PARIS, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Hentian ketiga dalam jelajah dunia untuk HUAWEI CONNECT 2022 bermula di Paris pada hari Isnin ini. Bertemakan "Serlahkan Digital" ("Unleash Digital"), tema-tema utama yang diterokai oleh pemimpin industri, pakar dan rakan kongsi daripada sektor-sektor ICT dan pembangunan hijau termasuk menyerlahkan produktiviti digital, mempromosikan peralihan hijau dan digital Eropah dan membina ekosistem digital yang lebih mantap.
Di acara tersebut, Huawei menganjurkan sesi sebelah petang dan perbincangan panel yang meneroka peranan penting teknologi dalam menyokong pemuliharaan alam semula jadi di Eropah, yang mana ketika itu ia memperkenalkan penerbitan Tech4Nature – Solutions in Focus.
Dibangunkan di bawah perkongsian Tech4Nature antara IUCN dan Huawei, Tech4Nature – Solutions in Focus menganalisis amalan terbaik dalam menggunakan teknologi untuk mencapai hasil pemuliharaan alam semula jadi yang efektif, dengan penerbitan tersebut memperincikan 22 projek di 19 negara.
"Terdapat momentum pertumbuhan dan penerimaan yang jelas daripada komuniti pemuliharaan untuk menggunakan lebih banyak teknologi, bahkan turut membangunkan dan mencipta cara baharu yang membolehkannya diaplikasikan. Penggunaan teknologi yang sesuai akan membantu memastikan faedah-faedah yang lebih berterusan daripada aplikasinya bagi mencapai tindakan pemuliharaan yang adil dan efektif," kata James Hardcastle, Ketua Kawasan Terlindung dan Terpelihara IUCN.
Di sesi tersebut, NGO Rainforest Connection menekankan pelbagai projek Nature Guardian yang dijalankan di Eropah bersama Huawei dan rakan-rakan kongsi tempatan dalam ekosistem lautan, tanah lembap dan hutan.
"Rainforest Connection menggunakan AI dan analisis data raya yang dikuasakan oleh Huawei Cloud untuk memantau biodiversiti dan melindungi ekosistem di serata dunia. Dengan memanfaatkan kuasa bunyi, kami berupaya menjejak ribuan spesies di seluruh dunia dan mengesan secara automatik kewujudan kegiatan yang menyalahi undang-undang," kata Bourhan Yassin, Ketua Pegawai Eksekutif Rainforest Connection.
Contoh-contoh projek yang sedang berjalan ketika ini di Eropah menggunakan teknologi akustik termasuk memantau ikan lumba-lumba dan ikan paus di luar pantai selatan Ireland dan mengkaji impak perubahan iklim ke atas burung dan hidupan amfibia di tanah lembap Austria. Projek-projek Nature Guardian di Itali dan Greece memberi tumpuan untuk mencegah kegiatan pembalakan haram, pemburuan haram dan kegiatan manusia lain yang membawa kemusnahan.
Di sesi itu juga, Swiss Porini Foundation memperkenalkan projek perintis yang dijalankan olehnya di Switzerland bersama rakan-rakan kongsi IUCN dan Huawei. Projek berkenaan bertujuan untuk memperbaiki penghitungan kawasan tadahan karbon di kawasan-kawasan hutan yang dilindungi. Porini Foundation telah membangunkan aplikasi sekuestrasi karbon hutan berdasarkan pengkomputeran awan, blok rantain dan imejan satelit berkejituan tinggi untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehkesanan transaksi kawasan tadahan karbon hutan dan memastikan pengurusan dan penggunaan sumber hutan yang mampan.
Sesi tersebut diakhiri dengan perbincangan panel yang mencakupi bagaimana teknologi digital dapat mengupayakan transformasi hijau di Eropah, bersama rakan kongsi TECH4ALL, ahli akademik dan wakil daripada organisasi-organisasi industri yang meneroka hala tuju teknologi dan strategik bagi mencapai tujuan ini.
Para hadirin persidangan juga boleh melawat rerusi pameran TECH4ALL di lapangan untuk mempelajari lebih lanjut tentang projek-projek rangkuman digital TECH4ALL lain yang dijalankan di Eropah. Ini termasuk projek yang pertama seumpamanya di dunia di Norway yang diaturkan sepanjang tahun 2021 dan 2022 untuk menyelamatkan salmon Atlantik liar terancam di negara tersebut daripada pupus. Penyelesaian tersebut menggunakan teknologi kamera yang digandingkan dengan sistem pagar berkuasa AI untuk mengenal pasti salmon Pasifik invasif – pesaing sumber agresif dan pembiak prolifik – dan mengasingkan penceroboh ke dalam tangki penahan, lalu menyampaikan hasil yang dahulunya mustahil. Di bawah domain pendidikan TECH4ALL, projek France DigiTruck turut dipamerkan, menekankan latihan percuma dalam kemahiran digital yang ditawarkan untuk memperkasa komuniti yang memerlukan, terutamanya golongan muda yang menganggur dan warga emas.
Baca lebih lanjut tentang projek-projek TECH4ALL Huawei:
https://www.huawei.com/en/tech4all/
Ikuti akaun Twitter Huawei TECH4ALL:
@HUAWEI_TECH4ALL