RIYADH, Arab Saudi, 19 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Edisi kedua Cabaran AI NEOM yang dilancarkan oleh Saudi Data & AI Authority (SDAIA) dengan kerjasama NEOM, terus mengalu-alukan para peserta yang ingin bertanding dalam Cabaran tersebut sehingga 10 November. Cabaran NEOM bermatlamat untuk membantu para inovator dan usahawan sambil membina kapasiti perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan antarabangsa di seluruh dunia untuk mendorong mereka ke tahap inovasi baharu.
Cabaran ini terdapat dalam rangka kerja SDAIA yang berusaha untuk menyingkap nilai data sebagai aset negara serta menyumbang dalam merealisasikan objektif Wawasan 2030. Melalui Cabaran ini, SDAIA berhasrat untuk menjadikan Arab Saudi sebagai perintis bidang data dan AI global. SDAIA turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang AI, mempromosi dan menggalakkan inovasi AI yang berterusan serta membina kapasiti negara yang cemerlang dalam bidang inovasi.
Cabaran NEOM yang merupakan salah satu inisiatif Sidang Kemuncak AI Global yang diadakan pada bulan September lalu, memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi AI untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh NEOM melalui 3 trek: menggunakan AI dipacu data untuk unjuran & cerapan dalam membuat keputusan, pemeriksaan AI Boleh Suai serta undang-undang dan AI yang dilaksanakan oleh Mesin.
Para usahawan boleh mendaftar untuk menyertai Cabaran ini sebagai sebuah pasukan yang mengandungi 2 hingga 5 orang ahli. Perusahaan kecil hendaklah mempunyai kakitangan seramai 6 hingga 49 orang dengan pendapatan antara SAR3 juta - 40 juta setahun untuk melayakkan mereka menyertai Cabaran ini, manakala perusahaan sederhana pula hendaklah mempunyai kakitangan sepenuh masa seramai 50 hingga 249 orang dengan pendapatan antara SAR40 juta - 200 juta setahun.
Setiap pemenang bagi ketiga-tiga trek ini akan menerima kontrak eksekutif dengan NEOM bernilai SAR500,000 untuk membangunkan inovasi dan idea mereka serta mengubahnya menjadi produk sebenar sekali gus memotivasikan perusahaan lain untuk menawarkan produk yang berdaya maju minimum.
Anda boleh mendaftar untuk menyertai Cabaran ini dan melihat maklumat berkaitan melalui pautan berikut: https://neom.globalaisummit.org/en/index.aspx
Cabaran NEOM yang pertama telah dilancarkan semasa edisi pertama Sidang Kemuncak AI Global pada tahun 2020 untuk mencari penyelesaian rintis dan inovatif bagi menangani cabaran global pada masa hadapan. Edisi pertama ini memberi tumpuan kepada inovasi AI yang dibangunkan oleh mahasiswa universiti. 400 orang mahasiswa dari 39 buah universiti di Arab Saudi mengambil bahagian dalam edisi pertama Cabaran ini. Mereka membentangkan projek yang inovatif bagi mewujudkan sebuah persekitaran yang lestari dalam tiga bidang penting yang mewakili laluan Cabaran ini: tenaga, hiburan dan pengangkutan.