omniture

Global Times: CPC merancang perjalanan untuk China sosialis moden dalam segenap aspek

Global Times
2022-10-20 09:04 119

BEIJING, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Ahad, Parti Komunis China (CPC) mendedahkan pelan tindakannya untuk membina China sosialis moden dalam segenap aspek untuk lima tahun akan datang dan selanjutnya ketika Kongres Kebangsaan CPC ke-20 dibuka.

Mesyuarat lima tahun itu merupakan kongres kebangsaan pertama CPC selepas sambutan keseratus tahunnya pada tahun 2021, apabila Parti ini memimpin rakyat Cina untuk menyelesaikan pembinaan masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek.

"Mulai hari ini dan seterusnya, tugas utama CPC adalah untuk memimpin rakyat China daripada semua kumpulan etnik dalam satu usaha bersepadu bagi merealisasikan Matlamat Seratus Tahun Kedua untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan untuk memajukan penggiatan semula bangsa Cina dalam semua bidang melalui laluan Cina menuju pemodenan," kata Xi Jinping dalam satu laporan di sesi pembukaan kongres tersebut.

Tema kongres berkenaan ialah menjulang tinggi panji hebat sosialisme dengan ciri-ciri China, melaksanakan sepenuhnya Pandangan mengenai Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina untuk Era Baharu, meneruskan semangat penubuhan Parti yang hebat, kekal yakin dan membina kekuatan, mendukung prinsip-prinsip asas dan memulakan sesuatu yang baharu, mara ke hadapan dengan usaha dan kecekalan serta berusaha secara bersatu padu untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan memajukan penggiatan semula bangsa Cina yang hebat dalam semua bidang, kata Xi.

Pakar-pakar politik Cina berkata inovasi teoretikal CPC yang ditunjukkan dalam Kongres Parti ke-20 mempunyai kepentingan global kerana ia menawarkan kepada negara-negara seluruh dunia yang mencari pemodenan dan alternatif serta contoh, dan dalam perjalanan baharunya, China akan terus mendukung panji hebat Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina dengan teguh dan yakin.

Pemodenan Cina

Xi menjelaskan dengan terperinci misi dan tugas CPC dalam perjalanan baharu pada era baharu.

CPC bermatlamat pada asasnya untuk merealisasikan pemodenan sosialis dari tahun 2020 hingga 2035 dan membangunkan China bagi menjadi sebuah negara sosial moden hebat yang makmur, kuat, demokratik, maju dari segi budaya, harmoni dan indah dari tahun 2035 hingga pertengahan abad ini.

Shen Yi, seorang profesor di Sekolah Perhubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Awam Universiti Fudan, berkata bahawa "konsep pemodenan Cina ditimbulkan buat kali pertama sebagai salah satu kesimpulan paling penting yang dibuat oleh CPC daripada pengalaman terdahulunya."

Shen berkata memandangkan tiada laluan pembangunan yang siap sedia atau mod untuk China menyalin atau meniru secara terus, China akhirnya menyimpulkan laluan Cina menuju pemodenan selepas lebih serratus tahun melakukan penerokaan dan pembinaan sejak Revolusi 1911, menyediakan alternatif serba baharu, pilihan ketiga untuk semua negara sedang membangun di dunia yang sedang mencari atau bergelut dengan mod pembangunan mereka dengan hasrat untuk merealisasikan pembangunan kendiri yang pesat dan mengekalkan kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah.

Xi menekankan ciri-ciri unik pemodenan Cina yang mana kata beliau merupakan pemodenan sosialis yang diusahakan di bawah kepimpinan CPC. Ia mengandungi elemen-elemen yang biasa didapati dalam proses pemodenan semua negara, namun ia lebih disifatkan oleh ciri-ciri yang unik dengan konteks Cina.

Pemodenan Cina ialah pemodenan penduduk yang besar, kemakmuran bersama buat semua, kemajuan material dan budaya-etika, keharmonian antara umat manusia dan alam semula jadi serta pembangunan yang damai, kata Xi.

Penganalisis-penganalisis berkata bahawa laluan pemodenan Cina adalah tentang kemakmuran bersama buat semua dan ia akan direalisasikan dengan pembangunan yang damai. Dari aspek ini, ia benar-benar berbeza daripada pemodenan Barat.

Pemodenan Cina akan berjaya bersama-sama pemodenan negara-negara lain dan ia akan mencipta peluang untuk negara-negara lain merealisasikan pemodenan dan pembangunan mereka dan ia tidak akan bersyarah atau memaksa pihak-pihak lain untuk menerima ideologinya. Ia tidak akan menggunakan sistem perikatan untuk membiarkan negara-negara lain menyerahkan autonomi mereka atau tertakluk kepada hegemoni, ujar pakar-pakar.

Ramai wartawan asing berkongsi perasaan yang sama kerana mereka amat menghargai pencapaian yang diraih oleh China pada abad lalu, terutamanya sejak lima hingga 10 tahun yang lalu. Mereka ingin meninjau bagaimana China mencapai misi-misi yang besar ini dan bagaimana pengalaman ini dapat membantu negara-negara mereka.

Abdurakhmannova Albina, seorang wartawan CBC TV dari Azerbaijan, memaklumkan kepada Global Times bahawa kongres berkenaan bukan sahaja penting untuk China, "tetapi juga banyak negara lain di serata dunia" dan bahagian yang paling mengagumkan untuk beliau ialah beliau mempelajari bahawa banyak yang telah dilakukan oleh CPC untuk China dan rakyat Cina hanya dalam tempoh lima hingga 10 tahun yang lalu dan beliau menganggap bahawa ia penting untuk beliau melaporkan hal ini kepada rakyat di negara beliau.

David Lopez, seorang wartawan daripada media Colombia, El Tiempo, memberitahu Global Times bahawa kongres tersebut merupakan sebuah acara bersejarah dan ia penting untuk wartawan seperti beliau untuk berada di sini bagi menyaksikan acara ini secara dekat kerana "kita perlu membolehkan rakyat dari pelosok dunia yang lain untuk memahami apa yang sedang berlaku di sini," di China dan "kami berminat dengan pembangunan, ekonomi dan teknologi [China] dan sebagainya."

Tugas dan cabaran masa depan

Xi berkata bahawa tempoh lima tahun akan datang adalah amat penting bagi memastikan usaha untuk membina sebuah negara sosialis yang moden dalam segenap aspek bermula dengan permulaan yang baik.

"Membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek merupakan usaha yang hebat dan sukar. Masa depan kita cerah, namun perjalanan kita masih jauh. Justeru itu, kita harus lebih berhati-hati dengan bahaya yang boleh berlaku, bersiap siaga untuk menangani senario terburuk dan bersedia untuk menahan angin kencang, perairan bergelora, malah ribut yang berbahaya," kata Xi.

Zhang Xixian, seorang profesor di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat CPC di Beijing, memberitahu Global Times pada hari Ahad bahawa "risiko-risiko berpotensi yang boleh membawa 'ribut berbahaya' akan datang daripada risiko peperangan di tengah-tengah perubahan mendalam yang belum pernah dilihat oleh dunia pada abad lalu dan krisis ekonomi dan sosial global yang boleh berlaku seperti halangan untuk penyatuan semula negara, kerana campur tangan asing untuk menyokong dasar pemisahan Taiwan dapat membawa kepada bahaya yang ekstrem."

Sebab asas mengapa China perlu bersiap sedia untuk menghadapi senario terburuk, malah "ribut berbahaya" kerana pemodenan Cina akan membawa cabaran kepada hegemoni yang kini mendominasi orde dunia semasa, ujar pakar-pakar.

Maka, selagi mana China terus membangun dan sentiasa mengusahakan penambahbaikan demi sara hidup rakyat Cina dan berusaha untuk menawarkan lebih banyak kebaikan awam, seperti Inisiatif Jalur dan Jalan kepada negara-negara lain yang juga menginginkan kerjasama yang saling menguntungkan, pemodenan dan pembangunan yang damai, hegemoni sedia ada akan mengenakan tekanan, penindasan, bahkan serangan terhadapnya, kata penganalisis.

Xi turut menegaskan untuk memodenkan sistem dan kapasiti keselamatan negara China serta menjaga keselamatan negara dan juga kestabilan sosial.

"Keselamatan negara merupakan perkara asas dalam penggiatan semula negara dan kestabilan sosial merupakan prasyarat untuk membina China yang kuat dan makmur," kata Xi. "Parti ini akan mengambil langkah-langkah yang diselaraskan bagi menjamin keselamatan luaran dan dalaman, keselamatan tanah air dan awam, keselamatan tradisional dan bukan tradisional serta keselamatan negaranya sendiri dan juga keselamatan bersama."

Source: Global Times
Keywords: Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services