omniture

GCLSI Terima Pensijilan TÜV Rheinland untuk Siri 210 dan 182 Modul-modul Solar TOPCon jenis-N

GCLSI
2022-10-21 08:52 145

SUZHOU, China, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI"), syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, baru-baru ini mengumumkan bahawa modul-modul mono dwimuka TOPCon (kontak mempasif terowong oksida) jenis-n 210mm dan 182mm berjaya lulus pensijilan TÜV Rheinland, dengan output kuasa maksimum 685W untuk modul 210 dan 575W untuk modul 182.

Pada bulan Januari ini, GCLSI melancarkan rancangannya untuk membina tapak pengeluaran sel solar TOPCon berkecekapan tinggi 10 GW. Ketika ini, proses pembangunan, reka bentuk dan pensijilan yang berkaitan untuk modul-modul solar format besar semakin maju pada kadar yang stabil. Siri penuh modul PV TOPCon jenis-n GCLSI telah mencapai kecekapan 22%.

Diberikan sijil TÜV Rheinland melambangkan satu lagi kejayaan penting GCLSI dalam teknologi TOPCon jenis-n dan benar-benar meningkatkan daya saing teras syarikat ini dalam pasaran.

Shu Hua, Ketua Pegawai Eksekutif GCLSI berkata, "Kami berbangga menerima pensijilan ini. Pengiktirafan daripada TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal antarabangsa yang terkemuka membuktikan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami dan mewajarkan pembangunan teknologi TOPCon generasi seterusnya. Sentiasa menjadi komitmen kami untuk menawarkan produk solar yang andal dan berkecekapan tinggi untuk memberi manfaat kepada dunia dan kami akan terus meningkatkan inovasi R&D modul jenis-n dan keupayaan pengeluaran secara besar-besaran pada masa akan datang."

Latar Belakang GCLSI

GCL System Integration Technology Co. Ltd (002506.SZ) (GCLSI) merupakan sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, Syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan pada tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Kunjungi: https://www.gclsi.com/.

 

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements