEIJING, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- China telah menetapkan matlamat, tugas dan dasar untuk perjuangan Parti Komunis China (CPC) dan negara ini untuk tempoh lima tahun akan datang dan selanjutnya ketika CPC memulakan Kongres Kebangsaan ke-20nya pada hari Ahad.
CPC telah mencapai kejayaan yang bersejarah dan menyaksikan perubahan yang bersejarah dalam perjuangan Parti dan negara ini sepanjang dekad yang lalu, kata Xi Jinping, yang menyerahkan satu laporan kepada kongres bagi pihak Jawatankuasa Pusat CPC ke-19.
"Lima tahun akan datang akan menjadi tempoh yang sangat penting dalam menjadikan usaha untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek bermula dengan permulaan yang baik," kata beliau.
'Kejayaan bersejarah' dalam dekad lalu
Mengimbau sejak 10 tahun yang lalu, Xi berkata negara ini telah mencapai banyak "kejayaan bersejarah".
"Kita menyambut ulang tahun keseratus Parti Komunis China; kita memulakan era baharu sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan kita membasmi kemiskinan mutlak serta selesai membina sebuah masyarakat sederhana makmur dalam semua aspek, seterusnya menyempurnakan Matlamat Seratus Tahun Pertama," kata beliau, menambah bahawa ia merupakan "kejayaan bersejarah" yang akan tercatat selama-lamanya dalam sejarah bangsa Cina dan mempengaruhi dunia secara mendalam.
Menuju 'pemodenan Cina'
Menjelaskan secara terperinci tugas utama CPC dalam perjalanan baharu di hadapan, Xi berkata CPC akan memimpin rakyat Cina untuk merealisasikan Matlamat Seratus Tahun Kedua dan memajukan penggiatan semula bangsa Cina dalam semua bidang melalui "laluan Cina menuju pemodenan."
Keperluan-keperluan penting untuk pemodenan Cina ialah mendukung kepimpinan CPC dan sosialisme dengan ciri-ciri Cina, meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi, membangunkan demokrasi rakyat dalam seluruh proses, memperkayakan kehidupan budaya rakyat, mencapai kemakmuran bersama buat semua, menggalakkan keharmonian antara umat manusia dan alam semula jadi, membina komuniti insan dengan masa depan yang dikongsi bersama serta mencipta bentuk kemajuan insan yang baharu, menurut XI.
"Ia mengandungi elemen-elemen yang biasa terdapat dalam proses-proses pemodenan semua negara, namun ia lebih disifatkan oleh ciri-ciri yang unik dengan konteks Cina," kata beliau.
Bagi membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek, beliau menegaskan selanjutnya beberapa aspek penting seperti mencipta corak pembangunan baharu dan meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi, menyemarakkan China melalui sains dan pendidikan serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
"Masa depan kita cerah, namun perjalanan kita masih jauh lagi," kata Xi, menggesa Parti untuk menghadapi halangan dan kesukaran dengan bersungguh-sungguh, menjamin pembangunan serta sekuriti dan berusaha sedaya upaya dalam mengatasi kesukaran dan cabaran dalam perjalanan di hadapan.