NYON, Switzerland, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, pada Hari Osteoporosis Sedunia, Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) menyeru orang ramai daripada semua peringkat umur untuk proaktif dalam mengambil langkah-langkah menjadikan kesihatan tulang dan pencegahan osteoporosis lebih baik.
Osteoporosis ialah sejenis penyakit tulang yang dihidapi oleh kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia serta merupakan punca utama kesakitan, kecacatan dan kehilangan kebebasan pada orang dewasa yang lebih berusia. Satu daripada tiga orang wanita dan satu daripada lima orang lelaki yang berumur melebihi 50 tahun di seluruh dunia akan mengalami patah disebabkan osteoporosis.
Kebanyakan pesakit osteoporosis tidak mengetahui bahawa tulang mereka menjadi semakin lemah secara progresif - sehingga mereka mengalami tulang patah yang pertama hanya selepas tergelincir sedikit atau jatuh daripada ketinggian berdiri, malah kadang-kadang disebabkan membongkok untuk mengikat tali kasut.
"Patah tulang belakang atau patah pinggul boleh mengubah kehidupan. Inilah sebabnya mengapa pencegahan awal osteoporosis begitu penting. Walaupun kepadatan tulang kita kebanyakannya ditentukan oleh faktor genetik, terdapat langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menguatkan tulang kita serta mengurangkan risiko mendapat osteoporosis dan mengalami patah tulang pada masa hadapan," kata Ketua Pegawai Eksekutif IOF, Dr. Philippe Halbout.
IOF mengesyorkan pendekatan lima langkah untuk memperoleh kesihatan tulang dan pencegahan osteoporosis yang lebih baik.
Pastikan pemakanan berkhasiat dan seimbang yang merangkumi kalsium, protein serta vitamin dan nutrien penting yang lain yang mencukupi, termasuk vitamin D yang terutamanya dihasilkan oleh badan apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dan terdapat dalam beberapa makanan yang terhad.
Sentiasa bergerak! Aktiviti fizikal amat penting untuk kesihatan tulang. Ini adalah jelas dengan anggapan bahawa orang dewasa yang tidak boleh bergerak sendiri dan terbaring di atas katil mungkin kehilangan sebanyak satu tulang dalam masa seminggu berbanding kehilangannya dalam masa setahun. Senaman yang menampung berat badan dan membantu menguatkan otot adalah yang terbaik. Senaman ini boleh merangkumi apa sahaja daripada berjoging dan latihan angkat berat kepada senaman berimpak rendah seperti berjalan atau menggunakan tali rintangan elastik. Mengamalkan senaman yang memperbaiki keseimbangan boleh membantu mengurangkan risiko jatuh. Secara amnya, disyorkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 30-40 minit aktiviti fizikal sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Pesakit osteoporosis perlu mengikut pelan senaman sasaran kerana ini merupakan komponen utama rawatan bersama-sama selain daripada ubat yang ditetapkan.
Hentikan tabiat yang merosakkan tulang seperti merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
Mengekalkan berat badan yang sihat. Kurang berat badan (secara amnya, BMI di bawah 19 kg/m2) merupakan faktor risiko. Kebimbangan khusus adalah terhadap golongan muda yang mengalami gangguan pemakanan serta orang dewasa yang lebih berusia yang mengalami kekurangan selera makan.
Akhir sekali, kesedaran awal terhadap sebarang faktor risiko diri adalah penting. Tulang patah selepas usia 50 tahun, kehilangan ketinggian melebihi 4 sm/1½ inci dan sejarah ibu bapa yang mengalami patah pinggul – ini hanyalah beberapa faktor risiko utama yang memerlukan penilaian segera. Imbasan DXA mungkin akan dinasihatkan untuk dilakukan sebagai langkah seterusnya bagi membantu menentukan sama ada anda menghidap osteoporosis dan sama ada rawatan diperlukan.
Semakan Risiko Osteoporosis IOF, iaitu soal selidik dalam talian yang mudah, memberi amaran tentang potensi faktor risiko.
Presiden IOF, Professor Cyrus Cooper menambah:
"Oleh kerana patah akibat osteoporosis boleh mengakibatkan kesan buruk dan mengancam nyawa, kami menggesa orang ramai dari pelbagai peringkat umur untuk mengutamakan pencegahan osteoporosis. Bincangkan tentang kesihatan tulang dengan doktor anda dan jangan teragak-agak untuk meminta penilaian dan rawatan jika anda berisiko. Ingat, tulang yang kuat akan membantu anda untuk bergerak dengan mudah dan berdikari walaupun telah berusia."
Hari Osteoporosis Sedunia yang disambut pada 20 Oktober, menyeru tindakan global untuk memerangi osteoporosis dan patah yang berkaitan. www.worldosteoporosisday.org
Rakan WOD: Amgen, Sunsweet, Zuellig Pharma, Abbott, Pharmanovia dan Theramex
Yayasan Osteoporosis Antarabangsa merupakan NGO terbesar di dunia yang mengkhusus dalam pencegahan osteoporosis dan patah. www.osteoporosis.foundation
Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com)
Hubungan media: L.Misteli, info@osteoporosis.foundation