omniture

Modul Vertex N Trina Solar baharu takrifkan semula produk berkecekapan tinggi, kapasiti 10GW+ akan dilancar dalam suku pertama tahun 2023

Trina Solar Co., Ltd
2022-10-21 09:04 133

CHANGZHOU, China, 21 Oktober, 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar bertaraf global, memperkenalkan produk terkininya yang menggamit perhatian, Vertex N 595W untuk projek-projek komersial dan industri (C&I) dan berskala utiliti. Bersama-sama Vertex N 690W untuk senario utiliti dan Vertex S+ 445W untuk sistem PV atas bumbung, portfolio modul jenis-n Trina Solar ini adalah berasaskan kepada platform teknologi produk 210 yang utama dan teknologi sel i-TOPCon jenis-n. Pelancaran Vertex N akan menjadi popular dan sekali lagi membentuk semula pasaran PV.

Maklumat lanjut tentang Vertex N klik: https://pages.trinasolar.com/VertexN-Launch.html

Vertex N 595W perkukuh rangkaian Vertex dan sedia dihantar

Modul Vertex N yang baru diumumkan, mewarisi kelebihan rangkaian Vertex iaitu kuasa lebih tinggi, kecekapan lebih tinggi, hasil tenaga lebih tinggi dan keandalan lebih tinggi, mempunyai output kuasa maksimum 595W, 30W lebih tinggi berbanding modul jenis-n konvensional dalam pasaran. Di samping itu, modul dwi-kaca ini meningkatkan ciri dwimuka kepada 80% dan menyampaikan kecekapan lebih tinggi, degradasi lebih rendah dan hasil tenaga lebih baik, seterusnya menyampaikan BOS dan LCOE lebih rendah untuk projek-projek. Modul Vertex N 595W menerima pakai teknologi +i-TOPCon platform produk 210 yang terkini dan sangat serasi dengan penjejak, menawarkan lebih kebolehlaksanaan untuk projek-projek berskala-utiliti pada rupa bumi yang paling rumit.

Selain daripada modul Vertex N 595W, Trina Solar menawarkan modul-modul Vertex N 690W dan Vertex S+ 445W dengan teknologi i-TOPCon untuk segmen-segmen utiliti dan atas bumbung.

Berlatarbelakangkan pariti grid yang lebih besar, permintaan solar yang semakin bertambah dan bahagian pasaran yang semakin meningkat, portfolio modul jenis-n yang terkini, dengan output kuasa bermula daripada 445W hingga 690W akan mengukuhkan modul-modul ini sebagai produk-produk unggul untuk projek-projek atas bumbung dan berskala utiliti.

Generasi baharu modul Vertex N akan dikeluarkan secara besar-besaran menjelang akhir tahun 2022 dan kapasiti modul jenis-n lebih 10 GW dijangka akan dilancarkan menjelang suku pertama tahun 2023. Tambahan pula, kapasiti modul jenis-n akan mencecah 20GW hingga 30GW menjelang akhir tahun hadapan. Trina Solar memulakan proses pengeluaran besar-besar dan penyerahan modul i-TOPCon pada tahun 2018 apabila syarikat ini dipilih sebagai syarikat demonstrasi untuk program Top Runner China. Sejak itu, modul-modul i-TOPCon Trina Solar telah mendapat pengiktirafan yang baik oleh pasaran dan digunakan secara meluas di stesen janakuasa utiliti dan projek atas bumbung seluruh dunia. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap modul-modul berprestasi ultra-tinggi, Trina Solar akan terus membangunkan dan mempromosikan lebih banyak produk jenis-n.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian Vertex Trina Solar, sila kunjungi: vertex.trinasolar.com/

Memimpin industri dengan inovasi teknologi dan keterbukaan

Trina Solar komited terhadap inovasi berteknologi dan terus menetapkan piawaian dan penanda aras industri untuk prestasi dan kemampanan. Syarikat ini telah mencatat 25 rekod dunia melalui kecekapan sel dan modulnya. Dalam bulan Ogos, kecekapan modul apertur modul jenis-n Vertex proprietari Trina Solar menggunakan silikon monohabluran mencecah 24.24%, rekod dunia bagi modul i-TOPCon jenis-n kawasan-besar industri, hanya beberapa bulan selepas ia mencatat rekod dunia untuk sel i-TOPCon jenis-n kawasan besar industri.

Sebagai penggerak pertama dalam bidang teknologi produk 210, Trina Solar komited untuk membina platform terbuka yang serasi dengan teknologi sel yang paling canggih, seperti i-TOPCon dan HJT. Rangkaian Vertex N dan Vertex S+, dibangunkan pada platform teknologi produk 210, didatangkan dengan kelebihan teknologi produk 210 mahupun teknologi jenis-n, seterusnya mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan.

Masa depan lestari

Pada 12 Oktober, dalam satu sesi bertemakan "Jalan menuju masa depan lestari" yang dianjurkan oleh Bloomberg di London, yang mana beberapa syarikat pelaburan tenaga boleh baharu yang utama hadir, Trina Solar menggariskan visinya untuk mara menuju masa depan sifar bersih dengan menyediakan penyelesaian tenaga solar yang pintar.

Menurut Trina Solar, produk rangkaian Vertex telah mencapai penilaian emisi karbon rendah yang terkemuka dalam industri melalui penilaian kitar hayat ISO dan kelayakan jejak karbon oleh badan-badan pensijilan pihak ketiga yang terkenal seperti UL, EPD dan Certisolis.

Bagi merealisasikan strategi pembangunannya yang mampan dan bertindak secara bertanggungjawab berhubung alam sekitar, Trina Solar juga menyasarkan untuk mencapai 100% penggunaan tenaga boleh baharu dalam pengilangan dan operasi menjelang tahun 2030, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities New products/services