omniture

CSafe Meneruskan Pengembangan Portfolio Penyelesaian Penghantaran Kawalan Suhunya dengan Memperkenalkan Penghantar Palet Boleh Guna Semula yang Canggih

CSafe
2022-10-20 01:53

CSafeAPS yang dipenuhi dengan inovasi dan teknologi ini menyediakan kawalan suhu yang unggul dan merupakan satu-satunya penunjuk kapasiti haba semasa transit dalam industri 

MONROE, Ohio, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- CSafe, penyedia terbesar bagi pelbagai penyelesaian penghantaran kawalan suhu aktif dan pasif yang lengkap untuk industri farmaseutikal, hari ini mengumumkan pelancaran penghantar palet boleh guna semulanya yang baharu dan canggih iaitu CSafeAPS.

CSafeAPS is the pinnacle in its class and provides superior temperature control and the industry’s only in-transit thermal capacity indicator which displays the predicted remaining temperature protection by lane.
CSafeAPS is the pinnacle in its class and provides superior temperature control and the industry’s only in-transit thermal capacity indicator which displays the predicted remaining temperature protection by lane.

CSafeAPS baharu ini telah direkayasa untuk menyediakan perlindungan haba yang boleh dipercayai dan disesuaikan pada suhu persekitaran, sejuk dan beku. CSafeAPS yang telah menjalani ujian yang teliti dengan profil ISTA 7D yang paling mencabar, memberikan perlindungan berterusan selama lebih 120 jam.

Selain memberikan tahap perlindungan haba tertinggi dalam penghantar palet pasif, CSafeAPS turut menawarkan penjejakan data lokasi GPS, suhu kargo dan suhu persekitaran, kelembapan dan tekanan persekitaran, kejadian kejutan, kecondongan dan pintu terbuka/tertutup pada masa nyata. Platform kebolehlihatan penghantaran berasaskan awan proprietari dari CSafe ini membolehkan pemantauan secara langsung di sepanjang perjalanan penghantaran, termasuk penunjuk kapasiti haba yang memaparkan ramalan baki perlindungan suhu mengikut lorong, mengurangkan risiko dan memberi ketenangan fikiran bahawa produk ini akan sampai ke destinasi terakhir tanpa sebarang gangguan.

CSafeAPS turut direka dengan memberi fokus terhadap ciri penggunaan yang mudah. Semua unit dihantar dengan suhu yang sudah disesuaikan terlebih dahulu supaya fungsi 'muat dan pergi' dapat dilakukan dengan mudah. Unit ini boleh diangkat dengan forklift dari semua sisi dan dioptimumkan untuk memuatkan empat buah palet produk pada pelantar lebar yang standard yang terdiri daripada dua buah palet.

"CSafe komited untuk menyediakan penyelesaian penghantaran yang memenuhi pelbagai keperluan penghantaran rantaian sejuk farmaseutikal yang lengkap," ujar Ketua Pegawai Eksekutif CSafe, Patrick Schafer. "CSafe mampu memberikan penyelesaian optimum yang merangkumi penghantaran ubat diabetes dalam jumlah yang besar, penghantaran vaksin dalam bungkusan kecil hinggalah terapi sel & gen individu yang inovatif, demi memastikan ubat-ubatan sampai kepada pesakit yang memerlukannya. CSafeAPS kami merupakan satu lagi contoh tentang bagaimana kami melihat keperluan di pasaran serta menggunakan kepakaran kejuruteraan dan jaminan kualiti kami yang terkemuka dalam industri untuk memberikan penyelesaian dengan teknologi canggih, penggunaan yang mudah dan kebolehpercayaan berbanding mana-mana penyelesaian pasif lain yang tersedia pada hari ini."

Tentang CSafe

CSafe menawarkan rangkaian penyelesaian penghantaran kawalan terma yang paling komprehensif untuk keperluan penghantaran rantaian sejuk beku farmaseutikal ke seluruh dunia. Dengan tumpuan untuk "mengutamakan pesakit" serta kepakaran dan komitmen industri yang tinggi terhadap inovasi, CSafe terus menghasilkan produk yang terkemuka dalam industri untuk segmen aktif dan pasif. CSafe ialah satu-satunya pembekal yang mempunyai portfolio serba lengkap termasuk kargo udara pukal, bungkusan, sel dan gen aktif dan pasif serta kes penggunaan untuk destinasi terakhir khas dengan keupayaan untuk memenuhi rangkaian lengkap dalam keperluan penghantaran rantaian sejuk farmaseutikal serta kepercayaan dan kualiti yang terkemuka dalam industri. Sebarang saiz, tempoh dan suhu – CSafe adalah Penyedia Utama Rantaian Sejuk Anda. csafeglobal.com

Hubungan Media:
Lori Conaway
Komunikasi Pemasaran Global
+1 405.633.2344
lconaway@csafeglobal.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1923225/CSafe_1920x1080_APS_Double_warehouse.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1917781/CSafe_Logomark_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: CSafe
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Pharmaceuticals Transportation New products/services