Kempen Metaverse pertama seumpamanya menawarkan cara baharu untuk pengguna berhubung dengan produk TCL
HONG KONG, 21 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), pengusaha yang utama dalam industri televisyen dan barangan elektronik pengguna global, hari ini mengumumkan langkahnya yang mengujakan dalam Metaverse.
Bagi menandakan langkah penting dalam perjalanannya menuju Metaverse ini, TCL akan melancarkan kempen Halloween pada platform permainan maya Roblox untuk memperkasa pengguna mencipta pengalaman imersif mereka sendiri. TCL membangunkan parti maya bertema Halloween yang menarik untuk berhubung dengan khalayak dalam dunia maya yang diperibadikan.
*Sila klik pautan ini untuk imej resolusi tinggi
Sebagai peneraju teknologi global yang berdedikasi terhadap inovasi yang berterusan, TCL membolehkan orang ramai menikmati pengalaman menonton yang premium melalui televisyen dan skrin pintarnya. Kini, TCL mengukuhkan hubungannya bersama pengguna generasi seterusnya dengan menawarkan cara yang mengikut trend, menyeronokkan dan imersif untuk berhubung dengan TCL dalam Metaverse. Pada masa akan datang, TCL berharap dapat meneroka dan membangunkan lebih banyak pelunag yang akan membawakan cara yang lebih inovatif kepada pelanggan kami bagi menikmati produk TCL dalam Metaverse dan selanjutnya.
Kempen Halloween akan dilancarkan merentas akaun-akaun media sosial TCL dalam pelbagai pasaran*. TCL akan menjemput audiens untuk menyertai Parti #Fun_Tastic Halloween di Dream House, dalam Metaverse pada Roblox mulai 21 Oktober 2022 dan selanjutnya.
Selamat datang ke TCL Dream House
Apabila pengguna memasuki Dream House, TCL menjemput mereka untuk merasakan mood Parti #Fun_Tastic dan memulakan pengembaraan mereka dengan memilih kostum Halloween yang diperibadikan untuk avatar mereka. Kini, mereka bersedia untuk meneroka Dream House bagi menikmati pengalaman maya dan berhubung dengan teknologi TCL.
TCL telah mencipta pelbagai permainan Halloween dan pengalaman parti yang berhubung dengan produk TCL dalam pelbagai bilik untuk diterokai oleh pengguna. Dengan hiasan bertema Halloween dan pencahayaan misteri, setiap bilik bertemakan sekitar pelbagai atribut beberapa TV Mini LED C935 dan C835 popular TCL, Bar Bunyi dan penyaman udara FreshIN+ dengan hiasan serta aktiviti yang unik.
Ketika mereka meninjau rumah tersebut, pengguna boleh bermain permainan mini, menikmati kejutan pada setiap sudut atau sekadar bersantai di bilik kegemaran mereka. Aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang lain termasuk reruai foto maya agar pengguna boleh menangkap gambar dan berkongsi detik-detik Halloween mereka daripada parti tersebut di media sosial.
*Bagaimana mengakses Parti Fun_Tastic?
Pengguna boleh mengakses parti Halloween #Fun_Tastic TCL pada Roblox melalui platform-platform media sosial TCL.
Global: Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, TikTok
Amerika Utara: Twitter
Itali: Instagram
Mexico: Facebook, Instagram
UK: Instagram, YouTube
India: Facebook, Instagram, Twitter, YouTube
Sepanyol: Instagram
Arab Saudi: Facebook, Instagram, YouTube
Afrika Timur: Facebook, Instagram
Jepun: Twitter
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan perkakas rumah pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.